Siap Sudah Palang Untuk Kegunaan Kakitangan

Alhamdulillah, minggu ini aku berjaya juga menyelesaikan masalah pemasangan palang gate di pejabat untuk tempat letak parking kenderaan jabatan dan kakitangan. Kalau ikutkan, aku bukanlah pakar dalam bidang ini tapi entah camne aku pula ditugaskan. Mengikut moto ‘Saya Yang Menjalankan Amanah’ maka ku teruskan juga usaha. Kena marah sebab lambat dan pelbagai isu terpaksa ku harungi. Meskipun pahit namun TERPAKSA juga ku telan. Apakan daya, meskipun terasa tidak ADIL tetapi inilah cabaran yang dihadapi bila kita bekerja di bawah orang. Suka atau tidak perlu juga dilaksanakan dengan berat hati. Okay, tak boleh komen panjang sangat takut nanti terpelot pula. Lagipun, blog ni public, tak mustahil ada pembaca ni yang mungkin SPY kan?

Okay bercerita tentang palang ni, aku mencari palang autogate ni di Internet. Jenama yang kutemui adalah MAG Barrier System. Menurut vendor yang dipilih, MAG ini adalah keluaran tempatan dan digunakan di banyak tempat. Aku ada perhatikan Hotel Novotel menggunakan MAG ni . Selain itu UTC Melaka dan IPK Melaka juga menggunakan jenama ini.

Pemasangan dia agak complicated juga. Aku memang tak retilah nak terangkan lebih lanjut. Tapi selepas seminggu pakai ni aku rasa ia adalah bagus. Kalau korang nak pakai untuk pejabat atau komuniti perumahan, boleh lawat laman web MAG ni. Aku sebelum ni wasap MAG HQ tapi diorang takde buat installation. Tapi diorang bagi no contact reseller kat Melaka yang terus kuhubungi. Secara jujurnya kerja yang dilakukan adalah baik dan aku memang rekemen kalau korang dari Melaka nak dapatkan khidmat palang auto atau CCTV ni.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.