Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Bulan ni aku menerima pendapatan Adsense. Memang bukan mudah untuk mencapai angka US 100. Kali terakhir aku menerima pendapatan Adsense adalah pada Disember 2020. Dan kalau ikutkan sebelum-sebelum tu, aku memerlukan hampir 1 1/2 tahun untuk mencapai angka minimum US100 tu. Memang bukan mudah. Alhamdulillah channel Youtubeku berjaya monetize pada tahun ini dan ia sedikit sebanyak membantu meningkatkan janaan pendapatan di Adsense. Ye lah, kebiasannya sebulan, angka adsense hanya kira-kira US7-8 tapi dengan kejayaan channel Youtube berjaya menambah sekitar US40 dalam tempoh 2 bulan. Ini menjadikan pertambahaan pendapatan lebih pantas.

Walaubagaimanapun untuk pendapatan Adsense kali ini aku tidak membelanjakan untuk kepentingan diri sebaliknya ianya dilaburkan ke dana-dana banjir. Aku bukanlah dermawan tapi rasanya orang yang ditimpa bencana banjir lebih memerlukan duit adsense ku yang tak seberapa ni. Meskipun hanya sumbangan kecil namun aku harapkan ianya diterima oleh individu yang ditimpa musibah.

Dalam channel Youtube, aku ceritakan beberapa portal NGO yang melaksanakan program amal ini. Harapnya dapat digunakan sebaiknya…

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.