Agak lama tak menulis . Almaklumlah aku dah mula sibuk dengan video-video ku. Mengejar populariti di sana bagi membantu juga blog dan diri ini untuk lebih berjaya lagi.
Jadi hari ni aku tulis 5 misi 1K yang perlu ku capai dalam tahun ini.

1) Mencapai 1K subscriber di Channel Youtube ku.. Setakat ini aku baharu sahaja mendapat 134 subscriber. Ada lagi 967 subscriber lagi untuk ku cari. Korang kalau belum lagi subscribe, tolonglah ke sana Channel Zool Zarizi/
Aku sasar dalam bulan Julai boleh mencapai angka 1K subscriber dan juga 4K jam tontonan. Nampak agak mencabar tapi kena usahakan untuk mencapai kejayaan itu. Tapi kena bantuan korang semua lah kan. Selain itu aku juga berusaha agar salah satu video aku berjaya mendapat 1K view. Buat masa ni yang paling tinggi pun hanya 173 view iaitu video pasang aircond Midea.
Semoga ada lagi yang menjadi pengemar video ku.

2) Facebook page Nanas mampu mencecah 1K like dan follow. Ini aku usahakan untuk berjaya dicapai dalam tempoh 5 bulan. Kalau ikutkan sekarang ni dah ada 332 like dan 352 follow. Nampak agak jauh lagi untuk capai 1K tapi tak mustahil. Aku dah nampak beberapa perkara yang menyebabkan ramai minat kat page tu.
Semoga mampu menjadi satu-satunya page nanas yang bukan semata-mata nak menjual nanas tetapi berkongsi banyak perkara mengenai nanas. Mungkin juga ia boleh menjadi pemangkin untuk aku berusaha dalam bidang pertanian nanas di beberapa tahun mendatang.

3) Blog zoolzarizi.com mampu mendapat pelawat 1,000 pengunjung sehari. Sekarang ni masih di peringkat nak melepasi 100 sehari tapi semua perkara tidak mustahil. Kalau Youtube aku boleh meletup, sudah pasti blog zoolzarizi.com akan mendapat tempiasnya. Inshallah aku dah mula bersedia untuk menulis perkara yang boleh upkan blog ni.
Semoga aku berani untuk mencapai misi itu.

4) Follower Twitter aku berjaya melepasi 1K. Sekarang ni dah 925 follower. Kalau ikutkan dah setahun stuck angka 9++ ni. Tak tau apa silapnya tapi sekarang ni aku kena guna formula baharu yang boleh menambah follower.

5) Aku juga ada misi untuk mendapatkan RM1,000 pertama tahun ini melalui projek online ni. Setakat ini masih belum mampu lagi untuk mencapai sasaran tu. Mungkin jika beberapa perkara diatas tercapai tak mustahil sasaran yang ini berjaya dicapai.

Selain itu aku juga ada Facebook Page Melakacool yang telah melepasi angka 1K like tapi dari segi engagement masih belum menarik lagi. Sebab tu, aku sebenarnya lagi suka facebook nanasdotcom yang banyak interaksi. Aku berharap lain-lain boleh pergi lebih jauh seperti

Facebook Page Zool Penulis

Instagram Zoolzarizi

Facebook Ligakampung

Blog Ligakampung

Okay, semoga dengan izin Allah aku berjaya mencapai sasaran 1K tersebut. AMIN..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.