Pergi ke Seminar Hartanah Abang Ensem

Hari Sabtu yang lalu aku mengambil peluang untuk menyertai seminar hartanah yang dianjurkan oleh seorang Selebriti Media Sosial dalam Bidang Hartanah iaitu Abang Ensem.
Korang kenal ke jejaka berkumis tebal dan bermuka bulat itu? Kalau tak kenal tengoklah gambar di bawah ini.

abang-ensem
Banyak masuk TV juga mamat ni

Amacam? Hensem tak ? Jangan tanya aku, sebab aku tak pandai menilai kehenseman seorang lelaki. Tapi yang penting aku datang SEMINAR HARTANAH ini bukanlah atas dasar memandang paras rupa atau kesasaan badan beliau.
Matlamat utama adalah mencari ILMU dan NETWORKING. Kenapa ye aku sertai SEMINAR berharga RM99 ini selain dari dapat ILMU dan NETWORKING ? Ini antara beberapa sebabnya :-

1) Mungkin ada sedia maklum aku mempunyai perancangan untuk membuat SISTEM SEWA. Selain mendapat kawan-kawan yang berada dalam bidang itu, sedikit sebanyak aku mengetahui FLOW cerita sewa dan masalah yang dihadapi.
Melalui seminar ini proses untuk menghasilkan sistem akan lebih terancang setelah mengetahui ISU-ISU yang diutarakan oleh mereka yang pakar dalam bidang itu.

2) Sebelum ini aku berpandangan bahawa biarlah anak mencari HARTA sendiri tapi bila aku membaca artikel di FB oleh pakar-pakar pembeli rumah ni aku berubah. Elok kiranya aku ada bekalkan sedikit rumah untuk anak-anak supaya mereka tidak berebut harta sekangkang kera nanti.
Lagipun masa hadapan pasti lebih mencabar dan meninggalkan tempat kediaman untuk mereka adalah sesuatu yang baik. Selain itu mereka juga boleh meneruskan LEGASI selaku anak MELAKA nanti.
Jadi aku ingin belajar cara untuk membeli rumah kedua dan seterusnya. Mungkin aku mendapat kekuatan untuk membeli rumah selepas ini.

3) Belajar bagaimana mereka menguruskan kewangan. Untuk membeli rumah, pengurusan kewangan amat penting. Kalau tiada wang untuk MODAL agak sukar untuk membeli rumah. Selain itu, aku boleh juga gunakan peluang yang ada untuk membeli rumah.

4) ASET untuk masa depan. Kalau dapat membeli rumah sekurang-kurangnya ada ASET untuk dicairkan dimasa hadapan. Selain itu, boleh mendapat pendapatan pasif melalui sewaan rumah.

5) Dapat menggunakan PENGALAMAN selaku penjual rumah satu waktu dulu. Dulu sibuk ajak orang beli rumah tapi sendiri pun terkial nak beli .. Mungkin dengan seminar ni dapat membuka minda.

Itu serba sedikit sebab aku menyertai SEMINAR HARTANAH yang diadakan di Komplek Pusat Niaga Bukit Katil. Seminar bermula kira-kira jam 9.40 pagi. Macam biasa, aku datang awal. Kira-kira 8.45 pagi dah tercongok. Tengok ada beberapa peserta duduk di hadapan Klinik Amal.
Ada yang datang dari Pahang, Johor dan ramai juga dari Melaka. Mula bicara, Abang Ensem memperkenalkan dirinya dengan nama sebenarnya iaitu Meor Zaidee Meor Ahmad Rashdi yang berumul 40-an berasal dari Perak.

Beliau memulakan aktiviti membeli rumah selepas terbeli ‘RUMAH TERBENGKALAI’ pada tahun 20** – aku tak dapat tangkap tahun 2 yang hujung tu. Beliau telah memiliki 15 unit hartanah dan yang paling banyak di kawasan Selangor.
Ada 5 pelaburan hartanah yang menjadi tumpuan iaitu :

1) Rumah baru – Rumah yang dibangunkan oleh pemaju.
2) Rumah Lelong – Rumah yang dilelongkan oleh pihak bank (untuk mengetahui tentang rumah lelong, klikĀ banner di bawah ni)

"</p

3) Sublet – Menyewakan rumah/hartanah yang disewakan. Kira sewa atas sewa.
4) REIT – Tak diterangkan. Aku pun malas nak cari.
5) Subsale – Rumah jual semula /second hand.

Beliau memberikan tips yang penting untuk memasuki bidang ini iaitu:-

1) Berkawan dengan ejen hartanah
2) Banyakkan Sedekah
3) Minta Restu Ibubapa

Beliau juga menggariskan 5 kaedah untuk mendapatkan pembiayaan deposit serta modal-modal iaitu :-

1) Simpanan
2) Pinjaman Keluarga
3) Refinancing
4) EPF
5) Pinjaman Peribadi (Personal Loan)

Perkara yang dititikberatkan adalah untuk mendapatkan rumah di bawah harga pasaran (market value). Beliau menyarankan agar peserta menumpukan pada pasaran rumah ‘subsale’ berbanding rumah baru sekiranya ingin melakukan pelaburan. Untuk mendapatkan pembelian pelaburan 3 perkara asas perlu diambil perhatian iaitu :-

1) Harga bawah Pasaran
2) Aliran Tunai Positif – sewaan lebih dari installment
3) Rental Yield > 8%

Dalam seminar juga diberikan petua dan trick untuk Kelulusan. Ada 5C untuk kriteria kelulusan iaitu :-

1) Character

2) Capactity

3) Capital

4) Collateral

5) Condition

Sebenarnya ada banyak lagi yang diceritakan dalam Seminar tu. Dan terlalu banyak kalau nak ditaipkan dalam blog ini. Apa yang pasti Seminar ini memang bagus dan berbaloi untuk kita belajar teknik untuk membeli rumah. Bukan untuk pelaburan, malahan boleh diapply untuk beli rumah kediaman.
Inshallah sekarang ni aku dah faham sedikit sebanyak dan mungkin lepas ni dah boleh lah kalau nak menambah rumah lagi. AMIN.

Cuba cari mana ? Senang je kot. Nampak beza..
Cuba cari mana ? Senang je kot. Nampak beza..

Okay cukuplah setakat ini. Kepada korang semua, nak tau lebih lanjut pergi ke laman blog Abang Ensem

Oo ye, dalam seminar tu aku ada bertanya beberapa soalan cuma sepatutnya ada banyak lagi nak tanya tapi tak sempat. Abang Ensem pula dikerumun selepas abis ceramahnya dan aku pula kena kejar balik sebab isteri nak kerja petang.

Aku juga tak dapat nak berNETWORKING sangat sebab takut terbongkar tempat kerja ku . Nanti ramai pula yang kerumun aku pula lepas tu. Apapun ramai juga yang muda-muda dan aku harapkan ilmu yang diperolehi dapat digunakan sebaik mungkin. Kalau nak beli Rumah Mampu Milik boleh pergi ke pejabatku di Lembaga Perumahan Melaka. Boleh rujuk website http://lpnm.gov.my atau Facebook Lembaga Perumahan Melaka.

Ada juga aku terpaku bilamana Abang Ensem tanya rumah RM300K mahal atau murah, ramai yang mengatakan murah. Huhuhu. Sepanjang aku kerja di Lembaga Perumahan Melaka, RM180K pun dah orang cakap MAMPU tengok je. Lagilah aku takut nak bersuara.

Korang kalau ada peluang dan usia muda eloklah cari ILMU untuk beli hartanah ni. Tak semestinya dengan Abang Ensem atau pakar-pakar yang ada nama. Kalau pakcik korang ada beli banyak rumah pun boleh jadikan rujukan. Kalau ada banyak orang rumah lagilah boleh dirujuk. Hehehehehe.

7 thoughts on “Pergi ke Seminar Hartanah Abang Ensem

  1. mesti byk ilmu yg dtg ni..ciktom pernah jumpa abg ensem beberapa kali kat event blogger..paling xleh lupa waktu borak2 dgn dia dan dpt tips dan teknik utk beli rumah waktu event ashadee..tak berkesempatan lagi nak praktis tue..insyaAllah akan datang..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *