Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Sedikit lewat untuk update mengenai kisah menunggu anak kedua ni. Almaklumlah memang agak busy dalam 3 hari ni. Memang cabaran memiliki anak apatah lagi setelah 7 tahun menunggu. Pasti kenangan sebagai bapa kepada seorang bayi dah hilang dari memori tua ku ini.
Jika kelahiran anak pertama pernah ku coretkan dalam blog ini , untuk anak kedua ini juga cuba ku kongsikan seberapa mampu selepas 3 hari dilahirkan. Tanggal 30 Mei 2022 dalam jam 9.30 malam selepas menunaikan solat Isyak, tiba-tiba isteriku memanggil.
‘ Abang, air ketuban dah keluar. Kena pergi hospital’.
Macam biasa, aku sedikit kelam kabut memikirkan apa yang perlu dibuat dan dibawa. Enzim di otakku terus menerjah supaya ke Hospital Alor Gajah dahulu. Setelah sepakat, kami ke Hospital Alor Gajah untuk pemeriksaan. Kami bertiga pun meluru ke Hospital Alor Gajah. Nak bawa laju memang tak mampu apatah lagi dengan kondisi mata yang semakin dimamah usia ni. Sampai ke Hospital, isteri pun diperiksa manakala aku dan anak melepak didalam kereta. Tak dibenarkan untuk duduk hatta di ruang menunggu Bilik Bersalin tu, Jadi kami pun duduk lah di dalam kereta. Dak Fatih sempatlah menidurkan diri dalam kereta sambil aku cuba mengukuhkan diri . Isteriku keluar selepas pemeriksaan. Ingatkan akan di bawa ke Hospital Melaka menaiki ambulans tetapi sangkaanku meleset.
Aku kena bawa kereta Myvi ke Hospital Melaka dalam keadaan gelap tu.Memandu kira-kira 40 minit untuk ke sana. Kelajuan yang mampu ku bawa sekitar 60 km/j dan hanya mampu memecut apabila jalan lurus. Memang nak cepat sebab takut nanti bayi dalam perut tu boleh mengalami masalah bila air ketuban dah takde. Alhamdulillah sampai dalam pukul 11 lebih di Hospital Besar Melaka. Terus ke Kamar Bersalin di tingkat 2. Isteri pun mendaftar sambil Dak Fatih tersenguk-senguk kat kerusi tu. Masa ni ada isu pula tu. Handphone Oppo A76 dah tinggal 11%. Dengan powerbank pun dah habis dan dekat kereta takde pula kepala caj menggusarkan hati. Dah tu, handphone isteri pun dah off tu. Tapi masih ada charger bawa dalam beg tu. Ada sedikit kelegaan. Lebih kurang jam 12.00 pagi nurse meminta kami balik dan akan call sekiranya ada keperluan.
Jadi melihatkan Dak Fatih pun ngantuk maka kami pun bergerak keluar. Aku mengambil keputusan pulang ke rumah mak ku. Bukan apa, kalau pulang ke rumah sendiri mungkin akan tak terjaga terutama kalau ada call. Perkara ini yang terjadi 7 tahun lalu, jadi aku pulang ke rumah mak. Sampai rumah mak kira-kira jam 12.30 pagi dan aku cuba untuk tidak tidur. Tapi mata tak terdaya , ku tidur sekejap jam 3.00 pagi. Kira-kira jam 3.15 pagi telefon berdering dan terus ku angkat. Staff dari Hospital memaklumkan yang isteri akan di induce . Ini kerana isteri masih tiada kontraksi dan ini perlu dilakukan secara paksaan bagi mengelakkan masalah pada bayi.
Jadi aku pun tunggu di parking kereta selepas sekali lagi tidak dibenarkan untuk berada di ruang luar di kamar bersalin. Sambil tu sempat lah aku Live Tiktok di dalam kereta kira-kira jam 4.00 pagi. Seronok juga bertiktok sambil berkongsi pengalaman dan dalam jam 5.45 pagi aku terus ke Masjid Al Azim. Masa ni juga aku merancang sekiranya isteri tak melahirkan anak pada hari ini aku akan booking hotel di sekitar. Antara yang menjadi pilihan adalah Hotel Cowboy atau Hotel Hallmark . Selepas sahaja menunaikan solat Subuh aku menunggu dengan penuh sabar dan debar. Pukul 8.45 pagi aku menerima whatsapp dari isteriku. Alhamdulillah anak keduaku telah selamat dilahirkan pada pukul 8.09 pagi. Yang mengelikan hati bila mengetahui bahawa ianya adalah ANAK LELAKI.
Sebelum itu, jangkaan dan ramalan adalah anak perempuan berdasarkan bentuk perut dan juga pemandangan dari doktor di klinik. Namun kita hanya meramal tapi Allah juga menentukan. Anak kedua juga merupakan anak lelaki. Memang kelakar sebab sebelum ni , telah ada NAMA yang disediakan untuk anak itu iaitu Maryam Atifa. Dah selalu sebut-sebut nama tu dan berbual dengan kandungan .. Tapi takpe, kita tetap bersyukur dengan pemberian kedua dariNya.
Cubalah naik ke kamar bersalin tu tapi tetap tidak dibenarkan. Agak kecewa juga sebab ingatkan nak azan ke telinga anakku ini . Dengan keadaan kecewa itu pulang ke rumah mak. Bagi mengelakkan datang dan tidak dibenarkan masuk, aku cuba call pihak Hospital pada jam 12.00 tengahari. Orang Hospital memaklumkan isteriku belum mendapat wad sekaligus tak dibenarkan untuk melawat buat masa ini. Kecewa lagi tapi kena sabar….
Pukul 1.40 tengahari isteri call dan memberitahu yang boleh melawat sebab dah dapat wad. Wad 3-3 merupakan lokasi isteri dan anakku. Tak dapat nak pergi waktu tengahari maka aku, mak dan Dak Fatih pergi pada jam 3.30 petang. Sampai jam 4.00 petang dan ingatkan boleh lah masuk awal tapi tak dibenarkan oleh pengawal keselamatan di lobi. Tunggu lah seketika dalam keadaan penat. Jam 5.00 petang adalah waktu melawat dan kami pun terus menuju ke tingkat 3. Ingin mencuba nasib membawa Dak Fatih tapi tak dibenarkan. Terpaksalah aku bergilir dengan mak untuk masuk.
Dapatlah aku tengok bayi dan sempatlah ‘azan ‘ ke telinganya. Alhamdulillah , meskipun agak lambat tapi berjaya juga. Harap azan tersebut dapat meresap ke dalam jiwanya. AMIN..Lepas habis melawat maka pulanglah. Hantar mak ke rumah. Aku dan Dak Fatih pulang ke rumah sebab esok nak hantar ke sekolah. Yelah, taknaklah cuti lama sangat. Hari Khamis pagi tu aku pun hantar Dak Fatih ke sekolah. Sambil buat sedikit kerja rumah, isteri call dalam pukul 10.00 pagi dan memaklumkan bahawa boleh discaj pada tengahari .
Sekali lagi aku terpaksa memikirkan tindakan selanjutnya. Ye lah, kena fikir camne nak ke hospital dalam waktu melawat pukul 1.00- 2.00 petang dan ambil Dak Fatih kat sekolah serta ibu ku. Untuk tidak tergesa-gesa aku ambil mak di rumah dan terus ke sekolah. Aku ambil Fatih seawal jam 11.45 pagi. Kena daftar kat pejabat dahulu sebelum diberi kebenaran.Aku letak Fatih di rumah jiran sebelum kami terus ke hospital. Alhamdulillah, meskipun parking penuh namun selepas pusing sekali round ada satu kenderaan yang keluar. Dipermudahkan juga kali ini.
Aku dan mak terus masuk ke wad 3-3 . Pergi ke kaunter hasil , farmasi dan juga pemeriksaan oleh kakitangan Hospital sebelum dapat pulang ke rumah. Alhamdulillah, selesai untuk membawa pulang anak keduaku ini.
Gembira bukan kepalang selepas melihat bayi comel ini masuk ke rumah. Ada lah iras-iras abangnya masa kecil tu.
Hari ketiga , cadangan untuk menyelesaikan pendaftaran nama bagi bayi ini. Mula-mula nak selesaikan lepas hantar Fatih ke sekolah tapi dokumen-dokumen belum diphotostat dan kedai belum buka pagi-pagi tu.
Pukul 8.00 pihak klinik berhampiran call untuk pemeriksaan. Hasil pemeriksaan , bayiku demam dan diambil darah. Disarankan untuk ke Klinik Kesihatan Alor Gajah pada hari esok (Sabtu). Selepas selesai aku meneruskan perjalanan menjemput anakku di sekolah. Selepas tu singgah di Bandar Alor Gajah untuk photostat dokumen. Selepas solat Jumaat di masjid kariah, aku pun meneruskan perjalanan ke Jabatan Pendaftaran Alor Gajah. Ini merupakan kali pertama ku jejak ke sini. Ye, nama telah dipilih dan diharap ianya membantu menjadikan anak kedua ini seorang yang soleh. Amin..
Ok, itulah serba sedikit kisah anak keduaku. Sekadar catatan untuk menjadi kenanganku di kemudian hari. Disini sedikit vlog yang sempat diambil.
One Reply to “Kisah Dapat Kelahiran Anak Kedua”