Kembali lagi menulis dalam blog peribadiku ini. Tak banyak yang boleh aku ceritakan sangat pada minggu ini. Cuma dalam minggu ni telah mula membuat persiapan bajet untuk bulan hadapan. Gaji akan masuk beberapa hari lagi maka aku kena standby bajet untuk perbelanjaan bulan Jun nanti.
Bulan Jun, perbelanjaan besar seperti road tax, persiapan hari raya perlu ku masukkan dalam perkiraan bajet tu. Dari segi kerja pula aku tengah membuat penilaian kendiri laman web. Malas pula aku nak cerita sebab terlalu teknikal. Dengan aku sendiri tak berapa nak faham lagikan nak jelaskan dalam blog ni.

Minggu ni aku terima cek dari Nuffnang. Tak berapa banyak tapi cukuplah untuk menampung duit domain dan sikit hosting blog ligakampung.com. Itu pun aku memerlukan hampir setahun untuk capai angka tu.
Apa nak buat, kurangnya pengunjung dalam blog niche sukan tu. Apatah lagi blog tu aku telah cuba mengubah dari blog cacamarba ke arah menuju blog sukan tempatan. Walaubagaimanapun belum lagi sepenuhnya sebab aku masih mengubah artikel-artikel tersebut secara manual. Sambil tu, aku juga mengharapkan ada dana untuk blog ligakampung dilakukan transformasi.
Antara transformasi yang ingin dilakukan seperti template, artikel dan juga identiti blog ligakampung itu. Mungkin sedikit masa lagi blog itu akan mampu mengubah prestasi blog ku.

Selain itu, aku juga telah membayar domain dan hosting ligakampung.com yang berjumlah RM195.00. Aku gunakan syarikat Sempoihosting. Murah ke? Aku tak berani beri jaminan itu tapi sepanjang hampir 10 tahun aku dengan sempoihosting, service yang diberikan agak baik. AKu berpuas hati sebab masalah yang berlaku dapat diselesaikan dengan cepat.
Aku juga berharap kawan-kawan pembaca disini dapat singgah-singgah di blog bercirikan sukan itu. Inshaallah.

Minggu ini juga aku menyertai satu lagi acara larian yang dinamakan Colour Me Run Ayer Molek 2016. Larian sejauh 7.5 kilometer bermula dari Kompleks JAPERUN Ayer Molek. Aku dah daftar pada bulan lepas dengan penganjur yang aku tak tau namanya.Tapi yang tau, urusetianya kerja di Kolej Komuniti Bukit Beruang. Aku tiba seawal jam 6.30 pagi walaupun telah diberitau yang pendaftaran bermula 7.00 pagi.
Biasalah, nak warming up sikit kan. Acara ni sebenarnya diberitau oleh rakan sepejabatku. Dia menyarankan aku masuk sebab ada hadiah wang tunai. Tapi aku tau yang aku takkan mampu untuk mendapat hadiah tu. Tapi aku tetap join juga sebab memang inginkan cabaran. Berlari di dalam acara sebenarnya berbeza berbanding berlari sendirian. Apatah lagi berlari dengan anak-anak muda pastinya lebih tercabar.
Acara larian itu disempurnakan oleh x-boss aku yakni mantan Ketua Menteri Melaka, Senator Tan Sri Mohd Ali bin Mohd Rustam. Kalau ikutkan Tan Sri ni memang kaki jogging. Ingat lagi masa aku jadi pencacai buat air di rumah beliau satu masa dulu. Pagi-pagi memang dia akan berjogging di Seri Bendahara tu. Jadi dia memang fit kalau nak join berlari tu.
Berbalik kepada aksiku di dalam acara tu. Aku bermula pada tengah-tengah dan sedikit sukar untuk meloloskan diri. Bila tengok orang kat depan, nampak jauh tapi tak kisah sebab matlamat aku bukanlah untuk jadi pemenang. Sebaliknya untuk mencabar diri sendiri. Memang kesusahan berlari jarak sebegini adalah ketika permulaannya. Kita kena pandai mengawal larian dan jangan terlalu laju pada awalnya. Kalau awal-awal dah henjut memang boleh semput di tengah-tengah.
Alhamdulillah, aku berjaya menetapkan larianku dalam keadaan yang agak konsisten.

Untuk pengetahuan korang, yang rendah, sebelah baju hijau tu OKU bisu. Berjaya tamatkan larian tu..
Untuk pengetahuan korang, yang rendah, sebelah baju hijau tu OKU bisu. Berjaya tamatkan larian tu..

Kredit Gambar :- Wanita DUN Ayer Molek

Aku menamatkan larian 7.74 kilometer dalam jangka masa 58:51 minit. Bukanlah masa yang terlalu hebat tapi cukup membanggakan kerana ia antara masa terbaik yang ku catatkan dalam jarak sebegini. Apatah lagi yang baiknya aku berjaya menamatkan larian yang non-stop. Berbeza berbanding acara-acara sebelum ini yang kusertai, yang kebiasannya aku akan berjalan beberapa minit sebab GAGAL untuk meneruskan konsistensi.

color-me-run-ayer-molek-result
Masa dan jarak yang berjaya ku catatkan

Dari segi penganjuran aku merasakan Colour Me Run Ayer Molek ini agak berjaya. Namun ada sedikit cacat cela dimana penganjur tidak bersedia lebih awal. Macam pembahagian baju, ada tu pada hari kejadian diserahkan. Sepatutnya selewat-lewatnya sehari sebelum dah selesai. Tapi takpelah, takdelah kucar kacir sangat. Yang best bila stesen air ada sampai 3 lokasi. Memang terbaik sebab biasanya hanya 2 je stesen air. Malahan checkpoint Colour pun ada 2 je yang mana aku setuju sebab kalau banyak sangat dibaling dengan powder warna itu akan memberikan kesan.
Aku pun terasa ketidakselesaan apabila powder tu masuk mata. Sehingga memaksaku mengeluarkan spek mata ku. OOO ye, penganjur pun nampaknya agak kurang mengambil gambar maka memang takde lah harapan untuk gambarku tersenarai. Tapi takpelah, mungkin baru belajar. Tahun depan panggil si ZOol jadi consultant ye. Hehehehe.

Baju, Medal, Bib dan Kakiku selepas habis Colour Me Run Ayer Molek
Baju, Medal, Bib dan Kakiku selepas habis Colour Me Run Ayer Molek

Sedikit tambahan, kalau diikutkan minggu lepas 15 Mei 2016 merupakan sambutan Hari Guru. Mungkin aku lambat sikit untuk mengucapkan Hari Guru kepada Titan tapi takpelah kan. Dari takde. Bila cerita pasal Hari Guru ni, sebenarnya aku dulu pun hampir-hampir ke arena profession guru. Ujian bertulis Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) berjaya dilepasi tapi aku tak pergi ke peringkat seterusnya sebab tak dapat surat. Maka pada pendapatku, itu bukan rezekiku.
Tapi aku pernah juga menjawat profession guru ganti pada 10 tahun yang lepas. Aku pernah mengajar Sekolah Menengah Teknik Jasin (sekarang dikenali Kolej vokasional Jasin) selama 3 bulan mengajar subjek Kimia. Memang kelakar sebab aku bukanlah pandai sangat pun Kimia tu. Terkial-kial juga aku nak belajar tapi berjaya juga walaupun aku tau , memang tak layak sepatutnya. Hahahha. Aku juga pernah mengajar kelas Perdagangan, Pendidikan Seni di Sekolah Menengah Selandar. Memang mencabar dan aku rasa tak termampu untuk melakukannya.
Aku kagum dengan mereka-mereka yang sanggup menjadi guru. Korang memang terbaik amatlah. Kalau tanpa guru, pasti aku tak boleh menaip blog ini sebab pasti tak tahu mengeja. Teringat pernah kena cubit, lempang, ketuk ketampi rotan dengan cikgu. Walaupun aku bukanlah nakal sangat di sekolah tapi merasa juga keadaan itu. Jadi aku rasa, anak aku perlu menghadapi keadaan itu. Kalau degil, silalah dirotan oleh cikgu-cikgu.
Sebelum ku tutup artikel minggu ni aku ucapkan sekali lagi ‘SELAMAT HARI GURU’ kepada guru yang membaca terutama guru-guru yang mengajarku di Sekolah Tadika Kemas Kesang Tua, Sekolah Kebangsaan Kesang Tua, Sekolah Menengah Datuk Bendahara, ITM Jengka , UiTM Shah Alam dan sesiapa juga yang pernah mengajarku tak kira secara formal mahupun tidak formal.

selamat-hari-guru-tahun-2016

Sekian

3 Replies to “Larian Colour Me Run Ayer Molek , Terima Cek Nuffnang, Bayar Domain dan Hosting Ligakampung”

  1. Tahniah sebab dah memperbaharui catatan larian, saya pun dah lari 10km dengan masa kurang 2jam..ikutnya memang failed la timing,tapi yang penting tetap tamat larian tu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.