Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Hari ni terbang beberapa ribu dan elok rasanya kongsi sekali kat blog ni. Kena pasang aircond rumah dan baiki aircond kereta.
Aku terpaksa mengambil keputusan ini atas sebab yang akan diceritakan dalam minggu depan. Memasang aircond rumah dan kereta menyebabkan aku mengambil keputusan untuk cuti pada hari Jumaat.
Tapi tak kisah sangat sebab cuti pun ada 40 hari lagi. Apa nak peduli sangatkan. Lagipun dah ada Ketua Unit maka tanggungjawab aku dah dikurangkan. Boleh fokus pada pelaksanaan kerja je.

Pagi Jumaat tu aku call budak pasang aircond. Bukan apa, kena set waktu nak hantar kereta juga. Part kereta mungkin makan masa beberapa jam juga. Mula-mula budak pasang aircond memberitahu yang vannya rosak dan aku perlu hantar dulu keretaku ke Bengkel Aircond Taikun Garage di Alor Gajah.
Aku dah buat appoinment sebelumnya. Ini merupakan first time buat major kat sini. Sebelum ni masa nak raya hari tu ada singgah tapi sekadar tengok sikit je. Budak pomen yang tengok bagitau memang tak sempat masa tu.
Jadi aku pun bercadang untuk menghantar lepas raya. Aku hantar dan mamat pomen tu terangkan serba sedikit benda yang perlu diganti. Cooling Coil adalah perkataan yang paling popular kalau pergi bengkel aircond kan?
Memandangkan aku pun buta pasal bahan ni, aku terima je la.. Kira-kira semua, pemasangan dan bagai memang harga RM1K juga. Terkedu sikit sebab bajet RM500 .. Tapi macam aku cakap, ini adalah pengorbanan seorang ayah dan suami maka aku teruskan je.
Kalau diri ini, mungkin boleh hadap kepanasan kereta tapi mereka mungkin tidak.. Jadi aku setuju sahaja. Nak balik ke rumah kenalah ambil Grab. Tambangnya RM14.00. Abang Grab ni nak kata peramah, tak juga tapi aku cuba juga meramahkan diri.
Bolehlah borak walaupun macam tak berapa best.
Sampai rumah aku call semula budak pasang aircond. Nampaknya van dia tak siap lagi dan terpaksa tangguh lepas solat Jumaat.

Beli Cooling Coil Myvi
https://invol.co/clayi2f

Lepas Jumaat sampai lah budak pasang aircond rumah. Memang aku dah pilih jenama iaitu Acson. Bukan apa, aku nampak kedai Acson ni dekat Durian Tunggal. Jadi kalau apa-apa mungkin boleh switch ke kedai tu. Harap-harap tidaklah.
Dah siap-siap kenalah RM2K.. Takpelah, bajet kurang RM50…
Beli Aircond Acson di sini


https://invol.co/clayhvr

Agak terkejut sekejap sebab mamat ni buat sorang dengan dibantu oleh adik perempuannya. Dalam pukul 6.30 petang siap juga pemasangan aircond di rumah. Aku puas hati dengan kerja-kerjanya cuma ada sedikit yang boleh diperbaiki.
Selesai je, aku bergegas ke bengkel aircond kereta. Keretaku sedang diuji ketika itu. Ditunjukkan beberapa perkakasan, katanya meskipun telah diganti cooling coil namun akan datang perlu ganti Condenser sebab ada alat (tak tau apa) menunjukkan lebih dari 200.
Ini tidak berapa baik. Tapi aircond sekarang ni berfungsi juga dan kesejukan terasa. Oklah, memandangkan dah malam dan rasanya bajet tak mampu nak lebih lagi maka aku terima je.
Dah bayar ada isu nak keluar resit pula. Hahahhaha.. Kerani pula cuti dan hanya pomen yang tidak tahu nak keluarkan resit. Lebih 10 minit juga aku tunggu. Tapi takpe, layankan. Lagipun ni bengkel baru. Mungkin masih banyak yang perlu dipelajari oleh pekerja-pekerja ni.

Selesai semua tu, ingatkan nak singgah ke kedai makan untuk bawa balik. Malang pula berlaku. Tengah nak turun dari bengkel tetiba enjin padam.
Sebenarnya aku target isu pasal bateri sebab pernah kena sebelum ni. Bateri baru tukar bulan APril lalu. Berposak juga budak pomen ni usik sana sini.
Alhamdulillah berjaya juga selepas masukkan wayar penyambung bateri. Tak tau kenapa tapi berjaya juga sampai ke rumah.
Memang cabaran yang hangat tapi menjadi sejuk selepas ianya berfungsi.

Harap-harap dengan adanya aircond ini akan memberikan kesejukan kepada keluarga dan mampu memberikan semangatku untuk berkarya lagi..
Ini video berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.