Sambutan Hari Raya Peringkat Kampung Ayer Pasir

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Masih Berhari Raya ke? Penuh ke undangan untuk ke open house tahun ni? Mesti jenuh kan nak ke sana ke mari terutama pada hari minggu.
Kena memenuhi jemputan dari saudara mara serta rakan taulan untuk menambahkan kapasiti perut selepas berhempas pulas melawan nafsu makan pada Ramadhan lalu.
Aku pun sama macam korang semua. Bila hari raya memang nak kena pergi ke sana ke mari cuma tahun ni tak banyak rumah dapat singgah.
Ada banyak jemputan lagi penting yang perlu dipenuhi.

Aku sebelum ni jarang join majlis sambutan hari raya peringkat kampung atau taman tapi sebab dah ada jawatan di taman ni kenalah juga hadap.
Nanti bising pula orang kampung bila takde muka kat majlis. Untuk kali ini aku terlibat sekali dengan MPKK di kawasan kampung. Sebelum ni ada perancangan nak buat majlis rumah terbuka peringkat taman.
Tapi memandangkan agak sukar mendapat kerjasama dari pelbagai pihak maka join je peringkat kampung sekali. Tapi kenalah sumbang sedikit duit persatuan dan tenaga kerja.

Majlis Sambutan Hari Raya telah diadakan pada Sabtu lalu di Balai Raya berhampiran. Alhamdulillah, balai raya dekat jadi mudahlah untuk buat program Hari Raya di situ.
Aku bantu sedikit sebanyak gotong royong yang diadakan oleh MPKK di situ. Tolong sikit kemas meja dan sebagainya untuk menampakkan ada sumbangan tenaga kerja dari penduduk taman.
Tengok adalah 2-3 orang taman yang ada. Nampak betapa kerjasama dari aktiviti gotong royong tu masih tiada dalam kalangan penduduk. Memang menyedihkan tapi itulah hakikat yang perlu ditelan.

Mula-mula risau juga kalau majlis takde sambutan tapi alhamdulillah pada hari kejadian iaitu malam Sabtu lalu kedatangan hadirin agak meriah. Rasanya penduduk taman pun datang beramai-ramai membawa keluarga ke majlis.
Walaupun aku dan keluarga tak dapat duduk kat meja tapi ada kerusi dan dapatlah layan makanan yang dihidangkan secara buffet tu. Menariknya ada cabutan bertuah dan aku berjaya mendapat satu hamper untuk dijadikan kenangan.
Alhamdulillah berjaya juga mendapat cabutan bertuah walaupun selama ini susah nak bertuahnya…..

Mungkin tahun depan kalau Persatuan dah cukup kukuh akan buat sekali majlis sambutan hari raya peringkat taman dan juga nak buat open house untuk sendiri. Kalau ikutkan nak buat tapi isteri tak sanggup. Jadi tangguhkan je la dulu.
Korang semua camne? Dah buat open house ke?

Sedikit gambar majlis tersebut

Selfie itu penting untuk bukti terlibat dalam kerja-kerja ni
Selfie ditempat makan juga penting untuk bukti makan di majlis ini
Cukup ramai pengunjung datang untuk menjamu selera
Majlis dirasmikan oleh YB Ginie Lim, ADUN Machap Jaya diiringi Pengerusi MPKK Kg Ayer Pasir

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.