Assalamualaikum dan salam sejahtera
Tahun ni Sambutan Maulidur Rasul berbeza dari tahun sebelumnya. Kalau sebelum ni ada menyertai perarakan Maulidul Rasul peringkat Negeri Melaka namun tahun ini tiada.
Norma baharu yang mengehadkan pergerakan sekaligus aktiviti berkumpulan tiada dilakukan di sini.
Tema bagi Maulidur Rasul 1442H/2020 adalah ‘Ummah Rabbani Negara Harmoni’. Jadi kita selaku umat Islam mungkin kena bersatu bagi memastikan negara kita kekal utuh dari segi perpaduan.
Di kesempatan ini aku ingin mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul.