Alhamdulillah selepas lebih 2 tahun mengumpul akhirnya saya melepasi angka $100 bagi akaun Google Adsense. Bila dah cecah $100 tu bolehlah nak cashout.
Gembira tak terkata sebab bukan senang nak lepas tu. Walaupun ada 2 blog utama tapi nak melepasi $100 tu memang lama.
Almaklumlah blog-blog tahap biasa-biasa memang camtu. Nak dapatkan sebulan $3.00 pun sukar tapi tak itu bukan penanda aku nak mengalah. Inshallah semenjak dua menjak ni nampak ada perubahan dan aku sedang berusaha supaya dapat cashout setahun sekali dan akan menjadi lebih cepat lagi pada tahun hadapan.
Lepas terima notifikasi di Google Adsense aku print maklumat Google Adsense tu. Pengeluaran menggunakan Western Union. Memandangkan agak lama tak mengeluarkan Western Union ni agak sukar untuk mencari lokasi. Mula-mula cuba kat Pejabat Pos Ayer Keroh tapi kena reject sebab katanya hanya menerima pembayaran perseorangan sahaja.

Kalau ikutkan last aku buat cashout guna Western Union kat Bank Rakyat di Kota Cemerlang tapi sebab susah nak cari parking aku pergi ke Hong Leong di Masjid Tanah. Jauhkan? Aku pergi sebab ada tugasan di kawasan Kuala Sungai Baru jadi bila lalu tu pergi singgah kat Hong Leong Masjid Tanah.
Mula-mula aku bayar duit kereta ku dan tanya baki. Lepas bayar RM500 aku tanya baki pada kakak yang jaga kaunter. Alhamdulillah menurutnya hanya tinggal lagi RM1,22+.++ je lagi. Angka yang tak terlalu banyak dan aku jangkakan boleh diselesaikan pada hujung tahun ni. Satu lagi hutang yang boleh dikurangkan dari bajet. Lepas ni bolehlah aku menambahkan pelaburan dalam pelbagai instrumen.
Impian sekarang ni nak tambah satu lagi rumah tapi belum terlaksana lagi. Harap-harap lepas habis bayar kereta nanti ada lebihan perbelanjaan yang boleh digunakan untukku menambah lagi simpanan dan pelaburan. Inshaallah.

Berbalik kepada hal Western Union tadi, memang ada sedikit kelewatan. Almaklumlah Kakak kaunter tu tak berpengalaman membuat kes Google ni. Aku yang pertama kali dia buat. Walaupun ada kelewatan sikit tapi alhamdulillah dapat juga aku mengeluarkan duit pendapatan dari Adsense iatiu 414.++. Ikut convert US Dollar ke RM Malaysia pada hari tu.

Pembayaran yang diterima dari Google Adsense melalui Western Union

Memandangkan aku mempunyai perancangan masa depan untuk blog-blog tu duit yang diterima aku ambil yang 11.++ manakala selebihnya masukkan dalam akaun bank syarikat. Yelah, untuk memastikan kelangsungan blog ni di masa hadapan aku kena asingkan ia. Dengan menggunakan akauan syarikat, aku boleh mengelakkan tiada duit untuk memperbaharui domain dan hosting pada masa hadapan.
Lagipun bila ada akaun syarikat bolehlah blog-blog (termasuk Zoolzarizi.com) untuk menerima pengiklanan ke blog yang akan disalurkan ke akaun syarikat. Harap-harap aku mampu menunaikan impian sendiri untuk maju dalam arena blog ini di masa hadapan dan mampu bergerak semaju yang boleh. AMIN.

Okay cukuplah untuk kali ini. Sekarang tengah berusaha keras untuk mendapatkan pendapatan melalui lain-lain pula. Kalau terajin nanti aku update kat sini ye.

Ooo ye, aku juga dah buat perubahan info kat Google Adsense, lepas ni tak payah guna Western Union lagi. Boleh terus transfer kat akaun bank je terus. Senang la lepas ni.

2 Replies to “Berjaya Cashout Western Union Google Adsense”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.