Assalamualaikum dan salam sejahtera semua
Hari ni aku nak tulis hal teknikal sikit. Bukan pandai tapi cuma nak kongsi perkara yang pernah dibaca dan didengari sahaja.
Mula-mula kita kena faham apa itu clickbait? Kalau ikut translate terus ianya adalah ‘umpan klik’ tapi ikut pengertian aku adalah kaedah untuk membuatkan orang yang melihat tertarik untuk klik ke konten anda.
Kebiasaannya pembuat konten tersebut akan menggunakan judul yang unik atau sensasi bagi merangsang pembaca untuk klik seterusnya. Bukan hanya judul, kadangkala gambar juga digunakan bagi menaikkan minat orang untuk klik ke link yang diberikan.
Kebiasannya idea sebegini akan mendapat pengunjung yang tinggi kerana terpengaruh dengan tajuknya. Kadangkala ada juga yang tidak membaca isi sebaliknya terus melakukan komen dan share. Ini akan menambah pengunjung meskipun bukan pengunjung yang berkualiti.
Penggunaan clickbait ni ada baik dan buruknya. Sekiranya anda menggunakannya dengan isi yang baik, sudah pasti ia akan membantu untuk meningkatkan jenama anda itu sendiri. Pengunjung akan terus mengikuti perkembangan konten anda jika mereka merasakan ianya bermanfaat.
Meskipun penggunaan clickbait ini bagus tetapi sekarang ni banyak sangat yang menggunakan clickbait semata-mata untuk mendapat perhatian tanpa menitikberatkan konten berkualiti. Banyak clickbait yang tidak seperti yang ada dalam tajuknya. Mereka sekadar menggunakan umpan tersebut untuk mendapatkan pengunjung secara tidak beretika.
Clickbait yang tidak tepat juga akan menimbulkan persepsi yang tidak baik. Ada tajuk yang digunakan oleh pembuat konten ini tidak mengambarkan isi sebenar. Sebagai contoh tajuk ni ‘ Zoolzarizi seorang Blogger Hensem Malaysia ‘ ,lepas tu diletakkan gambar lelaki hensem sebagai thumbnail tapi bila tengok yang sebenarnya.. Hahahah. Seorang lelaki 40-an yang dah kurang giginya, rambut hilang dan muka macam bulan.
Itulah salah satu contoh clickbait yang cuba mensensasikan sesuatu.
Berbalik kepada soalah mampukah dapat pengunjung yang ramai, aku berpendapat bahawa clickbait memang mampu menarik minat pengunjung. Dengan kebijaksanaan seseorang pembuat konten itu mencari judul sensasi akan membuatkan konten tersebut meningkat. Cumanya macam yang aku nyatakan pada perenggan awal tadi, gunakan ia dengan cara yang baik dan jujur.
Ia boleh memberi masalah sekiranya clickbait yang kita gunakan itu melibatkan orang luar. Silap haribulan kita boleh disaman kalau gunakan judul atau gambar sensasi.
Jadi cuba lah korang selidik dulu dan kaji sebelum menggunakan clickbait dalam penghasilan konten. Mungkin ia mampu meningkatkan konten dan jenama anda itu sendiri.
Sekian.
Kalau korang ada nak berkongsi pendapat tentang clickbait ni bolehlah berkongsi di ruangan komen di bawah ni..