Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Pada 10 Jun 2021, mencatat sejarah apabila pelajar calon SPM Pro Max mendapat keputusan masing-masing. Apa itu SPM Pro Max ?

Mula-mula aku pun tak faham tapi lepas mencari inputnya ia adalah gelaran bagi pelajar yang mengambil SPM pada tahun 2020 tapi ditunda tahun 2021.

Menariknya keputusan juga dikeluarkan awal iaitu pada Jun 2021. Ramai yang menanti keputusan ini bagi meneruskan cita-cita masing.

Aku memanglah dah lama tak ambil SPM tapi tumpang gembira kawan-kawan sebaya yang gembira melihat keputusan anak masing-masing.

Nampak ramai yang berjaya mendapat keputusan yang cemerlang. Tahniah lah aku ucapkan kepada mereka semua. Macam aku, memang jauh lagi. Fatih baru je 6 tahun dan ada lagi 16 tahun untuk ke era SPM tu. Aku pun tak tahu masih ada ke tidak waktu tu. Ikutkan masa tu pun aku dah pencen.

Sambil tu aku ada buat sikit video sketsa tentang keputusan SPM tu..

Moga korang sudi menontonnya..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.