Selesai sudah Ekspo Rumah Mampu Milik Peringkat Negeri Melaka 2015

Setelah berhempas pulas beberapa minggu ini akhirnya majlis yang dinantikan telahpun selesai. Majlis berkaitan kerjaku mengenai Ekspo Rumah Mampu Milik Negeri Melaka 2015. Memang amat memenatkan sehingga kerja hakikiku terganggu. Apatah lagi nak belajar coding PHP, memang terganggulah projek nak buat satu sistem cabutan yang berada dalam perancangan.
Tapi nak buat camne, dah kerja kenalah buat. Tak nak kerja mana nak cari duit untuk menyara hidup diri dan isteri. Jadi teruskan juga walaupun kerja sedikit menyimpang dari tugas seorang Penolong Pegawai Teknologi Maklumat.

Tugas utama bila ada sebarang majlis adalah membuat banner, backdrop dan bunting. Memang membosankan sebab balik-balik kerja yang sama tapi nak buat camne. Inilah yang berlaku bila dah pandai sikit buat sesuatu. Memang asyik-asyik ko je yang kena. Ekspo Rumah Mampu Milik (RMM) yang diadakan di Mydin MITC, Melaka bermula pada 20-22 November 2015 itu telah berlangsung dengan jayanya.

Backdrop Majlis Perasmian
Backdrop Majlis Perasmian

Biasalah ada sikit sebanyak kecacatan tu tapi secara keseluruhannya berjalan baik. Tang kerja aku pun ada sikit masalah, bunting ngan banner masa kedatangan Ketua Menteri ada pertukaran last minute. Ada juga menyuarakan ketidakpuasan hati dengan supplier banner dan diperbetulkan juga pada minit-minit terakhir. Ada juga masalah ketidaksempurnaan pada persediaan booth tapi masih terkawal.

Dan macam biasa ada masalah teknikal terakhir bila budak lain nak present apa yang dilakukan tapi bunyi tak keluar kat tv. Alhamdulillah, itupun berjaya diselesaikan juga pada minit-minit terakhir. Ekspo rumah mampu milik ini merupakan percubaan pertama penganjuran majlis oleh pejabatku (Lembaga Perumahan Melaka). Penyertaan oleh pemaju berkenaan rumah yang berharga sekitar RM100,000- RM180,000.

Booth Lembaga Perumahan melaka
Booth Lembaga Perumahan melaka

Ada juga promosi Rumah Penjawat Awam 1 Malaysia (PPA1M) dan juga Rumah Mesra Rakyat Melaka (RMRM) yang baru diperkenalkan. Dari segi pengunjung ada yang positif dan tak kurang negatifnya. Memang aku sendiri mengakui harga rumah tidak semuanya mampu dimiliki. Tapi ada yang boleh dicuba oleh golongan berpendapatan sederhana. Ini adalah sasaran utama ekspo dianjurkan. Harap-harapnya golongan sasaran dapat menggunakan peluang ini sebaik mungkin.
Memang harga rumah sukar untuk diturunkan atas pelbagai masalah tapi bagi yang ada kemampuan itu jangan lepaskan peluang. Jangan terlalu memilih dan terlalu menunggu masa. Memang sukar untuk mendapat rumah mengikut kehendak kita pada masa ini. Inipun tak lama lagi sukar untuk bertemu rumah harga sebegini dan susah juga nak mencari rumah yang ada tanah. Lepas ni nanti rumah yang bertingkat sahaja yang ada.

Ada beberapa pengumuman pada majlis tadi terutama tentang pembinaan rumah mampu milik yang akan diperbanyakkan. Mungkin ia satu berita yang baik buat rakyat Negeri Melaka untuk mendapatkan rumah sendiri. Memiliki rumah memang merupakan perkara yang penting dalam kehidupan. Sampai bila nak menyewa rumah orang je kan, kalau beli rumah lama-lama ianya akan menjadi hak kita juga (setelah habis bayaran ansuran bulanan pinjaman bank).
Bila jadi rumah sendiri bolehlah diwariskan kepada kaum keluarga dan mereka tidaklah risau sekiranya berlaku sesuatu pada kita satu hari nanti.
Kepada yang teringin nak beli rumah, boleh cuba dapatkan ebook Panduan Membeli Rumah secara percuma, yang ku hasilkan satu masa dahulu. Klik Panduan Beli Rumah. Semoga korang mendapat manfaat dari ‘masterpiece’ pertamaku.

Bagi sesiapa yang nak tahu maklumat mengenai Rumah di Melaka, boleh like facebook Lembaga Perumahan Melaka . Memang kat situ lebih cepat update berbanding laman web di http://lpm.melaka.gov.my. Tapi korang jangan tanya aku kat mana kosong ye, baik korang call je pejabat sebab aku keje jaga slide je. Hahahahah

6 thoughts on “Selesai sudah Ekspo Rumah Mampu Milik Peringkat Negeri Melaka 2015

  1. Dah lama tunggu berita macam nie..tuan nak tanya…area2 merlimau dan seri mendapat dah ada yang mula projek perumahan baru tak?Bleh syorkan saya link nya tak jika ada…terima kasih tuan!

    1. orang merlimau ek? ada dengor2 nak buat kat merlimau…
      tapi nanti tunggu confirm dulu.. rajin-rajin follow facebook ‘LembagaPerumahanMelaka’ ..
      mungkin ada update2 terkini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *