Mungkin ada diantara korang yang tau aku baru sahaja pulang dari perjalanan pada hujung minggu lalu. Perjalanan atas dasar kerja iaitu lawatan sambil belajar ke Singapura untuk melawat Lembaga Perumahan Singapura atau lebih dikenali dengan nama HDB.
Perjalanan dimulakan pada hari Khamis yang lalu dimana aku dan rakan-rakan lelaki menaiki van ke Hotel Puteri Pacific di Johor Bahru. Perjalanan berhenti sekejap di RnR Pagoh kerana ada beberapa orang penumpang yang kelaparan tidak makan tengahari. Aku dah kenyang jadi hanya minum air yang dibelanja oleh pegawaiKu.
Sesampainya di hotel kira-kira jam 5.30 petang. Selepas solat Asar, aku pun turun ke kolam renang. Yup, sudah pasti ia lokasi yang mesti ku pergi kalau singgah hotel. Yelah, bila lagi nak praktis ilmu berenang dari ebook Panduan Berenang .
Dapatlah juga berendam kira-kira setengah jam. Syoklah juga sambil dapat bersenam sedikit sebanyak.
Malamnya, kami mencari makan dimana ianya ditanggung oleh boss kami. Beliau belanja makan di Restoran Sayam di Stulang, Johor Bahru. Boleh tahan pantas juga hidangan walaupun banyak makanan di’order’. Memang kenyang betul makan pada malam tu. Dengan ikan stim, daging ayam merah, tomyam. Pergh, memang terbaek lah. Apatah lagi ianya adalah makanan ‘Free’.
Lepas makan tu, kitorang berjalan-jalan pula di Danga Bay. Tempat untuk hiburan santai semata-mata. Takde layan apa-apapun sebab masing-masing pun dah ngantuk. Pulan terus dalam pukul 9.45 malam ke hotel. Balik je ke hotel aku menunggu rakanku, Ijad Johorian iaitu antara kenalan blogger yang pernah kukenali. Selain itu juga aku ingin berjumpa rakan sepengajian di ITM Jengka dulu dimana telah lebih belasan tahun tidak kutemui.
Kami berjumpa di Dataran Johor dikawasan dimana banyak gerai penjaja lori menjual makanan terutama yong tau fu. Banyak juga bercerita tentang rakan-rakan lama dan juga kisah-kisah mereka berdua yang bergabung dalam projek sistem di Johor ni. Ada cerita yang tak pernah ku ketahui sebelum ini. Tapi tak boleh nak cerita kat sini sebab ada yang rahsia peribadi.
Lepas borak-borak tak sedar jam telah menunjukkan waktu ke pukul 1.30 pagi. Esok nak gerak ke Singapura pagi-pagi pukul 5.30 tu. Dah tu aku pula belum tukar duit Dollar Singapura lagi tu. Nasib baik Ijad yang baik hati sudi membantu. Dibawanya aku ke Hospital Tun Aminah untuk mengeluarkan duit di Maybank. Almaklumlah terlupa nak keluar duit sebelum tukar. Nasib baik ada lagi money changer yang buka jam 1.30 pagi ni. Aku menukar duit RM350 dan mendapat Dollar Singapura 115 sahaja.
Betapa rendahnya nilai matawang Malaysia berbanding Singapura di waktu tu ye. Aku sampai ke Hotel dalam kira-kira pukul 2.00 pagi. Mengantuk memang tak boleh tahan, solat Isyak dan terus tidur. Pagi-pagi jam pukul 5.00 pagi dah mula ku bangunkan diri. Takut lambat pula nanti dan banyak hal berlaku pula. Dari segi bilik air dan tempat tidur memang baik Hotel Puteri Pacific ni cuma pemandangan aku tak berapa sangat sebab menghala ke arah bandar. Tak nampak sangatlah pemandangan laut.
Lepas bersarapan di Cafe Hotel kami meneruskan perjalanan menuju ke negara Singapura itu. Satu pengalaman baru bila ku lihat banyak kenderaan terutama motosikal yang menyeberangi jambatan Tambak Johor itu. Berpuluh ribu rasanya kenderaan masuk ke Singapura untuk bekerja di sana. Ada juga yang sanggup berjalan kaki untuk menyeberangi jalan bagi mencari rezeki yang lebih berbanding di Tanah Malaysia. Sampai di Imigresen, passport di scan dan dicop. Tak terlalu ramai untuk beratur cuma aku nampak memang ramai yang berpusu-pusu dan berlari-lari untuk mengejar masa.
Mereka mengejar bas-bas agar tidak terlepas perjalanan ke destinasi masing-masing dimana kebanyakan adalah untuk ke tempat kerja. Memang cukup mencabar sungguh kerja mereka ni. AKu rasa macam tak sanggup untuk berhadapan situasi camni. Oo ye, ada juga situasi dimana seorang Singaporean menahan van kami dan memaki hamun pemandu van kami kerana bawa perlahan. Antara ayat yang tak boleh ‘ You Malaysian don’t come la’. Walaupun hanya seorang ia memberikan perspektif buruk pada Singaporean yang lain.
Kami dibawa oleh Ejen Pelancongan, AnR Travel n Tours untuk ke Pejabat Lembaga Perumahan Singapura. Memandangkan kami awal, maka ejen membawa kami melawat beberapa kawasan perumahan di sana. Memang kawasan perumahan mereka semuanya bertingkat namun agak kemas. Menurut ejen itu, perumahan ini dikawal selia oleh Majlis Perbandaran. Tempat letak kereta juga dikhaskan untuk tuan rumah. Malahan bagi projek perumahan baru, blok khas untuk parking kereta perlu disediakan terlebih dahulu.
Menuju ke destinasi adalah di HDB di Toa Payoh. Masuk je ke bangunan tersebut, kekaguman mula terserlah. Cukup besar banggunan untuk agensi perumahan mereka berbanding dengan pejabat kami yang hanya ambil setingkat dan menyewa. Galeri perumahan di Singapura cukup gah dengan teknologi dan maklumat yang dikumpul dengan baik. Agak malu bila nak membandingkan dengan pejabat sendiri.
Kami diberi taklimat mengenai perumahan di Singapura. Menerusi taklimat yang diberikan, lebih 80% perumahan di Singapura adalah dari HDB itu sendiri. Ini menunjukkan penguasaan penuh agensi kerajaan itu terhadap pembangunan perumahan di Singapura. Rasanya ia berbeza dengan Malaysia dimana terlalu banyak agensi dan pemaju swasta banyak menguasai program pembangunan perumahan ini. Dekat sana mungkin agak sukar untuk para pemain pelaburan hartanah tu. Berbeza di Malaysia yang mempunyai peluang banyak untuk pelaburan hartanah.
Perancangan yang dibuat oleh HDB Singapura juga cukup baik dan teratur. HDB yang beroperasi bermula pada tahun 1960-an telah memperkasakan pembangunan perumahan di kota Singa itu. Banyak juga aspek teknikal yang dibincangkan bersama dalam pertemuan itu. Mungkin boleh ditiru sedikit sebanyak melalui lawatan tersebut. Banyak informasi yang diberikan dalam taklimat tersebut. Nak tulis kat sini pun rasanya tak terlarat nak huraikan. Apapun memang ianya satu pengalaman yang cukup berguna untuk jabatanku.
Selepas tamat lawatan, kami makan di Restoran Maimunah di Kampung Gelam, Singapura. Memang sedap sungguh hidangan ala-ala kampung di restoran ini. Cuma yang tak sedapnya ada pelayan/tukang masak yang ala-ala lembut yang muka cengil je. Tapi tak kisahlah, janji dapat kenyang. Habis makan, kami pergi pula ke Urban Development Authoritu (URDA). Kami melihat galeri pembangunan yang dilaksanakan di Singapura. Memang satu pengalaman menarik melihat bagaimana pelan perancangan yang dilaksakanan oleh negara maju ini.
Habis sahaja perjalanan disana kami pergi pula ke Garden By The Bay. Tak lama singgah cuma ambil sedikit gambar je. Tak boleh lama-lama sebab hari pun dah nak gelap, kena pergi ke lokasi mesti singgah di Singapura. Lokasinya Merlion di mana ada patung Singa mengeluarkan air pancut. Lokasi menarik untuk ambil gambar sambil boleh nampak perspektif bangunan kapal diatasnya. Memang ramai yang datang pada waktu tu. Sempatlah juga posing sedikit sebanyak untuk kenang-kenangan.
Oo ye. Kami juga ada singgah di Universal Studio tapi tak masuk mana-mana sebab masa terhad. Cuma adalah kawan-kawan yang ambil gambar dengan Globe Universal Studio tu. Aku tak ambil sebab masih pakai baju uniform. Nampak kelakar pula nanti. Waktu makan, kami ke Restoran Zam Zam untuk makan nasi beriani dan Murtabak Singapore. Boleh tahanlah juga tapi tak terabis nak makan murtabak sebab nasinya cukup banyak. Makan kambing pula tu. Rasa macam nak mengembek je lepas makan tu.
Pukul 7.30 kami bergerak untuk keluar dari negara Singapura. Jika pergi masa diambil kurang sejam tapi untuk pulang ke Johor Bahru mengambil masa lama. Hampir 1 1/2 jam juga nak keluar JB. Ada juga masalah bilamana aku beratur dan nak sampai giliran kaunter tutup dan kena ke kaunter sebelah. Angin juga rasanya tapi nasiblah kan ..
Sampai ke Hotel Puteri Pacific pada kira-kira jam 9.00 malam. Jadi dalam keletihan tu aku pun tidur je tanpa buat sebarang aktiviti malam. Pagi esoknya hari nak balik. Memandangkan bosan, aku turun ke tingkat 2 untuk ke Gym. Mula-mula nak try ‘treadmill’ tapi tak pandai guna. Jadi aku seorang diri berenang di kolam tersebut dengan seorang mat salleh yang buncit. Sambil tu aku whatsapp kat group tanya siapa nak turun. Turunlah seorang rakan untuk join sekali berenang. Dapatlah berenang dalam 30 minit dan tiba-tiba beliau mengajak ke gym. Mula-mula risau sebab dalam keadaan basah tapi takde yang menghalang maka kami masuk.
Ketika masuk kebetulan ada pemain hoki junior Argentina sedang membuat latihan fitness di situ. Mereka berlatih untuk kejohanan hoki Piala Sultan Johor 2015 yang berlangsung di Johor Bahru.Jurulatih fitness mereka adalah seorang wanita yang tegas. Tengok pemain-pemain tu berlatih memang cukup keras sekali. Tapi tu le, harga sebagai seorang atlet kan. Kena kerja lebih keras berbanding atlet perut buncit macam aku ni.Hahahaha. Habis mereka melakukan latihan, aku bermain treadmill dalam 20 minit. Memang berpeluh jugalah dan terasa juga kaki ni. Baguslah sebab lepas ni boleh lah pergi gym berdekatan rumah untuk main treadmill ni.. Nak cuba kuatkan kaki untuk masuk event larian lain lepas ni.
Siap-siap kami pulang pada hari Sabtu lalu. Sebelum pulang, kami singgah makan tengahari di Restoran ZZ Sup Tulang. Memang terbaik lah makanan disitu dan terangkat. Aku order Sup Ayam dan nasi putih je. Tak larat nak order Sup Kambing lagi. Nanti mengembek susah lah. Singgah di RnR Pagoh melepaskan hajat dan beli buah kami tiba ke destinasi pada jam 3.30 petang. Alhamdulilah perjalanan selamat dan banyak pengalaman yang dapat dikutip dalam jalan-jalan Singapore kali ini. Cuma malang sebab tak berapa nak berduit berjalan ni. Dah tengah-tengah bulan memang poket sesak. Nasib baik leh makan minum kat Singapore dah masuk dalam pakej. Kalau tidak memang merana juga le kewangan. Dah le memang teruk sikit bajet bulan ni.
Ini juga pengalaman kali pertamaku keluar dari Malaysia. Entah bila nak pergi oversea tak tau le. Mungkin bila pendapatan dah cukup stabil dan ada kelapangan akan cuba berjalan ke luar negara lagi.
Oooo ye, terima kasih kerana sanggup baca panjang-panjang ye..
wah..posing kat gym..nak jadi sado juga ke..
Entri terbaik saya : Rahsia BESAR Lubuk Duit Terbongkar
tak de la nak jadi sado.. nak fit je.. target nak masuk event runner tahun depan
Memang banyak berbeza pembangunaan perumahan antara Malaysia dan singapura ya…
memang banyak juga perbezaannya… kena belajar dari diorang
Seronok kenal negara orang… sambil2 tu boleh nilai pengurusan negara orang dengan pengurusan negara kita sendiri.
memang seronok tapi nak laksanakan di negara sendiri kena ada sokongan ramai.. termasuk juga rakyat.. kalau mentaliti masih sama memang payah nak ke mana
salam wah best dapat ke sana selalu dapat tengok gambar and tengok tv sahaja huaaa
gunakan kesempatan tersebut untuk belajar sebaik mungkin bro..
itulah yang cuba dilaksanakan,,
Bestnya dapat jelajah macam ni..dah paling best, bos belanja tu..hehe..dah lama tak main gym…
Sangat berbeza kan perancangan Singapura dan negara kia sendiri..bukan nak kritik tapi itu la pemimpin kita kena pelajari sesuatu dari jiran kita ni
Hmmm…org melayu macam mana kat sana bro…maksud saya kawasan apartment dieorg..banyak duduk kat area town atau jauh2 dari town…
belum pernah datang singapura, tapi teringin nak pergi universal studio 🙂