Assalamualaikum dan salam sejahtera
Setelah hampir 3 bulan tidak menunaikan Solat Jumaat akhirnya minggu lepas aku berjaya juga menjejakkan kaki ke masjid Kariah Ayer Pasir. Kalau ikutkan minggu lepas dah dibuka untuk solat Jumaat tapi terhad untuk 40 orang dan hanya mereka yang terawal sahaja dibenarkan masuk.
Alhamdulillah, pada Jumaat lepas aku selepas waktu rehat aku terus sahaja pulang ke rumah. Bukan apa, aku tidak yakin masjid Al-Alami MITC mampu menampung jemaah seperti yang dihadkan dalam SOP ditetapkan oleh kerajaan Malaysia. Sampainya aku di masjid kira-kira jam 12.30 tengahari. Aku mengikut SOP ditetapkan iaitu beratur mendaftar nama, memakai topeng muka, membawa sejadah dari rumah dan mengambil wudhu juga dari rumah.
Nampaknya masih ramai juga yang mungkin terlupa mematuhi arahan membawa sejadah dan memakai topeng muka. Tak mengapa, ianya adalah sesuatu yang baharu jadi agak janggal untuk diikuti. Mungkin 2-3 minggu lagi ia akan menjadi kebiasaan bagi para jemaah nanti.
Bagaimana pula dengan korang semua? Dapat ke menunaikan solat Jumaat minggu lepas? Tak silap aku, ada sesetengah tempat perlu mendaftar awal. Macam di masjid UTeM , ianya dihadkan kepada pelajar dan kakitangan sahaja. Pendaftaran perlu dilakukan sebelum diterima untuk menunaikan solat Jumaat.
Memang sesuatu norma baharu yang kita perlu tempohi. Semoga wabak COVID-19 ini dapat kita putuskan sehabis mungkin bagi memudahkan kita menguruskan perjalanan hidup supaya menjadi seperti biasa..
AMIN….