Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Hari ni iaitu Sabtu 18 Disember 2021 , isteriku menerima jemputan ke majlis perkahwinan rakan sepejabat di Kampung Ramuan China Kecil. Aku yakin tak ramai yang tahu tentang kawasan ini hatta orang Melaka sekalipun kecuali penduduk berdekatan yang tahu. Tetapi hari ini menjadi sedikit popular apabila kawasan berhampiran iaitu di Lubok China mengalami musibah banjir.

Sebelum aku bersama keluarga ke sana, kami ke Teluk Kemang dulu. Anak aku menuntut janji untuk ke sana. Terpaksalah layankan kehendak anak sulung ku ini. Gerak dari rumah kira-kira jam 8.15 pagi. Singgah di bandar Alor Gajah menikmati sarapan dan terus ke sana melalui Kuala Linggi. Sebelum perjalanan diberitakan ada kawasan yang dinaiki air jadi laluan lain yang ditujui.

Sampai ke Teluk Kemang dalam pukul 10.30 pagi. Masih kurang orang dan parking masih ada. Mungkin sebab hujan melanda. Mula-mula tengok keadaan ombak memang agak mengerikan juga. Tinggi juga ombak tu tapi memandangkan ramai yang berani dan anakku pun nak juga berada di situ maka aku beranikan juga. Lebih kurang jam 12.15 kami beredar. Singgah beli baju dan terus ke Ramuan China Kechil. Mula-mula aku merancang tidak melalui kawasan Tanjung Agas sebaliknya terus ke Lubok China. Masa awal perjalanan ada kereta bagi signal dua lampu tapi tak diendahkan. Ingatkan kawasan Lubok China tak terjejas dengan banjir ni. Kalau kena pun mungkin dah surut tapi lepas hampir separuh perjalanan ada sebuah van menyuruh pusing.. Jadi bagi mengelakkan risiko mengadap banjir aku pun pusing. Almaklumlah Viva yang dibawa ni tak boleh jadi bot, jadi jangan buat hal. Pusing lah kami melalui Kuala Linggi dan Ayer Molek. Syukur di lokasi majlis tidak mengalami banjir tapi di belakang sikit nampai air sungai yang deras.

Majlis pun agak kurang orangnya. Berkemungkinan sahabat handai terutama yang berdekatan mengalami masalah banjir. Lepas selesai je teruslah aku bergegas pulang ke rumah. Masa dalam perjalanan ternampak beberapa kawasan berdekatan dengan air dah mula menampakkan situasi banjir. Ketika aku menaip ni, masih hujan renyai-renyai dan diharapkan tiada lah lebat yang akan menyebabkan banjir. Bagaimana pula dengan kawasan korang semua? Kalau baca berita, bukan sahaja Melaka malahan negeri Selangor, Kelantan, Pahang juga mengalami situasi sama..

2 Replies to “Pergi Rumah Kawin di Ramuan China Kecil , Hampir Ke Kawasan Banjir”

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.