Selamat Menyambut Ramadhan 1439H

Assalamualaikum..
Tatkala aku menaip, telah masuk Ramadhan bagi hari yang keempat. Kejap je masa berjalan tanpa kusedari.
Kalau artikel sebelum ni aku menaip mengenai azam Ramadhan jadi tahun ni pun nak mencuba juga mengapai azam.
Azam utama adalah memastikan aku dapat menunaikan terawih lebih dari 25 hari. Kalau ikutkan nak 100% tapi kita tak tau apa yang berlaku.
Macam tahun lepas rasanya kurang dari 25 hari rasanya aku berterawih jadi kenalah perbaiki. Setakat 4 hari ni nampaknya masih penuh lagi.
Dekat masjid pun aku tengok ada pertambahan jemaah yang agak mengejutkan. Tak tau le samada sebab masjid kariah aku buat terawih 8 rakaat menyebabkan ramai yang menunaikan terawih di Masjid An Nur.
Aku harap dapat menunaikan solat terawih di situ kerana mungkin tahun depan aku akan berpindah ke rumah baharu.

Bulan Ramadhan tahun ini juga merupakan tahun pertama aku menunaikan tanpa insan bergelar bapa. Dan Syawal nanti juga tiada aktiviti bersalaman dengan bapa. Pasti akan terasa hiba nanti.
Apapun ini lah kehidupan. Kita juga akan kembali padanya tak lama lagi. Al-fatihah untuk bapaku.

Bulan Ramadhan ni juga memberikan ujian sebab aku telah berpindah pejabat. Menambahkan ujian, pejabatku di tingkat 3 dan aku perlu menaiki tangga. Teringat masa zaman aku belajar di UiTM Shah Alam dimana kami tinggal di tingkat 4.
Bila dah naik tu memang malaslah nak turun. Satu kenangan yang tak mungkin mampu kulupakan dengan mudah. Alhamdulillah aku ada satu group yang menempatkan hampir keseluruhan kawan-kawan yang bermastautin ketika itu.
Kenangan ketika beli makanan di Seksyen 6, Shah Alam. Bajet supaya harga berbaloi. Lepas tu ada kalanya masak di rumah. Tapi boleh kira dengan jari kot masak kat rumah sebab semua tak pandai masak.
Lagipun masa dulu takde internet data cam sekarang. Kalau ada boleh lah nak surf resipi kat internet. Kadang-kadang bila rasa sengkek pergi makan kat Masjid Shah Alam.
Kenangan yang mengujakan. Semuanya berlalu begitu pantas dan tak boleh diulang semula. Tersentimental pula.

Sekarang ni berbuka puasa dengan isteri pula sementelah anakku masih kecil untuk mengenal erti puasa. Mungkin lagi 5 tahun dia dah boleh join kami berpuasa kot.
Apapun aku ucapkan SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN 1439H. Maafkan jika ada salah dan silap. AMIN.

5 thoughts on “Selamat Menyambut Ramadhan 1439H

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *