Cabaran Ramadhan , Melawat ke Rumah Ketua Menteri Melaka dan Beli Baju Raya 2018

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua
Lama benau (bahasa Melaka) aku tak menaip dalam blog ni. Bukan malas tapi tak tau nak menaip pasal apa. Lepas tu asik bertangguh-tangguh maka terus tak jalan-jalan artikel.
Kalau nak ikutkan ada je idea nak berkongsi tapi tu lah betapa kemalasan melanda diri ini. Tapi aku cuba gagahkan juga untuk menaip hari ini. Mana tau korang yang tengah boring-boring tatkala menunggu waktu berbuka/bersahur boleh baca-baca sikit artikel ni.
Takdelah artikel yang berilmiah nau(bahasa Melaka juga) tapi bolehlah jadikan sikit intipati dalam hidup korang semua. Cewah, bersastera pula aku ni.

Okay, tatkala aku menaip artikel ini bersamaan pada hari Ahad 10.6.2018 jam 5.58 petang iaitu hari ke 25 Ramadhan. Tahun ini aku merasakan beberapa cabaran yang cukup berbeza dari tahun sebelumnya. Antaranya ialah :-

1) Tahun ini tiada lagi berbuka puasa dengan bapa. kalau sebelum ini kalau berbuka puasa dengan bapa, memang arwah akan siap=siap beli kuih. Murtabak memang menjadi pilihan selain kuih putu piring yang memang anak=anak dia kurang menjamahnya. Biasanya dia akan menjamah sikit je. Lepas solat Maghriba baru dia akan makan nasi yang disediakan oleh mak.
Sekarang ni, mak pun dah tak masak nasi sebab abang dengan adik tak berapa nak jamah nasi.
2) Cabaran fizikal memang terasa pada diri ini. Mungkin ada efek selepas pembuangan tonsil pada awal bulan Januari lalu. Aku masih ada terasa ketidakselesaan pada tekak sehingga kini. Semoga akan beransur pulih apatah lagi dengan fadhilat Puasa ni. Amin.
3) Susut berat badan. Aku memang menjaga pemakanan apatah lagi sebelum ini angka gula didarahku menunjukkan kencing manis akan menyelubungi badanku, Dengan penjagaan minuman bergula yang ku tolak sedikit demi sedikit, berat badanku telah mencapai ideal BMI. Cuma memang nampak kurus pada diriku ini.

Itu serba sedikit tentang cabaran Ramadhan pada tahun ini. Memang terasa agak mencabar berbanding pada tahun sebelumnya. OO ye, pagi tadi aku sempat melawat Rumah Ketua Menteri Melaka (Seri Bendahara). Kalau korang rajin ikut perkembangan politik negara mungkin mengetahui bahawa negeri Melaka telahpun diperintah oleh parti politik baharu (Pakatan Harapan).
Salah satu perkara baharu yang dilakukan ialah menjadikan rumah kediaman rasmi Ketua Menteri dahulu sebagai lokasi yang boleh dilawat oleh orang awam. Dan sekarang ini ia menjadi produk pelancongan baharu. Masa aku melawat pagi tadi memang ramai sungguh pelancong yang datang. Sampai jem juga nak cari tempat parking.
Aku taknak komen secara politik tapi tahukah korang yang aku pernah bekerja di Rumah Ketua Menteri Melaka satu ketika dahulu? Bukan sebagai pegawai atau kerani tetapi sebagai pembuat air iaitu antara jawatan terendah di Jabatan Ketua Menteri Melaka. Tapi masa tu aku kerja di Rumah Ketua Menteri di Bukit Peringgit. Yang rumah di Seri Bendahara Ayer Keroh ni aku tak merasa lah.
Sebelum ni cuma pernah masuk untuk meeting Ahli Lembaga Pengarah je tapi kali ni berkesempatan untuk masuk hampir keseluruhan rumahnya. Jangan tanya pendapat aku, sebab aku tak sampai hati nak kutuk orang yang pernah membantu aku dulu. Cuma aku tunjuk sedikit gambar untuk tatapan korang je..

Bergambar di hadapan Seri Bendahara
Bergambar di dalam rumah sambil menandatangani buku pelawat
Sesekali duduk di sofa empuk. Memang seronok rasanya
Agak-agak mampu tak si Zool nak ada perabot camni? Kalau kerja kerajaan mungkin tak mampu…
Ada juga gambar kenangan dengan isteri di salah satu meja makan
Sempat bergambar di swimming pool. Bila pandang je swimming pool ni terasa pula nak berenang. Lama tak berenang ni.
Bergambar di garaj kereta kediaman Rasmi Ketua Menteri Melaka

Kalau ikutkan perancangan nak pergi Cheng untuk berbincang hal dekorasi rumah tapi kedai tutup pula, jadi pergilah ke lokasi untuk beli baju raya. Pergi ke Jakel Melaka dan seperti disangka memang ramai orangnya. Susah juga nak memilih tapi untuk tahun ini aku sekadar memilih pakaian Kurta sebagai baju raya. Yelah, baju Melayu tetiap tahun dapat sebab kena join perarakan Maulidur Rasul.
Jadi tak perlulah beli. Tahun ni rancang memakai baju berwarna hijau. Pergh, walaupun dah takde GST tapi harga boleh tahan juga. Koyak dekat RM200 kat Jakel ni. Lepas tu pergi Keluargaku pula, kira-kira peruntukan baju Raya dah RM3++. Nasib baikla ada bonus Raya Kerajaan Negeri Melaka bernilai RM1,000. Dapatlah gunakan insentif tu. Terima Kasih CM dan Kerajaan Baharu. Tapi yang lebih patut berterima kasih adalah pada Allah yang menetapkan semua ini.Amin.

Okay cukuplah setakat ini corat-coret ku di petang Ramadhan ini. Aku juga nak ucapkan Selamat Hari Raya. Mana le tau kalau tak sempat nak buat artikel Hari Raya pula tahun ini. Maaf Zahir Batin ye kawan-kawan semua..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *