Tempat kedua logo Kelab Sukan, Futsal antara Jabatan, Larian Malacca Possible Run 2016

Minggu ini aku ada beberapa perkara yang mungkin boleh aku kongsikan bersama dengan korang semua.
Mula-mula kisah sikit anakku, si Fatih. Beberapa hari ini dia sudah menampakkan ingin BERJALAN. Telah mula menapak 2-3 tapak dan aku jangkakan pada bulan Ramadhan mulia ini anak sulungku (insha allah akan ada menyusul yang lain) akan mula berjalan.
Pasti kecoh rumah bapaku sebab ada 4 orang cucunya yang akan meng‘havoc’kan keadaan pada Raya nanti.
Semoga Fatih akan jadi anak soleh di masa hadapan yang akan menjalani kehidupan dengan lebih baik. Insha allah.

Di tempat kerjaku pula, aku sibuk membuat presentation untuk unit IT pejabatku. Sebagai ketua Unit bagi unit IT yang hanya ada 3 orang je maka bukan mudah nak cari idea. Namun bukanlah idea yang nak ku ceritakan sangat.
Tapi presentation kali ini aku mengubah kaedahnya. Kalau kebiasannya aku menggunakan Power Point sebagai medium untuk menunjukkan presentation namun untuk kali ini aku menggunakan aplikasi web ‘Slides.com’.
Secara peribadi,ianya tidaklah sepower Power Point apatah lagi Prezi tapi kira oklah bagi yang free. Kurang ‘feature’ terutama animation tapi aku rasa bagi yang nak mencuba, try lah.. Alhamdulillah, presentation aku tidak ada cacat cela yang teruk cuma ada jabatan lain yang kena hentam ngan aku lah..
Hahhahaha. Nasib le.

Aku juga menerima tempat kedua dalam pertandingan Logo Kelab Sukan Jabatan ku. Alhamdulillah walaupun bukan aku yang buat sebenarnya tapi dapat hadiah wang tunai. Ni Isnin nak kenalah belanja unit dengan duit kemenangan tu. Mungkin nak try makan kat Restoran Sampan kat Kota Fesyen yang viral sikit masa dulu.

Tempat kedua pertandingan Logo KSK LPM
Tempat kedua pertandingan Logo KSK LPM

Tengoklah camne kan. Kalau nak ikutkan, masa Kelab Sukan ditubuhkan dulu, logo asal akulah yang buat. Memang hentam guna MS Word je. Tapi sebab dah takde orang lain yang reti maka idea tu diambil la. Sekarang ni ada beberapa orang yang rajin buat design maka pemenang tempat pertama akan dapatlah.

Minggu ni juga aku bertemu dengan salah seorang ahli dalam projek sistem Sewa. Masih belum ada pembangunan lagi tapi nampak sikit ‘target’ yang lebih KUKUH lagi. Mungkin para JMB akan dicari bagi menjadi prospek bagi sistem Sewa online ni.

Hari Sabtunya, aku melayan mewakili Futsal antara jabatan berkaitan Jabatan Ketua Menteri Melaka. Cabaran juga sebab aku dah lama tak main futsal. Apatah lagi aku bukannya pandai sangat pun. Mula-mula ada juga bermimpi yang team aku mampu mengondol pingat tapi ianya tak kesampaian. Pada hari kejadian, seorang pemain STAR terpaksa ke KL untuk urusan keluarga.
Seorang lagi pemain tengah yang agak baik pula ada kenduri yang menyebabkan dia terpaksa balik awal. Kami yang bermain dengan nama KSK LPM kandas di peringkat suku akhir. Dalam kejohanan kali ini aku bermain 2 dari 5 perlawanan itu. Selaku pemain pertahanan ada bolos 2 gol dimana ianya lebih kepada percubaan dari pihak lawan.

futsal
Barisan pemain yang agak-agak handal. Tapi kandas di suku akhir…

Memang penat bermain futsal ni apatah lagi umur pun semakin banyak. Pasti tenaga tidak sekuat dulu walaupun stamina ada lagi. Walaupun gagal namun tetap berbangga dengan pencapaian ini. Semoga ada lagi kejohanan yang boleh disertai kelak.

Larian terakhir sebelum menjelang Ramadhan yang kusertai adalah ‘Malacca Possible Run 2016’. Acara larian ini sepatutnya diadakan pada 1 Mei 2016 namun ditunda ke 29 Mei 2016. Mula-mula aku terfikir untuk meng’cancel’kan je sebab terasa penat bermain futsal pada hari Sabtu tu tapi ku gagahi juga. Race kit diambil di World of Sport di Mahkota Parade pada hari Sabtu (selepas kalah futsal).
Baju memang cantik dimana ianya jenama Mizuno dengan berwarna Orange. Cuma ada kemusykilan bila bib larian tiada ‘timing chip’ yang biasa ada untuk larian 10 kilometer. Tapi takpelah, yang penting aku kena pastikan handphone berfungsi dengan baik pada hari kejohanan.

2016-MELAKA-PR
Pagi hari Ahad,selepas solat Subuh aku terus bergerak ke Mahkota Parade. Selepas parking, terus menuju ke lokasi larian. Aku sampai kira-kira jam 6.30 pagi tapi tak nampak ada persediaan yang hebat. Yelah, biasa kalau aku datang mana-mana program larian ada sikit senaman ringkas atau aerobik tapi ni rilek je.
Nampak pelari lain berlari-lari anak untuk mencari pemanas badan sebelum memulakan langkah. Kira-kira jam 7.15 pagi kami dilepaskan dari lokasi larian. Larian ini menuju Mahkota Parade dan U-Turn di persimpangan Selat Melaka menuju Jambatan dan ke Limbongan sebelum membuat pusingan U dan kembali ke lokasi permulaan.

Memang ianya agak mencabar terutama kepenatan semalam masih terasa lagi. Dalam kejohanan ini aku nampak ada pelari berbangsa India yang sering bertanding dalam kejohanan sebegini berada dalam kelompok terawal. Berdasarkan maklumat, dia berada di tempat kedua dalam kejohanan ini.
Selain itu aku juga melihat ada beberapa pakcik yang berusia dalam lingkungan 50-an berada di hadapan aku. Agak malu memandangkan aku masih belum 40-an tapi tak mampu mengejar mereka. Hehehe. Takpe, mungkin tahun ini aku masih belajar dan lagi 2 tahun beraksi dalam kategori veteran dan ketika itu mungkin aku mampu bersaing dengan mereka.
Heheheh. Target nak juga dapat top 10 bila masuk kategori veteran nanti. Nak layan kategori terbuka memang tak mampu lah bersaing dengan pelari-pelari muda kan.

Medal dan Bib yang diperolehi dalam Malacca Possible Run
Medal dan Bib yang diperolehi dalam Malacca Possible Run

Cuma sekarang ni aku kena cuba melajukan sikit larian supaya mampu berlari 10 kilometer dalam masa 60 minit. Buat masa ni hanya mampu 70-80 minit dimana ianya agak perlahan. Masih banyak yang perlu dilakukan untuk aku mencapai impian. Ceh.. Dah macam lalri tujuan asal pula berlari ni. Sekadar cuba mengejar matlamat baru je. Kalau ikutkan matlamat asal adalah untuk berada dalam keadaan fit dan mengurangkan kolesterol dalam badan.
Dapatlah aku berlari 10 kilometer kali ini dengan jayanya. Walaupun masa belum memuaskan namun kira oklah tu. Sampai je kat garisan penamat lepas dapat medal aku pergi ambil air Isotonic Lucozade. Aku rasa air Lucozade ni lagi best dari isotonik yang biasa. Memang terasa kurang gulanya tu. Ada awek jaga air mineral tu kesian je aku tengok sebab tak ramai pelari datang kat sana. Aku ambil juga air mineral tu tapi bila minum rasa lain macam..HUhuhu. tak sedap woo..

Masa nak balik aku ingat nak try pergi berenang di Kolam Renang MBMB. Dah tengok kat luar tapi tengok peraturan kolam renang yang nak kena pakai pakaian renang menyebabkan hajatku terbantut. Maka aku cancellah perancangan nak berenang kat situ.

Okay cukuplah menulis panjang-panjang ni. Semoga korang semua yang ada hutang Puasa tu cepat-cepatlah ganti. Tak berapa hari je lagi nak puasa ni.

14 thoughts on “Tempat kedua logo Kelab Sukan, Futsal antara Jabatan, Larian Malacca Possible Run 2016

  1. wah..bestnya bro ada banyak aktiviti untuk dilakukan..

    dalam bab anak yang berjalan tu ..paling best..ada sumber inspirasi yang boleh kita teladani

    1. sementara mampu ni kita buat la apa yang termampu..
      nanti dah tak mampu menyesal pula kemudian hari..
      yup anak berjalan rasa semangat je

  2. memang seronok kalau baby dah mula jalan. semalam penat layan si bongsu saya main di luar. abahnya dokong masuk ke dalam rumah. bila diletak, terus dia lari laju2 ke luar semula. bergegas saya pulak kejar dia. comel betul

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *