10 Tahun Bersama DataKL

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Semalam tanpa ku sedari, salah satu hostingku telah tamat tempoh dua hari lepas. Nasib baik domain telahpun diperbaharui cuma hosting je belum. Ooo ye, korang tau ke apa itu hosting? Kalau blogger mungkin tahu tapi yang tak tahu tu bolehlah aku ibaratkan hosting tu cam hard disk dalam komputer korang. Cuma aku menyewa hard disk tu untuk tempoh tertentu. Selain itu dalam hosting tu ada banyak benda yang korang boleh tengok.

Bagi yang tak tahu, aku telah berada dalam arena blog ni kira-kira 12 tahun yang lalu. Bermula dari blog caca marba  dan mula mengorak langkah fokus kepada niche tertentu. Salah satu perkara yang aku buat adalah menyewa hosting.

Korang kalau nak sewa hosting boleh Google dan banyak syarikat yang menawarkan perkhidmatan tersebut. Aku pun ada pengalaman dalam sewaan hosting ni tapi lebih kepada penyedia tempatan. Meskipun aku ada blog niche English tapi tetap ku gunakan buatan tempatan dulu. Hehehehe..

Salah satu hosting yang aku gunakan adalah DataKL . Seperti yang aku nyatakan dalam perenggan pertama, aku terlewat dua hari dari tarikh expired. Nasib baik mereka tidak ban dan memberikan peluang untukku. Untuk mengelakkan masalah lain, aku terus sahaja membayar hosting setahun yang bernilai kira-kira RM15+.++ tu.

Aku suka dengan DataKL ni sebab aku jarang mengalami masalah. Tak kiralah isu DDOS ke, hack  data ke, memang jarang berlaku. Kalau ada pun dapat diselesaikan oleh pihak mereka dengan pantas.  Menariknya juga, ada isu boleh terus diajukan di Twitter mereka sahaja. Secara jujurnya antara penyedia hosting yang aku pernah guna sebelum ini, DataKL yang kurang bermasalah. Ini pengalaman aku je, orang lain tak tau le.. Kalau diorang ada saham, mau juga aku beli dalam 1-2 lot juga ni.

Mungkin ada yang tertanya perlu ke menyewa hosting kalau nak buat blog? Pada pandangan aku, tak kisah le. Macam aku, dah rasakan bahawa penulisan blog telah sebati dalam jiwa ini. Meskipun aku tidak akan mampu menjadi sefemes BenAshaari tapi ia bukanlah satu masalah. Aku akan terus menaip selagi terdaya. Mungkin sedikit pengalaman dalam hidup ini dapat dikongsi bersama melalui kisah-kisah yang dipaparkan di blog ini dan juga blog lain seperti Ligakampung.com , Melakacool.com . Aku memang suka berkongsi sesuatu yang boleh dikongsi.

Lagipun menulis ni sedikit sebanyak mampu menambahkan sedikit wang kocek kepada diriku.

Berbalik semula kepada hosting tadi, DataKl ni menawarkan pelbagai perkhidmatan. Anda boleh juga beli domain melalui mereka dan juga Mail Web Server. Kat mana server dia? Ok, itu aku tak tau. Korang boleh je hubungi mereka di 9-2, Jalan 5/109F, Plaza Danau 2, Taman Danau Desa, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, 58100 Kuala Lumpur, Malaysia

Bagi sesiapa yang tercari-cari hosting dan dalam masa yang sama malas nak fikirkan hal-hal teknikal tu, bolehlah dapatkan hosting di DataKL  . Kalau aku boleh bertahan untuk tempoh 10 tahun sudah pasti aku berpuas hati dengan servicenya…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.