Menukar tombol pintu mungkin merupakan perkara yang senang bagi sesetengah orang tapi bukan bagi diriku yang agak lemah dalam bidang pertukangan ni.
Teringat dulu masa kelas Kemahiran Hidup aku sering ketinggalan tatkala orang lain cukup cekap melakukan kerja-kerja kemahiran. Dalam usia menjangkau 40 tahun ini aku baru nak mencuba dengan sedikit kemahiran dalam memperbaiki peralatan rumah ni.
Kalau sebelum ni aku berjaya memperbaiki paip kali ini aku cuba bula memperbaiki tombol pintu bilik.
Memang bukan satu tugas mudah tapi dengan bantuan drill yang dibeli dari MrDIY aku cuba juga melakukan kerja-kerja menukar tombol ni. Mula-mula aku buka skru di bahagian penyendal pintu dan selepas itu kena bukak kepala tombol.
Nak buka kepala tombol ini merupakan satu kepayahan buat diriku. Walaupun tengok kat youtube tapi tak jadi juga buat. Maka aku terpaksa meminta bantuan rakan sekerja yang berjawatan Pembantu Kemahiran tu.
Untuk membuka kepala tombol itu kena masukkan pin ke dalam tempat dengan betul dan seterusnya kepala boleh dikeluarkan. Kalau korang kali pertama nak tukar tombol, beli kat kedai hardware dan minta tokei kedai tu ajar cara camne nak buka kepala. Dan juga cara nak masukkan penyendal tu.
Itu dua perkara yang agak teknikal yang agak rumit. Kalau korang dapat paham yang dua ni memang seterusnya kerja jadi mudah. Alhamdulillah aku berjaya menukar tombol pintu bilik dengan jayanya.
Lepas ni boleh tukar tombol untuk beberapa bilik lagi. Korang nak minta tolong aku buatkan pun dah boleh juga. Tapi kenalah kawasan berhampiran, kalau jauh tak berbaloi..
Jadi kita kena tau serba sedikit tentang pembaikan asas di rumah. Selain paip, tombol pintu kita juga kena tau menukar lampu. Jangan nak harapkan orang yang kadangkala akan temberang harga dengan kita.
Sedikit sebanyak dapat mengurangkan kos dan dapat pelajaran baru. Tak gitu?
Korang boleh tengok juga tutorial Menukar Tombol Pintu di Youtube ni