Assalamualaikum dan salam sejahtera,,

Teramat lama tak berkunjung ke blog ini. Banyak perkara yang berlaku tak ku tulis jadikan kenangan. Teringat kata-kata sifu penulisanku , setiap orang ada pengalaman yang berbeza, yang membezakan ia adalah sejauh mana ianya dijadikan kenangan bersama.

Jadi untuk kali ini aku berkongsi sedikit tentang pengalaman pergi berjumpa pegawai Dietetik di Klinik Kesihatan Selandar. Sebagai seorang yang mengidap Diabetes, pemakanan adalah penting. Memandangkan keputusan glucose dan berat ku yang melebihi tahap sepatutnya, doktor telah meminta aku bertemu pegawai pemakanan atau dalam bahasa saintifiknya pegawai Dietetik.

Aku pun menetapkan temujanji pada jam 3.00 petang. Mula-mula ketika aku timbang berat badan , terdapat satu panggilan dari Klinik Kesihatan Selandar itu juga. Tak sempat angkat tapi mungkin sebab belum sampai lagi dan pihak klinik menelefon. Kebetulan, ketika menelefon tu aku pun sampai dan menunggu seketika sebelum prosedur seterusnya berlangsung.

Jumpa pegawai Dietetik yang berbangsa Cina dan muda. Biasalah sekarang ni ramai doktor dan pegawai muda di klinik kesihatan. Aku dengan berbaju uniform opis pun masuklah dengan tenang.

Bukan apa, tengok result glucose pun cukup mengejutkan. Dapat 5.9 mol sedangkan tengahari tu dah makan nasi, ikan keli, sayur taugeh, hati goreng dan air teh o kosong. Result bawah 6.0 memang tidak dijangkakan. Malahan tekanan darah pun masih ok di antara 131/90. Berat je masih 70 kg,.

Pertanyaan pegawai dietetik tu cukup membuatkan aku tergagap. Apa taknya dia bertanya rutin makanan harian ku. Sebagai seorang yang tiada displin pemakanan memanglah susah untuk menjawabnya. Memang apa yang disampaikan tidak tepat dan kelentong la juga. Ye lah, bukan makanan tetap setiap hari. Malahan jadual waktu pemakanan ku pun selalu lari. Kadang-kadang makan tengahari, kadang makan petang. Makanan pun kadang-kadang tak berkhasiat. Dari segi senaman memang ke laut lah apatah lagi sekarang ni sedang menatang seorang bayi. Lagi kesukaran untuk melakukan senaman seperti jogging atau bermain bola.

Memang banyak penerangan yang disampaikan oleh pegawai tersebut yang pastinya displin perlu dijaga. Makanan perlu seimbang dengan portion yang sepatutnya. Hehehehe. Takut juga ni. Nasihat-nasihat itu akan cuba diambil sebagai pemangkin untuk aktif dan mengawal pemakanan. Bukan apa, bila ada tambahan anak ni, komitmen pun lebih. Takkan nanti kita nak sakit pula tatkala anak masih kecil. Jadi cuba usaha untuk lebih sihat.

Memandangkan lagi 3 bulan untuk jumpa doktor dan pegawai pemakanan tu, aku diberi sasaran untuk kurangkan sekitar 3-7 kg. Pergh bunyinya macam mencabar je kan. Tapi kita cuba usaha. Inshallah boleh berjaya..

Kepada sesiapa yang mengalami masalah mengawal pemakanan aku sarankan untuk berjumpa pegawai pemakanan di klinik terdekat. Boleh buat temujanji untuk mendapat khidmat nasihat.

Ooo ye pegawai pemakanan tersebut mencadangkan untuk install app Rightest Care untuk memantau glucose dan tekanan darah. Tapi kenalah ada ALat Ujian Glucose cam dalam video ni..

Okay cukuplah setakat ini. Nak ambil mood untuk kembali beraksi dalam alam blog. Moga-moga aku dapat istiqamah sekaligus dapat berkongsi pengalaman yang aku lalui… AMIN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.