Assalamualaikum dan salam sejahtera semua
Sakit gigi merupakan salah satu sakit yang memangĀ teramat sakit (berapa banyak sakit da..). Sakitnya bukan pada gigi sahaja, ia boleh merebak kepada pelbagai pancaindera lagi . Pastinya bila sakit gigi menimpa banyak perkara yang terbantut. Ini kerana kesakitan tersebut akan memberi kesan kepada otak sekaligus emosi akan terganggu.
Beberapa hari ini aku mengalami perasaan sakit pada gigi ini. Ini mungkin disebabkan salah satu lubang pada gigi semakin membesar dan bakteria mula singgah bertapa disitu. Walaubagaimanapun beberapa perkara telah dilakukan bagi mengurangkan kesakitan yang dialami seperti :-
1. Berkumur dengan Listerine bagi menghilangkan bakteria yang terkandung. Ada sedikit sebanyak berkesan namun tak bertahan lama.
2. Berkumur dengan air garam. Kaedah ini nampaknya memberi kesan yang lebih pada gigi.
3. Cuba menutup lubang dengan tisu. Okay, cara ini tak berkesan malahan menyakitkan lagi.
4. Tidak makan nasi pada waktu malam (pada hari kejadian). Ini dilakukan bagi mengelakkan lagi kesakitan pada gigi. Lebih banyak minum air suam dan layan roti sahaja.
Okay, ini kaedah tradisional dan juga eksperimentasi sendiri. Mungkin ada yang sesuai dan ada yang tak sesuai untuk anda. Ali juga menemui beberapa petua yang menarik dalam internet untuk menghilangkan sakit gigi berlubang ni :-
1. Gigit 3 kuntum bungan cengkih pada tempat yang sakit. Untuk gigi berlubang, ketuk cengkih dan isi di dalam lubang gigi dan tutup dengan kapas. ( JomPetua)
2. Potong halus bawang putih kemudian taburkan sedikit garam. Kunyah di tempat yang sakit dan sakit gigi akan hilang perlahan-lahan. ( Arham Vhy )
3. Gunakan minyak cengkeh dengan 2 titis minyak cengkeh pada kapas dan kapas tersebut dimasukkan pada gigi berlubang tu. ( Infotipsbaru)
Itu antara tips yang aku jumpa di internet. Mungkin boleh dicuba untuk membuang kesakitan ni. Almaklumlah nak jumpa doktor gigi memang ada sedikit perasaan gementara dalam diri ni. Huhuhu.
Artikel lain mengenai cara untuk melegakan kesakitan gigi :-
| How To Relieve From Toothache | 20+ Tootache Remedies |
| Petua Ubat Sakit Gigi Berlubang |
Adakah anda mempunyai kaedah lain untuk menghilangkan sakit gigi? Kongsikanlah bersama di sini ye. Tapi jawapan yang paling tepat adalah pergi je jumpa doktor gigi. Kebiasaannya dia akan cabut je la gigi yang dah rosak teruk tu. Ingat lagi salah satu gigi depanku hilang ketika aku kat Guangzhou beberapa tahun yang lepas. Tiba-tiba je retak seribu.
Sekian.
p/s : Artikel lama yang diedit sedikit sebanyak. Sekarang ni gigi aku pun dah semakin berkurangan sejajar dengan usia yang semakin meningkat.