Sertai Larian PMM Color Run 2016

Alhamdulillah, akhirnya berjaya juga aku menyertai satu program larian pada tahun ini iaitu PMM Color Run 2016. Kalau ikutkan KPI, aku nak sertai kurang-kurang 5 acara pada tahun ini. Jadi untuk permulaannya aku berjaya menempuh satu sasaran.
Acara tahunan yang dianjurkan oleh Politeknik Merlimau ini merangkumi 7 kilometer larian. Dari Politeknik menempuhi jalan Kilang Berapi, Merlimau keluar ke Merlimau In dan seterusnya kembali semula ke destinasi iaitu di depan pintu masuk Politeknik Merlimau.

Gerbang Pintu Politeknik Merlimau
Gerbang Pintu Politeknik Merlimau

Aku daftar secara online seawal bulan Januari lalu. Memang mengujakan sebab ianya merupakan jarak paling jauh dalam acara yang aku sertai. Memang aku pernah buat latihan 13 kilometer tapi bila main dalam acara ni ‘environment’ berbeza.
Jadi aku mula bersedia dengan baiknya. Malam Jumaat tu aku mula melelapkan mata seawal 10.00 malam. Ye lah, nak berlari kena cukup tidur, nanti takdelah rasa letih pula di pagi nanti.

Aku terjaga terlalu awal. Jam pukul 4.00 pagi dah mula bangun. Terfikir adakah nak solat di masjid Merlimau atau tidak. Bila tengok kembali jadual, bermula jam 7.30 pagi maka aku masih ada masa. Lagipun nak kasi juga isteriku lepas solat Subuh. Takut nanti anak sulungku(harap-harap ada lah yang kedua dan seterusnya) terjaga dan menangis pula.
Kesian pula isteri tak dapat nak konsentret Subuh.Aku pun mulakan perjalananku dengan MyVi yang hampir berusia 7 tahun itu menuju ke Merlimau. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 20 minit dari lokasi rumahku. Aku sampai parking kereta bertentang Politeknik Merlimau dekat dengan Secret Recipe Merlimau.
Aku pakai kasut murah, Pronexku dengan stokin warna kuning panjang tu. Nampak beberapa ahli keluarga yang menyertai acara larian ni. Ada tu, seorang pakcik yang aku kira berumur dalam lingkungan 60-an pun ada juga. Memang bagus sekali. Nanti kalau aku berkesempatan untuk sampai ke umur tu pun aku nak bawa keluargaku ikut program camni juga.

Pagi-pagi disajikan dulu dengan senamrobik untuk sesi pemanas badan. Memang agak payah bagi diriku yang agak keras ni namun ku gagahkan jua. Sesi panas badan tu berlangsung kira-kira 10 minit dan akan bermula. Tetiba pula ku rasakan yang aku perlu ke tandas tatkala urusetia telah meminta peserta ke garisan permulaan.
Acara itu dilepaskan oleh ………… er, aku tak tau sebab berada di barisan belakang. Tu pun nasib baik aku hanya melepas yang kecil, jadi sempat lah untuk bersama-sama pelari lain.

Permulaan larianku agak laju. Mungkin sebabkan aku takut tertinggal jauh. Nak memotong bukan mudah sebab lorong agak terbatas dan agak ramai berada di kelompok tu. Memang aku cuba melajukan larian berbeza dari biasa. Namun sampai lebih kurang 1 kilometer, nafasku mula mencungap-cungap. Sedikit kegagalanku untuk mengawal ‘Pace’. Tapi dalam masa tu juga aku dipotong oleh beberapa orang wanita.
Pergh!! Diorang mula lambat beberapa minit tapi dapat mengejarku. Sesampai di laluan Kilang Berapi Merlimau tu aku lihat jalan sedikit berbukit. Adohai. Memang cabaran untuk menaiki bukit adalah sesuatu yang menyeksakan. Ku gagahi juga walaupun terasa ingin berhenti dan berjalan. OOO, ketika mendapat air mineral aku tercampak pula straw. Terpaksa buat lubang kecil dan meneguk air dalam kuantiti yang sikit.

Bergerak menuju ke simpang Merlimau Inn, aku berlari saing dengan seorang budak Politeknik Merlimau. Umurnya lebih kurang 20-25 tahun dan bila kutanya, ini adalah kali pertama berlari. Aku berfikir jika aku berlari bersamanya, mungkin tekanan di kaki ini dapat ku hindarkan dari emosi ini. Mula sedikit berborak dan tiba ke satu stesen dimana coklah ‘Choki-choki’ dibagi. Selepas mendapat gigitan coklat itu secara tiba-tiba aku memulakan pecutan.
Mula-mula aku ingatkan budak Poli tu mampu mengejar tapi tunggu punya tunggu tak tiba juga. Maka aku teruskan dengan ‘pace’ yang konsisten. Namun nampaknya kekuatanku tidak berterusan. Dalam 4 kilometer lebih aku terasa ketahananku sampai ke limitnya. Aku terpaksa berhenti dan berjalan seketika. Memang ketika ini motivasi sedikit menurun. Sampai ke stesen air mineral, aku berhati-hati memasukkan straw ke dalam botol kecil itu.

Dalam langkahan itu, ada juga urusetia di tepian jalan yang mengambil gambar serta menabur tepung berwarna ke badanku. Memang sedikit terganggu namun ku cuba teruskan. OOO, ye aku juga terserempak seorang budak perempuan yang telah memotong ku pada awalnya. Nampaknya ku sangkakan dia akan menang tapi pastinya tidak jika dia berada berdekatan denganku. Menaiki jalan Merlimau Utara, aku mula bertekad untuk meneruskan larian.
Rasanya sudah ada 5 kali henti jalan. Bukan sesuatu yang bagus untuk masaku. Aku cuba juga perlahan-lahan untuk melarikan diri sampai ke arah yang dituju.

Alhamdulillah aku melihat jam tanganku dan berjaya mencapai masa 49 minit. Lepas je mengambil medal finisher dan sijil aku terus melihat catatan di handphoneku melalui aplikasi Runkeeper.com.

Masa yang ku ambil dalam PMM ColorRun 2016
Masa yang ku ambil dalam PMM ColorRun 2016

Catatan 49:41 minit bagi jarak 6.77 kilometer merupakan satu rekod yang agak baik bagi diriku. Sebelum ini memang terlalu sukar untuk ku capai masa tersebut. Namun aku perlu memperbaiki terutama tahap konsistensi kerana bulan April nanti lebih mencabar.

Aku perlu berlari 12 kilometer pula lepas ni dan pastinya aku inginkan angka yang baik. Lepas sahaja sampai aku sempat mengambil gambar. Memandangkan aku seorang diri, terpaksa menyuruh seorang budak urusetia mengambil gambarku.

Bergambar Syok Sendiri
Bergambar Syok Sendiri

Ooo, ye.. Ada tak korang yang berminat nak join #teampunchet . Aku nak buat team ni untuk layan game-game larian selepas ni. Dekat opis aku ni ada yang ikut, tapi sekerat jalan je. Last-last aku kena lari seorang diri.
Selain dari larian, aku juga sedang belajar sesuatu. Apa tu? Nanti aku ceritakan bila dah pandai. Sekarang ni masih dalam peringkat belajar lagi.

Secara keseluruhannya, program PMM Color Run 2016 ini agak berjaya cuma mungkin ada beberapa perkara boleh ditambahbaik.

1) Mungkin jarak tu boleh dijadikan genap 7 kilometer kalau laluan masuk tu di depan sedikit bukannya di simpang Merlimau Inn. Tapi ini bukanlah masalah besar sangat pun.
2) Mungkin ketika di stesen air tu perlu disediakan tong sampah agar peserta yang minum tidak membuangnya secara merata-rata. Nampak tak berapa cantik bila botol air bertebaran di tepi jalan.
3) Mungkin nama sponsor boleh diletakkan di t-shirt dan mungkin t-shirt boleh di’upgrade‘. Elok juga kalau baju bukan berwarna putih sebab nampak seksi bagi pemakainya (bukan aku lah tu).

Itu sedikit komen. Pada aku pula, beberapa perkara yang perlu diperbaiki ialah :-

1) Latihan perlu lebih. Rasanya latihan tidak mencukupi dan aku telah mula mengah dalam 1 kilometer. Bukit juga masih menjadi masalah pada diri untuk mendakinya.
2) Kawalan pernafasan. Aku masih belum cukup pandai dalam kawalan pernafasan. Mungkin mampu kalau ‘pace’ yang perlahan tapi bila ‘pace’ laju sikit memang cepat mengah.
3) Kasut. Yup, kasut murahku jenama Pronex sedikit sebanyak mengurangkan kemampuanku untuk mencapai angka yang lebih baik. Buat masa ni aku belum ada bajet yang cukup untuk itu. Mungkin sedikit masa lagi bila sudah kukuh. Kalau ada SPONSOR lagi best.

Itulah serba sedikit pengalamanku. Mungkin kalau ada lagi program larian yang kusertai maka panjang juga artikel nanti. Terima kasih kepada Politeknik Merlimau yang memberikan pengalaman ini.Harap-harap tahun depan berjumpa lagi.

5 thoughts on “Sertai Larian PMM Color Run 2016

  1. Hehehe terbaik lah, Rindu gila Politeknik Merlimau dari bekas pelajar Poli Merlimau.

    Apa pun event gini memang terbaik, tabik pada penganjur budak2 semester akhir buat event gempak cam ni.. Bukan senang nak kumpunl orang dan buat event besar cam ni.. kena banyak promosi.. >_>

    Apa pun tahniaahh, kuat jugak tuan berlari heheheh lajuuu lajuuu…

    Kekal sihat , hidup bahagia.. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *