Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Kembali lagi selepas lama juga berhibernasi. Tahun 2022 memang aku kurang menaip di blog ini. Almaklumlah dah sibuk dengan channel Youtube dan Tiktok yang semakin berkembang sehingga masa untuk menaip agak terbatas. Bukan tu je, hampir-hampir domain dan hosting tak mampu ku kumpulkan sebelum ni. Blog awal, Ligakampung.com pun telah ku tamatkan akibat ketidakmampuan untuk meneruskan perjuangan. Takpelah, yang tinggal hanya blog ini dan yourhealthblog.net sahaja yang menjadi sumber untuk menaip.

Kalau dijengok dalam blog ini pun, kali terakhir aku menulis azam adalah untuk tahun 2020 yang mana ketika itu tahun pandemik COVID. Akibat COVID juga yang menyebabkan aku beralih arah dengan menggunakan medium media sosial lain untuk berkarya. Bila aku kenangkan kembali memang azam 2020 tu terus ke laut dalam. Untuk tahun 2023 ni aku akan cuba untuk berkongsi azam tahun 2023 yang perlu aku taipkan di sini. Diharap tahun 2023 ni aku mampu renew domain dan hosting supaya tidak lagi mengalami masalah atau terpaksa melepaskan blog ini. Moga ada sinar dari kamu semua, pembaca tersayang.

Panjang pula mukadimah kali ni.Nak kembali bermula bukan satu tugas yang mudah apatah lagi aku perlu mencari semula semangat untuk menulis. Sudah pasti salah satu sumbernya adalah dari kamu yang sudi membacanya.

Untuk tahun 2023, antara azam yang ingin ku capai dan kira realistik adalah :-

  1. Youtube
    • Channel ZOolzarizi ( 3.1K subscriber ke 5K subscriber )
    • Channel Lozer Production (3.6 K subscriber ke 6K subscriber)
    • Channel Zool Vlog ( 290 subscriber ke 1K subscriber)
    • Revenue sekitar US20 sebulan
  2. Blog
    • Zoolzarizi.com ( update seminggu sekali)
    • Yourhealthblog.net (update seminggu sekali)
  3. Pendapatan Sampingan
    • Adsense ( 2 kali cashout tahun 2023)
    • Homestay start jana sebelum bulan April 2023
    • sewaan rumah masih berjalan. Jika penyewa ingin keluar, harga penyewa baru akan dinaikkan
    • Affiliate jana pendapatan RM500 (setahun)
  4. Simpanan
    • mempunyai simpanan sekurang-kurang RM10K (tidak termasuk simpanan Tabung Haji) pada hujung tahun
  5. Perancangan Pembelian
    • Upgrade PC/laptop untuk kegunaan video
  6. Karya
    • Perancangan menulis 1 buku
  7. Pembacaan
    • Satu buku sebulan

Aku rasa sasaran ini tidak terlalu berat. Cuma untuk perancangan jangka panjang iaitu untuk 5 tahun adalah :-

  1. Persediaan untuk bersara. Ikutkan aku ada lagi 12 tahun sebelum bersara wajib tapi aku merancang untuk bersara dalam usia 50 tahun iaitu ada lagi 6 tahun dari sekarang. Untuk itu aku perlu ada sesuatu untuk mempunyai pendapatan. Apatah lagi ada lagi 2 hutang besar yang perlu ditanggung
  2. Menyelesaikan hutang rumah . Agak mencabar untuk selesaikan 2 hutang rumah dalam tempoh 5 tahun ini. Mungkin sesuatu yang besar perlu dilakukan bagi mengurangkan baki hutang tu. Target aku satu rumah boleh diselesaikan. Ikutkan fullsettlement rumah lama ada baki kira-kira RM50K lagi. Mampu ke dicapai ? Inshallah kalau diizinkan. Satu lagi rumah pula mungkin terpaksa ditanggung sekalipun aku pencen wajib nanti.
  3. Kini aku hanya memiliki dua cahaya mata lelaki. Memang ada impian untuk ada seorang lagi anak perempuan. Tapi cabarannya bila isteri telah menghampiri angka 40 dan mungkin kalau nak lagi seorang cahayamata perlu khidmat swasta berbanding hospital kerajaan.

Okay, itu lah serba sedikit tentang azam yang mampu aku tulis sejam sebelum tahun baharu. Mungkin akan ada azam-azam lain ketika masuk tahun baru nanti.

SELAMAT TAHUN BARU SEMUA…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.