Hari Jumaat yang lalu, Menteri Kewangan telah membentangkan tentang Belanjawan 2020. Apa itu Belanjawan 2020 ? Mesti korang yang bijak pandai tau kan? Ye lah, sebagai seorang yang bijak pandai, korang pun mesti ada belanjawan sendiri kan?
Setiap bulan dah ada perancangan berapa nak belanja untuk bulan ini bagi memastikan ada lebihan untuk simpanan. Tak gitu? Memandangkan Belanjawan 2020 ini adalah perbelanjaan negara maka kita serba sedikit akan merasa juga kesannya seperti temanya ‘ Memacu Pertumbuhan dan Keberhasilan Saksama Ke arah Kemakmuran Bersama’.
Aku malas nak bercerita pasal poin-poin yang bersifat sastera, kita terus ke intipati yang mungkin ada kena mengena denganku dan korang semua. Antaranya ialah :-
1) Cerita pasal tol. Aku tengok ada diskaun 18% diberikan kepada semua lebuhraya milik PLUS mulai tahun 2020. Meskipun aku bukanlah pengguna tegar lebuhraya PLUS tapi sedikit sebanyak dapat penjimatan. Macam aku ni boleh kira dengan jari tangan keluar dari Melaka menggunakan kenderaan sendiri. Katakan aku pergi ke Shah Alam sebanyak 10 kali pada tahun 2020(memang susah sekali) dengan bayaran tol pergi balik sekitar RM30.00.
Kalau 10 kali aku akan membelanjakan RM300 untuk tol sahaja maka aku akan menjimatkan sekitar RM54 setahun. Kira oklah tu. Bayangkan kalau yang berkali-kali guna lebuhraya tu. Banyak juga dapat dijimatkan tu.. Ini satu inisiatif yang baik walaupun mungkin ramai yang berharap tol dimansuhkan.
2) Program Subsidi Petrol (PSP) bersasar yang diperkenalkan untuk golongan B40. Ini sedikit menggusarkan sebab aku adalah dalam kalangan golongan M40. Harga runcit petrol akan diapungkan pada tahun hadapan dimana ia akan mengikut pasaran. Adakah harga akan meningkat atau menurun? Memang tidak dapat diramalkan pada tahun berikutnya.
Dengna ketiadaan subsidi kena bersedia dengan duit yang lebih bagi penggunaan petrol. Aku mungkin akan membanyakkan penggunaan motosikal Krissku berbanding MyVi selepas ini.. Jangan berabuk lah pula Myvi lepas ni.
3) Perumahan mempunyai banyak isu. Aku kan kerja kat bahagian Perumahan dan kenalah ambil tau serba sedikit pasal perumahan. Kempen Pemilikan Rumah (HOC) dilanjutkan sehingga 31 Disember 2019 merupakan perkembangan baik. Program ini banyak membantu mengurangkan tanggungan pembeli rumah. Korang tau apa tu HOC? Korang boleh baca kat sini.
Panjang pula aku nak terangkan nanti. Korang juga boleh baca pandangan aku tentang aspek perumahan di page JOm Beli Rumah.
Alang-alang dah tulis kat sana tak payah aku panjang lagi kat sini..
4) Kadar bantuan sara hidup (COLA) ditingkatkan sebanyak RM50 sebulan.Alhamdulillah sedikit sebanyak dapat membantuku untuk meneruskan tabunganku. Dengan RM50 sebulan tu mungkin boleh digunakan untuk program Qurban pada tahun hadapan. AMIN.
Selain itu penebusan awal gantian cuti rehat (GCR) mungkin boleh digunakan nanti. Aku ada lagi 2 tahun untuk menggenapkan 15 tahun. Aku tak pasti berapa GCR ku tapi mau ribu-ribu juga boleh dituntut olehku nanti.
Banyak lagi intipati belanjawan 2020 tapi 4 poin yang aku nampak dekat di hati. Yang lain tu korang boleh baca kat sini. Mungkin korang boleh nilaikan dan tulis sendiri artikel kat mana-mana. Hehehehehe.
tahniah bro betada di kelas M40 ..
saya sekarang berazam untuk berada di kelas T20
semoga pada tahun 2020 nanti akan tercapai lah azam saya tu walaupun sekarang masih berada di B40
in shaa Allah