makanan

Hantar anak ke pengasuh, Basuh kereta, bersih rumah, masak dan setup jarak wifi

Tajuk entri kali ini agak panjang sikit. Cerita dari hari Sabtu membawa hingga ke Ahad yang ku campurkan sekali. Sesekali menaip biar panjang sikit entrinya. Baru penat sikit korang nak membacanya. Takdelah kejap bebenau je dah habis terus korang komen.
Mulakan cerita pada hari Sabtu lalu, hari pertama isteriku berpisah sementara dengan bayi kesayangannya, Muhammad Fatih. Walaupun isteriku belum masuk lagi kerja ( cuti 3 bulan campur 1 bulan cuti tanpa gaji) tapi nak bagi peluang kepada bayi untuk membiasakan diri dengan bakal pengasuh.
Pukul 9.00 pagi kami hantar Fatih ke rumah pengasuh. Memang terasa sedih juga tapi alhamdulillah, bayi sulung kami ni tidak menangis dan dengan rela hati untuk di jaga sementara oleh orang lain. Melihat pengasuh memegang erat bayi seberat 6.4kg( masa 3 bulan timbang) itu terpancar keprofessionalan beliau sebagai pengasuh.
Bukan bayi pertama yang dijaga jadi kami rasa yakin dengan beliau. Harap-harap anak kami dapat dijaga dengan baik oleh pengasuh ni.

Balik ke rumah, operasi BERSIH 4.0 dilakukan. Bukan pergi demonstrasi ye, tapi AKSI mengemas rumah dilakukan bagi memastikan ruang bilik lebih kemas dan tersusun. Tengoklah gambar ni,

Jpeg
Jpeg

Memang banyak barang yang perlu disisihkan seberapa SEGERA. Ia penting bagi meastikan ianya memberikan keselesaan terutama ketika bekerja menulis blog ni. Lepas dah kosong bilik tu barulah boleh buat sikit sebanyak DEKORASI yang sesuai untuk pejabat kedua ni.

Panduan Dekorasi Terbaik

Tapi cakap je lebih sampai la ni, belum kemas lagi bilik tu. Baru je lepas buat sisih sikit barang dalam bilik tu. Nak kena tunggu ada kekuatan dalaman baru boleh buat penuh dekorasi bajet ni.

OO.. tak lupa juga aktiviti jogging dilakukan pada Sabtu pagi yang lalu. Tak berapa best pencapaian larian kali ini, nak tahu cerita baca blog kisah jogging aku kat sini.

Petang tu kami ambil semula si Fatih dari pengasuh. Katanya tidak banyak ragam cuma ada sekali je menangis sebab terkejut ketika tidur. Minum pula masih belum pakai botol susu, pengasuh menggunakan picagari untuk bagi susu ibu tu. Takpelah, pelan-pelan nanti pandailah si Fatih tu minum susu. Tak boleh nak gesa-gesa dia nanti dia tak mahu langsung nanti.
Lepas ambil, singgah ke Merlimau ke kedai emas Hasbullah Pit di Merlimau untuk menimbang rambut si Fatih. Tak perlu lah beritahu berapa beratnya, cukuplah harganya masih mampu untuk proses sedekah kepada fakir.

Masuk ke hari Ahad pula, kerja-kerja jogging ditangguhkan akibat hujan renyai. Kalau ikutkan tak lebat manapun tapi Aku tak mau ambil risiko jogging dalam keadaan basah tu. Nanti tak pasal-pasal berlaku kecederaan pula. Walaupun aku ada sasaran jangka pendek untuk berlari dalam satu event suka-suka di Hutan Rekreasi Ayer Keroh pada bulan Oktober ni tapi kena juga hati-hati.
Memang cabaran sebab biasa aku hanya mampu berlari sekitar 3 km dan acara yang ingin dimasuk melibatkan 5km. Tapi aku tetap yakin mampu menempuh perjalanan itu kalau terus berlatih dengan sistematik.

Memasak? Siapa kata lelaki tak boleh masak? Pagi-pagi Ahad tu aku pergi ke Pasar Besar Jasin untuk membeli beberapa bahan basah. Kira-kira RM30 dibelanjakan untuk beli barang tersebut termasuk RM16 bagi seekor ayam. Balik rumah berbekalkan kiub ayam MAGGI yang masih ada, ku buatkan sup ayam simple dipelajari dari internet. Kira boleh tahanlah juga walaupun tidaklah rasa seperti CHEF.
Yang penting hasil dari tangan sendiri. Pasti lebih bermakna dari beli di kedai-kedai tomyam. Korang tengokklah hasil masakan aku iaitu Sup Ayam dan kemudiannya nasi goreng (perencah Adabi). Nak resipi? Tunggulah kalau aku rasa masakan aku cukup sedap dan boleh dikongsi nanti.

makanan
Makan Malam dan Tengahari

Petangnya juga aku membasuh kereta. Memang dah lama aku tak membasuh kereta ni. Aktiviti yang menyihatkan cuma akan ada pembaziran air. Tapi nak buat camne, lain le kalau ada tangki besar untuk dijadikan SPAH (Sistem penuaian Air Hujan). Memandangkan tiada guna je la air paip biasa. Pembersihan yang paling penting dah tentulah di dalamnya. Kalau yang kat luar kereta mungkin tak berapa susah yang penatnya nak ‘vacuum’ dalam tu.

vacuum kereta
Gambar Sebelum dan Selepas Vacum Kereta

Peluh memang mencurah-curah terutama bila basuh 2 biji kereta. Tu baru kereta MyVi dan Viva tu. Bayangkanlah mereka yang mencuci berpuluh-puluh kereta sehari. Memang bukan kerja yang mudah tu.

Akhir sekali, aktiviti kerja di hari Isnin. Seharian mencari idea untuk meningkatkan kualiti signal wifi Unifi TM ni. Selain menelefon pihak TM, akhirnya Aku membeli TP Link Range Extender. Nak setup dia ada sedikit teknikal tapi tak sesusah mana. Selepas teknikal TM datang dan menukar router Wifi, nampaknya signal semakin kuat dan ada yang mampu mencapai 4-5MBps walaupun jarak melebihi 40 meter. Tidak seperti sebelum ini yang teramat sukar untuk capai tahap tu.

tp-link-range
TP Link Range Extender untuk kuatkan signal wifi

Apapun ini baru beberapa hari kena tengok berapa lama mampu bertahan. Ini kerana budak TM kata router wifi ni adalah yang BASIC sahaja. Kalau nak yang lebih kuat kena beli sendiri. Adoi..

Okay cukup nukilah 3 hari . Semoga korang terus juga dengan blog ini ye.

One thought on “Hantar anak ke pengasuh, Basuh kereta, bersih rumah, masak dan setup jarak wifi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *