Assalamualaikum dan salam sejahtera

Ikutkan aku nak buat dalam bentuk video tapi rasanya agak mencabar maka aku taip sahaja artikel ini.
Sekarang ni media sosial mudah untuk membuatkan seseorang itu popular. Kadangkala ianya bukan sebab bakat tapi sebab yang aku sendiri pun tak pasti.
Aku bagi contoh macam Budak 46 yang tetiba mencanak naik dengan gaya slowmonya. Kemudian dipanggil oleh media masa untuk diperkenalkan ke dalam rancangan mereka.


Rancangan Meletop, Hot FM dan pelbagai lagi. Follower memang cukup tinggi.
Sekarang ni pula ada insan istimewa bernama Jacky yang mula meletup. Kenapa mereka menjadi begitu popular? Sudah pasti aku takde jawapannya.

Dalam mereka popular ni pula ada yang mempertikaikan populariti mereka. Ada yang menyalahkan netizen yang mengangkat mereka ke tahap sebegini.
Pada pandangan aku, ini sudah rezeki mereka. Jika korang tak suka, tak perlulah nak jadi follower mereka. Mungkin ianya dianggap hiburan bagi peminat-peminat mereka.
Cumanya mereka ni perlu dibimbing oleh orang yang betul. Bukan orang yang suka ambil kesempatan. Cuba korang ingat kembali beberapa tahun lalu.
Ada seorang anak jalanan yang popular sedikit masa dahulu iaitu penyanyi Tegar. Ketika dalam meningkat naik, terdapat isu hangat dimana pengurusnya mengambil kesempatan.
Ini menyebabkan beliau jatuh ketika itu. Sekarang ni mungkin dah mula kembali meskipun tidak sepopular dahulu.

Itu yang paling penting. Mungkin insan istimewa yang popular ini bukanlah bakat besar tetapi kita perlulah hargai keberanian mereka. Tak semua orang mampu menjadi seberani mereka.
Ada juga kerisauan bagaimana mereka nak meneruskan kerana populariti sebegini tidak akan kekal lama. Harap-harap mereka telah mempunyai orang yang mampu membimbing mereka.

Okay cukuplah sikit je perkongsian. Apa pandangan korang semua? Kongsilah sikit..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.