Pergi ke Talk Startup di Sampaikan Oleh Wahdah.my

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Kalau korang perhatikan ‘Startup’ merupakan antara perkataan yang semakin kerap terpapar di media-media samada media masa mahupun media sosial. Apa itu ‘startup’ ?
Kalau kita direct translate bunyinya macam naik ke atas tapi bukan itulah maksudnya. Kalau mengikut definisi dari Investopedia, Startup bermaksud syarikat yang berada dalam peringkat pertama operasinya. Syarikat-syarikat ini seringkali dibiayai oleh pengasasdan mereka percaya bahawa produk atau perkhidmatan yang dibangunkan mempunyai permintaaan.

Pada hari Jumaat (5 Oktober 2018) aku menghadiri satu ‘talk’ yang disampaikan oleh pengasas salah satu startup mengenai kereta sewa iaitu Wahdah.my.
Memandangkan aku memang berminat dengan ‘Startup’ maka aku cuba hadiri ke program ini. Apatah lagi ‘co-founder’ nya seorang lelaki berketinggian 1.86 1.89 cm (edit lepas kena tegur kat group Whatsapp..hahaha) itu amat ku kenali. Jadi pengalaman baru perlu ku cuba.
Mana tau dengan ilmu yang aku kutip dalam sessi ‘talk’ tersebut dapat membantu aku untuk menambahbaik projek-projek sedia ada ataupun meneruskan cita-cita membangunkan ‘Startup’ di masa hadapan. AMIN.

‘Talk’ tersebut pada asalnya di jadualkan di Cofeology Cafe, Bukit Beruang, Melaka pada jam 8.00 malam. Sebelum itu, aku telah membuat keputusan untuk terus pergi dari tempat kerja memandangkan kalau nak balik rumah memakan masa 1 jam pergi dan balik.
Jadi lepas balik kerja aku pergi singgah dulu ke Taman Botanikal Ayer Keroh untuk jogging sikit. Untuk jogging pada hari tu aku sempat buat 3.7 kilometer sahaja. Badan tak berapa sangat jadi aku tak layan banyak sangat kilometer. Habis je aku terus ke Masjid Al-Alami, MITC untuk mandi dan salin pakaian.
Teringat zaman-zaman dulu aku selalu singgah ke Masjid MITC sebelum meneruskan perjuangan berniaga Bazar Ramadhan di Taman Cempaka beberapa tahun yang lalu.
Lepas tu aku melayan Mee Sup di perkarangan letak kereta di Masjid MITC. Dah order tetiba terperasan pula daging yang banyak. Adoi terpaksalah aku asingkan. Almaklumlah kolesterol tinggi. Air rebusan tu pula memang tak hirup la. Takut..
Habis je solat Maghrib aku terus meneruskan perjalanan menuju ke destinasi di Cofeology Cafe. Aku singgah le ke kawasan tersebut tapi tak nampak sesiapa pun.
Nasib baik kenal yang bagi talk tu, jadi aku teruskan menelefon. Nasib baik juga dia jawab. Rupa-rupanya dah pindah lokasi. Lokasi bertentang dengan lokasi asal iaitu di Grindshack Workspace.

Datang-datang dah ramai memenuhi ruang. Nasib baik ada satu kerusi di baris kedua yang boleh menjadi tempat ku duduk.
Ketika aku sampai ‘talk’ dimulakan oleh En Raden iaitu CEO bagi Wahdah.my. Masa aku masuk beliau mula bercerita tentang pengenalan. Bagaimana projek startup ini dimulakan.
Memang pada asalnya En Raden ini menggunakan kaedah konvensional untuk menjalankan perniagaan penyewaan kereta. Bermula dari 5 buah kereta, beliau menguruskan sehingga 100 lebih kereta (melalui partner).

Pengenalan mengenai Wahdah

Mengejutkan juga apabila beliau menguruskan dengan hanya menggunakan MS Excell sahaja. Bayangkan camne nak uruskan transaksi-transaksi sewaan kereta tu dengan Excell je. Memang berpeluh juga tu.
Selepas itu diceritakan bagaimana beliau yang bukan ‘tech-savvy’ bertemu dengan si panjang Amran di dalam satu ‘Business Conference’. Dari situ timbulnya kerjasama antara satu sama lain.
Secara amnya, aku melihat kedua-dua ada perbezaan sedikit dari personaliti dimana Raden nampak agak formal manakala Amran tu agak catchy dan rebel. Mungkin dari perbezaan antara mereka dapat mengabungkan satu produk yang terbaik.

En Raden CEO Wahdah menyampaikan pengalaman beliau mengendalikan Wahdah
Amran CTO Wahdah menyampaikan isi dari segi teknikal

Menurut mereka, wahdah ini dimulakan pada tahun 2016. Kiranya baru dua tahun jagung juga startup ini beroperasi. Tapi sudah semakin mengorak langkah untuk mengembangkan sayapnya juga.

Menariknya perkara yang menjadi perhatian aku ialah, startup ini tidak tergesa-gesa untuk melakukan promosi gila-gila. Mereka mempunyai FOKUS yang tetap iaitu fokus kepada pelanggan dalam ‘Segmen’ tertentu sahaja. Sebab itu mereka mengakui bahawa harga sewa yang ditawarkan lebih tinggi dari pasaran konvensional.
Antara ‘target’ pelanggan mereka bukanlah dari kalangan pelanggan biasa. Sebaliknya mereka lebih menumpukan pada pelanggan yang mempunyai duit atau dalam bahasa mudahnya ‘pelancong’. Mereka juga memaklumkan pelancong dari Singapura merupakan antara fokus utama mereka. Tetapi itu bukan bermakna pasaran pelanggan domestik diabaikan namun penumpuan kepada kehendak pelanggan tertentu lebih dititikberatkan.
Macam mana mereka nak uruskan tempahan kereta yang banyak ? Okay, sebenarnya mereka bukanlah syarikat perniagaan kereta sewa sebaliknya mereka merupakan orang tengah antara pelanggan dan syarikat kereta sewa. Menggunakan platform website yang dibangunkan memudahkan pengguna mencari kereta sewa berdasarkan kehendak masing-masing.
Selain itu ia juga memudahkan syarikat kereta sewa tanpa perlu bersusah payah untuk mempromosikan syarikat apabila Wahdah telah menjadi ejen untuk mereka mendapat pelanggan.

Ketika ini mereka telah bekerjasama dengan 200 ‘partners’ yang mengandungi hampir 1,500 kereta. Semuanya disistemkan melalui aplikasi yang dibangunkan oleh CTO mereka, En Amran. Untuk partner, terdapat 3 jenis iaitu Individu, Micro Entreprenuer dan Smart Medium Enterprise.
Sedikit sebanyak Amran menerangkan tentang hal-hal teknikal seperti SERP (Search Engine Result Page) dimana untuk menguasai keyword-keyword tertentu di carian Google. Beliau juga memaklumkan menggunakan fresh graduate dari UiTM Jasin untuk membantu membangunkan aplikasi dan sistem ini.
Macam biasa , Amran memang menggunakan Framework CakePHP sebagai pelantarnya. Antara cabaran besar yang mereka hadapi adalah mengenai ‘payment gateway’. Mereka menggunakan paypal sebagai kaedah pembayaran terutama untuk pelanggan luar negara. Isu kena ‘freeze’ sementara duit dalam akaun adalah antara cabaran terbesar yang mereka perlu hadapi.

Alhamdulillah kursus selesai kira-kira jam 10.00 lebih. Banyak juga yang dapat ku hadam dan banyak juga yang terlepas. Secara keseluruhannya memang menarik. Cuma aku nampak kurang penyertaan bangsa Melayu dalam talk ni. Talk ini disampaikan dalam Bahasa Inggeris dan ada beberapa poin yang aku tak dapat nak jana dalam otak ni.

Satu-satunya individu yang berpakaian agak berbeza dari peserta lain. Selfie dulu sebarang dua

Bagusnya juga sebab aku dapat membuat sedikit network dengan beberapa orang di Melaka yang mempunyai startup sendiri. Inshallah boleh belajar lebih lagi dan mungkin juga boleh tahu serba sedikit mengenai Startup ni.

Sebelah CEO Wahdah. Siap pakai kurta lagi tu

Sekian.

p/s :- Saja promo artikel ni kat group Whatsapp. Tak sangka diorang baca juga artikel ni walaupun dalam tulis dalam Bahasa Melayu.. Xie Xie ni kawan-kawan..

One thought on “Pergi ke Talk Startup di Sampaikan Oleh Wahdah.my

  1. kena freeze dengan paypal..tu yang paling menduga iman kalau buat biz online international. sekali kena tahan, mau 6 bulan sangkut dalam tu (kalau tak silap).. terus jammed nak buat pusing modal..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.