Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Aku rasa semua sedia maklum tentang pakej rangsangan ekonomi yang telah dinyatakan oleh YAB Perdana Menteri baru-baru ini. Pakej yang dinamakan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) merupakan satu inisiatif kerajaan bagi memastikan rakyat Malaysia yang terhimpit dengan situasi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dibela.


Sebagai salah seorang rakyat Malaysia aku juga perlu menerima BPN ini bagi meringankan beban dengan ketidaktentuan negara sekarang ni apatah lagi mereka yang tidak berpendapatan tetap. Memang ianya satu cabaran besar bagi mereka yang kini terpaksa memikirkan kaedah untuk mencari duit bagi menyara kehidupan.
Meskipun BPN ini bukanlah satu kaedah jangka panjang tapi ia masih boleh membantu rakyat di luar sana. Disini aku ingin berkongsi sedikit langkah yang kita perlu lakukan untuk menerima BPN ni.

1) Semak kriteria kelayakan Bantuan Prihatin Nasional bagi masing-masing. Korang boleh tengok jadual di bawah ni

Aku berada dalam kriteria isi rumah RM4001 hingga RM8000 dimana aku layak untuk menerima bantuan RM1,000. Isteri aku ada bertanya samada salah seorang atau kedua-duanya, tapi mengikut jadual tu sepatutnya seorang sahaja.

2) Semak bila pembayaran dibuat. Yang ini korang kena ambil tahu. Dalam jadual tu dinyatakan bahawa pembayaran akan dibuat pada hujung April dan Mei 2020 dimana bayaran RM500 sebanyak dua kali. Alhamdulillah, pada pendapat aku untuk makan sebulan ianya mencukupi.
Jadi berpada-padalah kepada semua. Kalau sebelum ini ada yang selalu makan KFC kenalah jimat sikit ye. Duit BPN ni untuk kita makan asas dan kenalah belajar memasak bagi yang tak rajin tu.

3) Semak cara permohonan. Dalam siaran media BPN dinyatakan bahawa permohonan boleh dibuat mulai 1 April 2020 menerusi laman web rasmi LHDNM : www.hasil.gov.my.
Ikut pendapat aku, cuba jangan gelabah mohon awal sangat pada 1 April ni. Aku rasa laman web LHDNM akan boom pada awal-awal ni. Jadi bertenang dan cari masa yang sesuai untuk buat permohonan tu.

4) Bila dah terima BPN tu kenalah semak dalam akaun bank korang. Kalau tak dapat selepas tarikh dinyatakan boleh hubungi LHDNM atau Kementerian Kewangan.

5) Dah terima duit tu pastikan anda beli barang makanan. Ingat ye, barang makanan sebab inilah matlamat utama kerajaan. Janganlah berbelanja untuk benda lain.

Itu lah serba sedikit perkongsian aku. Korang boleh download Siaran Media di alamat ini https://www.pmo.gov.my/wp-content/uploads/2020/03/Siaran-Media-BPN-Kementerian-Kewangan-29032020.pdf

Bantuan ini bagus namun sekiranya korang rasa tak perlukan pun takpe. Cuba bantu orang-orang sekeliling yang mungkin kurang arif tentang langkah-langkah ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.