Assalamualaikum dan salam sejahtera semua
Semenjak dua menjak ni aku mula rajin nak membaiki barang-barang di rumah. Kalau dulu rasa macam tangan tak berbedung je tapi sejak diberitakan sakit ni makin rajin pulak.
Apatah lagi dijangka akan berpindah ke rumah baharu maka rumah lama ni bolehlah dijadikan eksperimen. Lagipun sekarang ni bukan murah nak panggil orang baiki. Bukan sahaja harga, tapi nak cari orang baiki pun tak senang.
Pakcik plumber yang dulu selalu buat rumah pun dah tak menjawab SMS aku. Mungkin dah tukar nombor agaknya. Nak cari kat internet takde pula laman web yang spesifik kat area kawasan tempat tinggalku. Adoi. Jadi aku kenalah mencuba sendiri buat DIY.
Kalau sebelum ni aku baiki saluran paip tersumbat semalam aku baiki pula pili paip yang dah tak berfungsi. Bila pusing pili paip tak keluar airnya. Maka jalan cepat buat sendiri.
Aku takde perengkuh paip tapi spana hidup masih boleh membantu dan aku pun buka je pili paip tu. Oo , sebelum tu kena pastikan saluran utama dari tangki di matikan dulu. Kang merana badan kalau nak buka.
Lepas buka aku pergi ke kedai hardware berdekatan. Beli sekali paip 2 way yang ada sambungan dengan paip PVC. Okay, aku beli agak mahal sikit dalam RM48. Kalau korang beli kat MrDIY mungkin murah kot. Aku malas nak ke sana. Hadap je la walaupun ada kesalan sikit.
Sebenarnya takde lah susah sangat nak tukar pili paip ni cuma kena betul-betul pasangkan plastik(aku tak tau apa nama benda ni) dekat bahagian alur masuk tu.Lebih kurang 30 minit akhirnya berjaya juga aku menukar pili paip tu.
Sekarang baru rasa yang sebenarnya setakat ganti paip ni aku je boleh buat. Rasanya korang lagi handal kan? Cuma sekarang ni nak baiki shower agak susah sebab pili paip dia dah dalam dinding. Memang kena panggil plumber juga ni. Ingat nak minta ditukarkan supaya ianya kat luar.
Senang sikit nak buat nanti. Aku rasa kalau korang yang mempunyai kemahiran membaiki paip ni boleh jadikan ianya sebagai salah satu pekerjaan part-time. Boleh je buat flyer atau promokan kat website. Kalau sekali upah dalam RM20-50 , satu hari dapat 4 rumah dah boleh dapat RM80-200 sehari.
Buat hari Sabtu, Ahad pun dah boleh gembira. Bukan sahaja dapat duit. Boleh dapat kawan dan keluar peluh. Macam aku ni mungkin sekadar untuk rumah sendiri je. Kalau buat rumah orang kang jahanam pula nanti.
Selain itu, aku juga telah membeli langsir di Jasin Bestari untuk diletakkan di bilik pejabat keduaku(bilik kat rumah). Bukan apa, sebelum ni tampal kertas suratkhabar je tutup cermin tingkap tu. Rasa tak selesa pula. Dekat tingkap dapur pula aku gunakan ‘solar film’ yang dibeli dari MrDIY dengan harga RM8.++ segulung. Segulung tu boleh buat dua cermin.
Jadi aku doublekan cermin dapur tu. Nampak macam orang luar tak boleh nampak di dalam. Tapi takpe, untuk sementara. Bila ada rezeki lebih mungkin nak pasang blind kat dapur tu.
Oo ye, kalau korang nak dapat idea untuk DIY kat rumah boleh tengok blog AkuBiomed. Dia ni memang skillfull pasal DIY kan rumah.
Yang tinted rumah pun aku dapat inspirasi dari dia le. Sebelum ni ingat nak tempah orang tapi tak datang-datang.
Okay. cukup meraban kali ni. Minggu depan negara akan menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 61, aku tengah mencari idea untuk menghasilkan sajak Merdeka. Projek suka-suka ni. Kalau korang ada idea atau sajak bolehlah kongsikan kat sini. Kalau ada blog ke boleh aku link kan kat entri terbaru nanti.
Sekian. Selamat memulakan hari dengan bahagia
bro akubiomed mmg suka update pasal DIY ni. hehe.. lebih jimat klu kita ada skill survival sendiri tanpa perlu upah org lain
kerosakan atau penukaran yang kecil memang boleh buat DIY..
cuma perlu tool untuk memudahkan kerja ..
mungkin kerana DIY yang tak mahir..proses membaiki akan mengambil masa juga berbandimg mereka yang ada bakat dalam bidang kemahiran