Berlari di UTeM

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Aku takde idea sangat pada hari ni. Tengah cuba nak baiki tombol pintu pun tak jadi maka aku kongsi sikit pasal aku berlari di UTeM. Kalau korang follow blog aku, mungkin tau yang aku agak rajin berlari.
Secara jujur aku bukanlah atlet macam budak viral lari pace 2 kilometer tu. Malahan aku seorang pelari yang agak lambat. catatan pace aku yang paling baik pun 7min/km sedangkan catatan biasa orang normal adalah bawah 7min/km tu.
Tapi takpelah, larian aku bukanlah nak menang sebarang pertandingan pun sebab aku tahu kemampuanku. Target cuma nak membuang kalori, lemak dan minyak dalam badan. Almaklumlah selain kencing manis, kolesterol juga meninggi, di tambah lagi dengan Triglyceride yang melebihi tahap sepatutnya.
Maka layaklah untuk aku meneruskan aktiviti larian selain dari menjaga makanan sehabisnya.
Oo ye, selain berlari aku juga melayan berenang kadang-kadang cuma dekat kawasan ni takde kolam renang yang baik maka agak sukar untuk melaksakannya.
Pada pandangan aku, kalau rumah korang dekat dengan kawasan kolam renang elok cuba berenang sebab efek dia lagi tinggi dari berlari. Tak tau berenang? Ala aku dulu pun tak reti juga tapi pelan-pelan belajar la. Korang boleh try kat ebook bawah ni.

Berbalik pada kisah berlari diUTeM. Kalau ikutkan aku nak masuk acara UTeM Half Marathon 2018 (nak masuk acara 12 kilometer je) tapi tetiba tengok tadi dah dibatalkan pula.
Katanya sebab kurang penyertaan. Mungkin sebab ramai yang tak berani masuk acara bulan Oktober sebab jangkakan pada bulan tu mungkin hujan.
Atau mungkin juga korang promosi dari penganjur. Entahlah aku tak tau. Mereka je yang tahu.

Ni banner promo UTeM Half Marathon 2018

Eh, tak masuk lagi berlari di UTeM ye. Jarak rumahku dan UTeM takde lah jauh sangat tapi minggu lepas merupakan kali pertama aku cuba berlari di kawasan UTeM tu. Alhamdulillah percubaan kali pertama aku masuk ke trail kelapa sawit yang disediakan. Memang agak mencabar juga kerana bukitnya yang agak tinggi.
Peluh memang mencurah-curah keluar juga pada hari kejadian tu. Tapi puas juga lah. Lepas tu aku masuk ke trek larian. Ambil 2 round. Okay pada kali kedua iaitu semalam aku cuma melayan trek sahaja. Aku layan 10 pusingan iaitu sekitar 4 kilometer. Macam yang aku cakapkan tadi, larian aku memang perlahan dan mudah je bebudak UTeM yang muda-muda belia tu potong aku.
Cuma yang peliknya, aku lari 30 minit tapi tak nampak pula yang lari-lari laju tu lari selama aku. Banyak yang aku tengok 3-4 round je lepas tu tinggal.
Tapi takpelah. Mungkin dia dah ambil speed yang cukup tinggi jadi kecepatan kalori dia hilang lebih banyak.

Trek larian di Kompleks Sukan UTeM

Bila berlari di UTeM ni bukan sekadar berlari tapi terkenang juga kisah aku belajar di itm jengka dulu. Aku pernah juga berjogging seorang diri tapi takde motivasi untuk meneruskan. Begitu juga masa aku belajar di UiTM Shah Alam, pernah juga berlari di Tasik Shah Alam tapi tak meneruskan sebagai aktiviti.
Bila start kerja di SUK lagilah tak ambil tahu hal-hal lari ni. Kira-kira 3-4 tahun lepas baru aku mula lari kembali. Itupun lepas buat pemeriksaan mengatakan ada kolesterol. Itu pun pada permulaan agak longlai sehingga mula menyertai berbagai pertandingan dan juga mempunyai rekod menggunakan handphone melalui aplikasi RunKeeper.
Harap-harap aku akan teruskan aktiviti larian ini. Bukan sekadar untuk kesihatan tetapi sebagai hobi agar tidak membuang masa tak tentu hala dan asyik tidur je kat rumah.
Alhamdulillah walaupun kesihatan aku tidaklah baik, tapi kurang-kurang fizikalku telah mula menjadi ringan. Semoga kesihatan aku akan bertambah baik. Mohon doa dari kawan-kawan sekalian ye.
Terima kasih kerana meluangkan masa membaca artikel yang tak seberapa ini. Semoga anda juga akan sentiasa sihat dan berjaya dalam apa bidang yang diceburi. Amin.

One thought on “Berlari di UTeM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *