Masalah Tiada Air di Melaka

  • by

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Sekarang ni Di Melaka mengalami krisis air yang makin meruncing. Akibatnya banyak kawasan mengalami catuan air berjadual yang terpaksa dilakukan oleh Syarikat Air Melaka Berhad.
Ini berikutan kurangnya hujan turun di bumi Melaka tercinta ini mengakibatkan kapasiti di Empangan negeri Melaka. Aku juga ada melawat ke beberapa empangan dan memang diakui terdapat penyusutan air di empangan tersebut.
Menurut maklumat-maklumat yang dinyatakan, dijangka situasi ini mungkin berlarutan hingga ke bulan April 2020 nanti. Ia pasti mengusarkan apatah lagi bulan Mei nanti akan masuk bulan Ramadhan. Ini pasti memberikan kesan kepada rakyat Melaka amnya.
Aku tak boleh nak komen panjang sebab tak pasti fakta dan juga masih terikat dengan kerajaan jadi tak boleh memandai bagi komen.

Cuma untuk artikel kali ini aku berkongsi sedikit pengalaman pada awal tahun 1990-an dimana situasi yang sama berlaku. Bagi sesiapa yang masih mempunyai memori pada tahun itu mungkin mengetahui betapa sukarnya untuk menghadapi situasi itu.
Masa tu, aku tinggal di kampung dan cabarannya lebih sebab tiada tangki air seperti di taman perumahan. Kami mengharapkan air direct dari paip besar Perbadanan Air (tak silap masa tu Perbadanan ). Jadi bila tiada air memang kami perlu mencari alternatif lain.
Tak silap masa tu tak nampak lori lalu menghantar air sebaliknya kami menggunakan perigi-perigi yang masih mempunyai air. Ketika isu itu berlaku aku masih bersekolah. Pagi-pagi untuk ke sekolah aku terpaksa menumpang perigi jiran sebelah untuk mandi.
Nasib baik masa tu ada perigi jiran. Kalau tak memang payahlah. Dulu takde internet jadi kami tak tau kisahnya kenapa di catu. Dengarnya di zaman internet ini gossip sebab ada bangkai ikan kat empangan Durian TUnggal tu. Tapi entahlah tiada yang dapat memberikan penjelasan sebenarnya.

Memang ketiadaan air adalah satu perkara yang cukup menyukarkan kehidupan seharian sehinggakan arwah bapa mengambil keputusan membuat perigi di kawasan rumah. Sehingga sekarang perigi tu masih ada cuma tidak terjaga lagi.
AKu akui kenangan tiada air itu cukup perit. Bukan sahaja terpaksa menumpang perigi, malahan kesejukan air perigi itu cukup membuatkan kita mengigil. Itu belum kira lagi nak tunggu giliran nak mandi. Kena bangun awal-awal untuk ke perigi.
Kalau lambat memang kena beratur lah hendaknya. Kalau nak buang air besar pula kena angkut air perigi tu ke tandas rumah. Semoga isu air ini dapat diselesaikan oleh Syarikat AIr Melaka dan Kerajaan Negeri.
Ini penting kerana air merupakan perkara penting dalam kehidupan seharian rakyat Melaka ini. Ia akan memberi kesan kepada kesihatan rakyat juga sekaligus pada perkembangan ekonomi negara.

Semoga dapat diselesaikan segera. AMIN..

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.