Assalamualaikum dan salam sejahtera
Aku sebenarnya dah lama nak singgah ke Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu ni. Ye lah, dah nama pun orang Melaka lepas tu isteri pula orang Kuala Linggi. Bila balik kampung memang lalu le Pantai Pengkalan Balak yang berdekatan dengan kawasan ni.
Tapi tak pernah nak singgah. Jadi hari ni lepas singgah ke majlis rumah kahwin rakan sepejabat maka aku pun melangkah ke lokasi ni.
Lokasi ni agak jauh sikit dari jalan utama. Korang boleh lalu samada dari Tanjung Bidara ataupun terus dari Pengkalan Balak. Memang ada sedikit cabaran kalau lalu pengkalan balak sebab jalan sempit. Bila bertembung kenalah pandai-pandai mengambil side ye..
Lepas je selesai aku singgah le ke kawasan ni. Tempat dia tak besar mana pun. Lebih kepada informasi santai dalam bilik galeri dan kemudian melihat beberapa ekor penyu.
Mungkin masa aku datang takde apa-apa event tapi bagus juga untuk memberikan penerangan tentang penyu. Sekurang-kurangnya kita dan anak-anak kita boleh mengenal penyu terutama yang singgah di negara kita.

Aku tak nak komplen sangat tentang pusat ni sebab ianya memang percuma jadi takdelah harapan yang tinggi. Bagus tempat ini cuma ada sedikit kegusaran sebab lokasi ni nampaknya macam terlalu sibuk dengan orang ramai. Aku tengok ada khemah camping di hadapan lokasi untuk penetasan penyu tu.
Tapi mungkin Jabatan Perikanan telah tahu waktu kedatangan penyu dan mungkin menutup kawasan pada waktu tersebut.

OO ye, sedikit untuk pengetahuan bahawa Penyu yang sering menetas di kawasan Pantai Kemunting itu adalah jenis Penyu Karah dan Tuntong Laut. Memang ianya berbaloi untuk mengetahui tentang spesies yang terancam ni selain korang pergi bergembira bermandi manda di Pantai Pengkalan Balak tu.

Ni sedikit gambar kenangan di Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu Di Pantai Kemunting, Masjid Tanah Melaka

Sambil tu tolong lah tengok sekejap vlog yang aku buat ni.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.