Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Hari ni 9 Muharam 1446 H. Bagi yang beragama Islam dan sentiasa peka pada ibadah-ibadah sunat ni mungkin tahu tentang puasa dalam bulan Muharam ni.
Okaylah, aku mengaku yang memang tak berapa ambil tahu pun sebelum ni. Jadi sementara masiih diberikan nafas ni elok lah aku mencari ibadah yang mudah ni. Rasanya korang semua mungkin dah biasa dengan puasa hari Asyura kan? Yang tak biasa marilah kita bermula untuk biasakan bermula tahun ni.
Kalau ikut pembacaan aku, untuk berpuasa pada hari Asyura yang jatuh pada 10 Muharam kita digalakkan untuk memulakan dengan puasa pada hari ke 9 iaitu puasa Tasu’a. Korang boleh baca tentang fadhilat puasa di bulan Muharam dekat link ni .
Sebelum tu kita mulakan dengan niat untuk puasa tasua dan asyura ni. Boleh baca ikut gambar di bawah ni
Semoga amal kita yang sedikit ini di terima amalnya..
AMIN..