Seminggu kembali lagi dan aku menaip kembali. Kejap je dah masuk bulan Mac 2016. Rasanya baru je lagi tahun 2015 meninggalkan kita.
Memang sungguh pantas masa berlalu dan tak terkejar banyak perkara. Untuk artikel kali ini aku cerita sikit benda-benda yang berlaku pada bulan Februari 2016 secara rangkuman ringkas dan juga aktiviti yang di’TAJUK’kan di atas.

Ringkasan Bulan Februari 2016

Bulan Februari kehidupan aku sedikit berubah. Aku ada menambahkan satu aktiviti baru dalam hidupku. Buat masa ni aku tak boleh nak terangkan sebab masih belum MAHIR tentang aktiviti itu. Namun ianya adalah satu perkara baru yang ku pelajari. Kalau ada peluang, inshaallah aku ceritakan pada awal bulan April nanti.
Menyusun aktiviti dengan lebih konsisten bukanlah satu tugas mudah. Apatah lagi aktiviti sediada telah disusun dan diganggu namun itu adalah lumrah dalam hidup. Kalau nak mencapai kejayaan kena berubah kan? Eh, tetiba je ayat macam orang MOTIVASI plak.

Aktiviti larian mingguanku tetap dijalankan cuma tidak berjalan selancar mengikut jadual namun setiap hujung minggu aku berjaya berlari secara ‘HARDCORE’ dimana jarak melebihi 5 kilometer dicari pada hujung minggu.Bulan Februari mencatatkan 3 kali larian melebihi 10 kilometer. Masih belum cukup sebenarnya kerana banyak perlu diperbaiki.
Kegagalan aku berlari konsisten dengan masa bawah 8 minit per kilometer sedikit mencacatkan rentak. Namun itu bukan penghujung dan aku kena bersabar dan terus mengejar matlamat untuk mencapai angka tersebut menjelang aksi Larian Melaka Heritage City – Half Marathon 2016 yang bakal berlangsung pada bulan April nanti.

Larian Melaka Heritage City - Half Marathon 2016
Larian Melaka Heritage City – Half Marathon 2016

Bercerita pula tentang kewangan, bulan Februari agak SAKIT juga kewanganku ini. Nasib baik ada bantuan serba sedikit dari isteri. Selain itu, aktiviti membawa bekal ke pejabat juga membantu mengurangkan KESAKITAN pada poket ku ini.
Nampaknya, baki PTPTN ku telah semakin hampir ke matlamatnya. Walaupun kini telah tinggal RM300 namun aku belum bersedia untuk selesaikan pada bulan Mac ini. Mungkin aku memerlukan 2 bulan lagi sebelum membayar penuh baki itu sekaligus melepaskan jiwa ragaku dari satu hutang.
Selepas ini, hutang pembayaran kereta MyVi pula menjadi sasaran. Ikutkan pada bulan Jun nanti, hutang akan tinggal lagi 2 tahun. Seandainya ada DURIAN RUNTUH mungkin ianya boleh dikurangkan beberapa bulan lagi. Tapi buat masa ni, secara realitinya ia masih lagi 2 tahun.
Selain itu, bayaran pembiayaan rumah pula sepatutnya telah mencapai 10 tahun pada tahun ini. Ini bermakna ada lagi 20 tahun perlu ku tempohi. Satu tempoh yang panjang. Mungkin selepas SEKSA kereta selesai, bayaran rumah akan diLEBIHkan lepas ni. Kalau ada DURIAN RUNTUH yang GILA mungkin boleh cepat selesaikan hutang tu.

Penyata PTPTN
Penyata PTPTN

Sebelum korang nak kata HEBAT dan sebagainya, sebenarnya aku ambil masa 14 tahun juga untuk selesaikan. Jadi takdelah boleh dibanggakan sangat ye.. Cuma yang penting bayar tetap kena bayar lah kan. Tak setuju dengan kaedah pun tetap kena bayar juga sebab dah sign. Ni pun aku rugi sebab tak tukar ke Ujrah (sebab malas nak buat macam-macam time tu). Jadi korang yang ada peluang tu tukarlah ke sistem Ujrah sebab banyak kurangnya juga. Tapi kalau tukar ke Ujrah tapi tak bayar pun tak guna juga kan..

Dari segi prestasi blog pula, aku malas nak cerita detail macam dulu. Cukuplah aku maklumkan yang blog-blog berjalan seperti biasa cuma dalam ingatan nak LEPASKAN satu blog tahun ni. Blog OhPemandu.com mungkin jadi MANGSA kalau aku nak lepaskan. Almaklumlah, aku tiada krew-krew untuk membantu dan modal pun tak berapa sangat. Mungkin dengan melepaskan dapat membantu aku menguruskan kewangan dan blog-blog lain dengan lebih selesa.
Apapun, aku mengharapkan kawan-kawan pembaca yang berminat nak ber’KOLABORASI’ dengan aku bolehlah kita bincang-bincangkan. Ada juga blog-blog yang kadangkala sukar nak diupdate tu kalau mengharapkan diri ini.

Dari segi berat badan, nampaknya ada perubahan. Dengan aktiviti mengeluarkan peluh yang KERAS pada bulan Februari, berat badanku menunjuk ke angka 65 kilogram. Masih belum mencapai angka ideal tapi telah banyak berubah dari 71 kilogram pada pertengahan tahun lepas. Walaupun aktiviti dilakukan namun masalah mengawal makanan masih perlu diambil perhatian.
Insha allah, aku yakin pada tahun ini aku mampu mencapai berat sekitar 60 kilogram iaitu berat yang sesuai untuk BMI ku. Aku juga menjangkakan bahagian perutku mampu dikempiskan. Dan kalau nasib baik ada lah sikit ‘pack’ kat bahagian situ. Huhuhuhuhuhu.  Bagi sesiapa yang nak KURUS  dengan lebih cepat, aku sarankan dapatkan ebook di bawah ni.

Ebook Untuk Kurus Dan Bakar Lemak dengan Pantas
Pelan Mudah dan Teknik Cepat Bakar Lemak

 

Hadiri Majlis Perasmian RTC Sungai Rambai

Pada hari Jumaat lalu, aku menghadiri majlis perasmian RTC Sungai Rambai. Majlis tersebut dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. Aku bukanlah urusetia majlis ni tapi terlibat secara tak langsung untuk hadir ke majlis bagi memastikan persiapan di booth Lembaga Perumahan Melaka berjalan dengan lancar. Almaklumlah, Penolong Pegawai Teknologi Maklumat, kenalah pastikan komputer dapat beraksi di sana.
Kalau tak, memang kena havoc dengan boss le nanti. Memang meriah sungguh majlis tersebut kerana selain majlis perasmian RTC, pada sebelah paginya ada Hari Peladang, Penternak peringkat negeri Melaka. Aku tiba jam 10.30 pagi dan terpaksa parking agak jauh. Lebih kurang 200 meter dari lokasi majlis dan kena lintas pula tu. Apakan daya. Selepas selesai setup semua, tunggu di masjid Al-Hassanah , Sungai Rambai untuk solat Jumaat. Kali pertama aku solat disana.
Sebelum ini cuma lalu je dari luar. Memang ramai sangat orang di dalamnya dan khutbah di sampaikan oleh Timbalan Mufti Melaka. Isi khutbah banyak berkisar isu kepimpinan. Aku nak kongsi sangat pun tak berapa reti nak ceritakan.

Majlis dimulakan pada jam 2.30 petang dan dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri. Lepas je majlis dalam pukul 3.30 petang kami menyerbu makanan yang disediakan. Banyak juga makanan disediakan sampai aku layan kuih, roti canai dan mee tanpa dikawal. Memang kenalah buat workout lebih untuk membuang kalori dalam badan tu. Lebih kurang jam 5.00 petang aku pulang dan sedikit jem berlaku dikawasan berhampiran. Mula-mula ingat balik rancang nak berlari tapi kepenatan menyebabkan aku membatalkan hasrat tersebut.

rtc-sg-rambai

Cerita tentang RTC ni, dulunya ia adalah lokasi untuk jadi RnR tapi nampak tak berapa jadi. Mungkin dengan kewujudan RTC Sungai Rambai ni nanti akan membantu terutama penduduk sekitar Sungai Rambai, Merlimau dan juga penduduk Muar untuk melakukan transaksi. Kalau ikutkan di lokasi tersebut ada Pejabat Daerah dan Tanah Melaka, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan pelbagai agensi lain yang beroperasi disitu. Mungkin ia membantu mereka memudahkan transaksi tanpa perlu ke bandar yang mengambil masa yang lama dan perlu menghadapi kesesakan. Bagi orang Muar, mungkin mereka boleh singgah ke RTC untuk transaksi terutama pada hari Jumaat. Almaklumlah, di Melaka hari Jumaat adalah hari bekerja. Pasti orang Muar boleh memanfaatkan kewujudan RTC Sungai Rambai ni.

Di Melaka ni ada 2 RTC iaitu satu di Kuala Linggi tapi aku rasa yang di Sungai Rambai ini lebih mesra pengguna sebab tiada ‘pak guard’ di luar. Kat RTC Kuala Linggi tu nak masuk pun kena tahan pak guard dulu. Jadi aku tak pernah lah menjejak kaki kat dalam RTC Kuala Linggi tu walaupun dekat sangat dengan kampung isteriku.
OO ye, kisah ini tiada gambar sebab aku pun tak rajin nak ambil gambar. Kawan-kawan opis pun ambil gambar clique memasing je.

Lari 11 kilometer

Pagi 5 Mac 2016, lepas membayar hutang kereta di mesin deposit Hong Leong Bank, Batu Berendam, aku menuju lokasi larian di Taman Botanikal di Ayer Keroh. Aku bertekad untuk melalui laluan yang sama untuk program ‘Melaka Heritage City Run – Half Marathon 2016’. Pada awalnya aku ingin membatalkan niat sebab nampak rintik-rintik hujan dan aku cuma melalui jalan di hutan tersebut namun bila tengok cuaca cerah aku keluar dan cuba melalui jalan luar. Aku berlari juga di kawasan yang hampir dengan lokasi larian. Walaupun tidak 100% dan hanya 60% laluan tersebut namun ia sudah cukup. Lagipun laluan aku bertentang dari laluan larian tu.

Laluan 12 kilometer bagi larian Melaka Heritage City Run 2016
Laluan 12 kilometer bagi larian Melaka Heritage City Run 2016

Berdasarkan pengalaman, mungkin aksi sebenar aku mampu berlari dengan lebih laju kerana laluan latihan ku lebih berbukit berbanding laluan masa hari pertandingan nanti. Memang bukan mudah untuk berlari berseorangan di tepi jalan sejauh 11 kilometer. Hanya iltizam dan semangat je yang mampu menolak diri untuk terus berlari. Itupun pada 5 kilometer akhir, aksi berjalan agak banyak menyebabkan catatan masa juga tidak berapa baik. Walaupun begitu, sudah pasti banyak kalori dapat dibakar pada pagi tersebut kan. Kurang-kurang pun 50% kalori makanan di RTC dapat dibakar. Kalau tak lari, pasti lemak kembali berkumpul pada perut ni.

Korang nak berlari 10 kilometer? Nak tau tips? Okaylah, caranya adalah ______. Hehehehe. Aku tak boleh nak bagitau tips sebab aku pun main redah je. Lagipun aku masih di tahap BEGINNER lagi. Tunggulah kalau aku dah mampu memperbaiki kelemahan-kelemahan nanti barulah aku boleh kongsikan ye..

Petangnya pula aku pergi ke Ozana untuk ________ . Dapat juga belajar sesuatu yang baru.

Pagi ni juga aku dapat lagi keluar peluh. Mengemas bilik yang kujadikan lokasi untuk ku bekerja bagi meneruskan kerjaya sebagai PENULIS BLOG dan mungkin juga PENULIS BUKU/USAHAWAN di masa hadapan. Diharap dengan kemasnya bilik ini akan memberikan inspirasi dan seterusnya memajukan diri ini. AMIN.

Sebelum bilik dikemaskan
Sebelum bilik dikemaskan

 

selepas-kemas
Selepas dikemaskan. Memang ada sikit lagi yang perlu diperbaiki cuma dah nampak ruang yang lebih luas berbanding sebelum ni

Mengemas bilik adalah salah satu aktiviti yang patut dilakukan setiap minggu. Semenjak aku banyak bersenam ni, mengemas rumah memang aktiviti yang aku suka lakukan. Kalau dulu setengah jam dah rasa penat sekarang ni dah selesa je mengemas rumah. Korang kalau nak mengemas rumah tapi takde idea untuk menyusun, cuba dapatkan ebook kat bawah ni. Memang terbaiklah.

Sebelum mengemas bilik aku sempat juga menjengok aktiviti kawasan perumahanku. Ada program NBOS dan Gotong Royong Perdana bagi membanteras Aedes di kawasan kejiranan. Satu program yang bagus cuma susunan untuk gotong royong tu agak lambat sampai aku terpaksa gerak awal tanpa join program gotong royong tu. Ye lah, dah pukul 10.15 pagi tapi tak nampak pun kumpulan yang diwar-warkan tu. Terpaksalah aku gotong royong sendirian membersihkan bilik kerja ku .

Program NBOS mencegah denggi peringkat komuniti Taman Maju, Jasin
Program NBOS mencegah denggi peringkat komuniti Taman Maju, Jasin

 

Okaylah cukuplah serba sedikit kisah hidupku ini. Ada kesempatan, lagi seminggu ku taip lagi dalam blog ini. Terima kasih kerana sanggup membaca artikel ini yang memang panjang kali ni.

10 Replies to “Ringkasan Bulan Februari 2016, Hadiri Majlis Perasmian RTC Sungai Rambai, Lari 11 kilometer”

  1. nak kata sibuk tu taklah sibuk sangat ..cuma saya juga seperti bro..nak melepaskan satu domain blog ..

    tujuannya supaya lebih fokus dengan apa yang saya lakukan sekarang..

  2. busynya..ciktom baca entri ni pun rasa entri ni ditaip dengan laju dan padat…hehe…
    tahniah;
    best tu dah tinggal 2bulan lagi nak bayar ptptn..
    loan kete lagi 2 tahun..
    rumah tinggal 20 tahun..
    berat dah capai 65kg..
    cik tom tetap nak cakap HEBAT sebab tak semua orang mampu nak konsisten bayar setiap bulan..
    semoga berjaya capai target kurus dan target bebas hutang..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.