Assalamualaikum dan salam sejahtera semua
Minggu lalu aku mengalami pengalaman memakai gelang pink yang pasti bukanlah satu pengalaman indah. Aku kena buat swab test lepas salah seorang kakitangan di opis disahkan positif COVID-19. Jadi buatlah swab test di sebuah Klinik Swasta
A post shared by Zool Zarizi (@zoolzarizi)
Memang mendebarkan jugalah bila buat swab test tu. Walaupun aku bukan contact rapat kakitangan yang kena tu (Perempuan) tapi risau juga kalau kena kat tempat lain.
Lagipun sekarang ni banyak kes yang tak tau puncanya. Dengan keadaan kencing manis pasti lebih menakutkan kalau terkena.
Esoknya aku disahkan negatif. Mula-mula ingatkan boleh la masuk kerja tapi rupa-rupanya tidak dibenarkan oleh KKM. Kena juga buat kawalan kendiri. Ditambah pula kena pakai gelang pink oleh KKM.
Bila kena pakai gelang kenalah jaga-jaga ye. Tak boleh nak keluar rumah. Alhamdulillah selepas tarikhnya bolehlah di potong gelang. Gembiranya rasa di hati. Tpi tetap kena jaga SOP..
Adakah antara korang yang pernah kena pakai gelang pink ni? Jom kongsikan..