Minggu lepas aku terlibat dalam Majlis Penyerahan Kunci Rumah Mampu Milik Taman Ayer Molek Perdana di Kuala Sungai Baru, Alor Gajah, Melaka.
Majlis yang diadakan pada 22 Oktober 2017 iaitu pada hari Ahad lalu. Macam biasa, kerja aku pastinya hal-hal pengumuman majlis menggunakan van dan juga kerja utama, setelkan hal-hal banner, bunting majlis.
Macam biasa buat banner dan bunting ni takde masalah, cumanya nak pergi ke lokasi majlis tu agak bercinta sikit la. Bukan dekat, mau 50 kilometer dari opis tu.
Tapi nasib baik pembekal cukup baik dan berjaya memasang banner dan bunting dengan baik.

Aku memulakan aksi pada hari Jumaat lalu iaitu pergi menaiki van jabatan untuk melakukan pengumuman di kawasan berhampiran. Mula-mula bercadang nak buat di kawasan JAPERUN Kuala Linggi tapi tak boleh sebab Bomba sedang menyiapkan khemah untuk majlis diorang.
Dapatlah lebih kurang 6 taman perumahan kami berpusing-pusing ala-ala van suratkhabar lama. Kelakarnya ada budak yang berhenti ingatkan van sembur nyamuk. Heheheheh.

Duduk dalam van untuk memastikan speaker mengeluarkan pengumuman dengan baik

Esoknya, Sabtu aku kena datang lagi. Kali ini untuk memastikan pemasangan backdrop pula. Sambil pergi tu baliklah kampung kejap. Tapi lebih banyak ke tapak projek tu. Tengok-tengok dan dapatlah disiapkan oleh pembekal dalam pukul 4.00 petang. Aku bawa isteri dan anak terus menuju pulang.
Singgah solat Asar di masjid Jamek Putra Masjid Tanah. Masjid yang baharu siap ini cukup cantik. Sempatlah Fatih mengubah kedudukan kon-kon kat situ. Masjid yang memang cantik dengan warna putihnya.

Masjid Jamek Putra Masjid Tanah yang tersergam indah

Lepas habis solat tengok jam dah pukul 6.00 lebih. Perut pun mula berbunyi maka carilah makan. Singgahlah kejap di AG Steak House & Tomyam di Alor Gajah. Boleh tahan juga makanan yang dihidangkan tu. Cuma harga mungkin lebih sikit dan sekali sekala bolehlah. Kalau selalu boleh bengkok.
Lepas tu singgah di Masjid Lama Alor Gajah untuk menunaikan solat Maghrib. Ada ceramah tapi tak dapat lah nak singgah sebab nak kena balik rumah.

Isteri sedang menjamu selera Lamb Chop manakala aku layan Fish n CHip

Esoknya selepas berjumpa kawan di Empangan Durian Tunggal aku meneruskan misi ke RMM Taman Ayer Molek Perdana. Sampai dalam pukul 10.30 pagi. Menunggu ketibaan YAB Ketua Menteri Melaka yang dijadualkan datang pukul 2.30 petang. Kira-kira 2.45 petang Ketua Menteri tiba untuk menyampaikan upacara perasmian. Macam biasa majlis banyaklah cerita tentang hal-hal berkaitan Pilihanraya. Jadi layankan je la..
Aku tak tunggu sampai habis sebab panas yang amat. Bila ada peluang aku pun cabutlah. Lagipun dah kerja 3 hari straight kenalah rehat.
Alhamdulillah majlis berjalan lancar walaupun aku tak dapat tunggu sampai habis. Sampai rumah terlepak la…

Okay, cukuplah tu. Tunggu cerita seterusnya ye. Hehehehe.

5 Replies to “Majlis Penyerahan Kunci Projek Perumahan Mampu Milik RMM Taman Ayer Molek Perdana, Kuala Sungai Baru, Alor Gajah, Melaka”

    1. penat amat..
      tapi dah biasa..setiap bulan memang ada je majlis..
      kadang2 ada 2 kali sehari..
      time puasa dulu pun ada.. tapi kecil-kecilan ..
      tapi kecil-kecil pun YAB KEtua Menteri Melaka ada tu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.