Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Aku rasa artikel aku ini mungkin boleh jadi sedikit kontroversi jadi aku akan tutup komen-komennya.
Bukan apa, sebagai penjawat awam aku kena hati-hati sikit dalam menyiarkan komen-komen di blog apatah lagi aku berada di lokasi dekat.
Jujurnya aku pun tak tahu samada betul atau tidak Datuk Ali Rustam akan menjadi TYT Melaka. Cuma nampak ramai yang memberikan komen masing-masing dan menyebarkan benda yang tak sahih lagi.
Aku tak tahu tentang keputusan Agong tentang nama TYT baharu tu.

Cuma aku pernah bekerja dengan Datuk Ali Rustam ini sedikit masa dahulu. Ketika aku mencari kerja dimana aku sanggup menurunkan darjat ijazahku menjadi seorang pelayan rumah. Korang pernah tau apa itu pelayan rumah?
Mestilah tak pernah kan. Aku pernah mengisi jawatan tersebut selama 7 bulan di kediaman rasmi Ketua Menteri Melaka dimana masa tu Datuk Ali Rustam menjawat jawatan tertinggi negeri Melaka tu. Selepas itu aku memasuki jawatan di Lembaga Perumahan Melaka dimana beliau menjadi Pengerusi.
Memang ada pengalaman dengan Datuk Ali walaupun tak sebanyak orang lain. Ye lah, aku kerja pasang laptop dan presentation je. Jadi takdelah bersua muka sangat tapi nampaklah sifat tegas beliau dalam memastikan Melaka berkembang maju ketika era pemerintahannya.

Samada beliau dilantik atau tidak, aku rasa Datuk Ali Rustam memang telah banyak berjasa dalam membangunkan negeri Melaka terutama ketika beliau menjadi Ketua Menteri.
Itu sahajalah untuk artikel kali ini. Maaf kalau tak dapat pengesahannya. Kita tunggu pada 5 Jun nanti.