Minggu ni takde benda sangat yang aku nak ceritakan sangat. Cuma minggu ni ada buat sedikit mini gathering dengan kawan sekolah.
Lokasi perjumpaan di Windmill Bukit Beruang Melaka. Sesekali makan makanan barat ye. Ini sebab salah seorang rakan yang berpangkat tinggi dalam jawatan Kerajaan ingin membelanja kami.
Cadangan adalah di restoran makanan barat.Memandangkan aku bukanlah kaki dalam Jalan-jalan cari Makan ni jadi aku mencadangkan di Windmill Bukit Beruang( Korang nak cari lokasi Restoran ni? Cuba tengok website TWS. Aku pernah membelanja rakan sekerja 2 tahun lepas sempena perpisahan mereka yang berpindah ke unit lain.
Tapi masa tu waktu petang, kali ini waktu malam pula. Kalau ikutkan perancangan awal, ada sorang kawan akan follow dari rumahku tapi last-last tukar plan. Biasalah tu.
Aku gerak dalam kira-kira jam 7.50 malam dan jadi guide untuk kawanku yang menuang minyak di Caltex Bemban. Sampai kira-kira jam 8.25 malam . Awal sikit dari masa dijanjikan iaitu 8.30 malam.

Cukup korum kira-kira jam 8.35 malam. Kiranya mereka ni menepati masa juga le. Ye lah, dah lama tak berjumpa. Kumpulan kami tak ramai iaitu hanya 4 orang sahaja dimana 2 darinya kerja di Melaka manakala 2 lagi berkelana di Putrajaya.
Makan di The Windmill Station ni memang tak berapa pandai nak order jagi aku hanya minta set Lamb Chop Nasi Goreng Nenas (korang boleh rujuk website Untuk Menu TWS- tengok kat menu ada aiskrim..semalam tak dapat pula..
Alhamdulillah makanan sampai lebih kurang 5 minit selepas itu dan makanan aku sampai dulu. Buat-buat sopan tapi dalam perut lapar minta izin kawan-kawan untuk makan. Hehehehehe.

Dalam pada tu masing-masing bercerita tentang kepayahan pekerjaan masing-masing. AKu nak cerita pun tak reti sebab kerja aku tak sehebat mereka. Mereka ada yang menjaga Maritim di Malaysia. Ada juga yang menjaga orang-orang SUkan SEA dan Para ASEAN baru-baru ini. Juga menjaga penguatkuasaan Kastam.
Aku? Kerja melayan komputer, Tengok akaun rumah orang tak bayar, study sikit akaun rumah, arrangekan banner majlis perasmian, buat sebutharga, pembelian komputer, buat sistem aplikasi (yang tak terbuat-buat) dan beberapa kerja remeh. Takpelah, kurang-kurang aku ada kerja juga untuk menyara kehidupan kan.
Ketika menikmati makanan rasanya ada 3 kali bunyi lagu ‘Happy Birthday ‘ . Rupa-rupanya ada pengunjung yang meraikan hari lahir di restoran ini. Bagus-bagus. Satu kaedah baik untuk melariskan restoran tu. Nanti kalau aku ada restoran sendiri boleh buat kot.. Heheheheh.

Dah jumpa mesti ada selfie sikitkan. Nampak leher juga aku ye.. Hehehe

Bercerita ada yang bertanya tentang keadaan seorang lagi rakan. Aku pun tak reti nak jawab sebab memang dah terlalu ‘lost contact’. Last jumpa masa pilihanraya Umum 5 tahun lalu. Itupun aku yang terkial-kial arrange call dia. Untuk kali ini memang tak delah nak call dia.
Bukan apa, kalau dia tak kenang kita, buat apa nak kenang dia kan. Mungkin dia ada sebab tersendiri untuk tidak meneruskan perhubungan persahabatan antara kami ini. Sedih, memang ada tapi inilah kehidupan. Masing-masing ada cara kehidupan sendiri.

Sesekali berjumpa kawan lama memang banyak benda nak cerita tapi macam biasa, aku susah nak bercerita. Yelah. Nak cerita pasal kerja, aku kerja biasa-biasa je. Nak cerita kisah lampau diorang pun macam tak berminat je. Sesekali je lah mencelah. Walaupun tak dapat banyak nak mengomel tapi aku gembira sebab dapat kembali menghubungkan tali persahabatan antara 4 orang rakan ini. Semoga hubungan ini mampu diteruskan sehingga ke akhirnya.
AMIN..

Okay, cukuplah sedikit cerita minggu ini. Oo ye, hari Jumaat lalu Melaka bercuti sempena Hari Lahir TYT, teringat pula kenangan dapat pingat yang tak dapat pergi. HUhuhuhuhu. Kenangan je. Apapun tahniah kepada sesiapa yang dapat pingat tu.

4 Replies to “Reunion Kawan Sekolah di Windmill Bukit Beruang Melaka”

  1. jumpa kawan – kawan lama memang best. tambahan pulak last jumpak dah bertahun tahun lamanya. banyak benda nak sembang & tak sedar masa pun mencemburui kita

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.