Seperti yang korang tahu, aku bekerja di sebuah agensi perumahan. Aku memerhatikan situasi ORANG MELAYU agak kurang dalam pemilikan hartanah di negeri Malaysia tercinta ini.
Antara alasan yang sering dikemukakan adalah harga rumah yang terlalu MAHAL. Memang aku tak nafikan harga rumah makin mahal dan nampaknya sukar untuk diTURUNkan dalam masa terdekat ini.
Pelbagai alasan dicipta oleh pemaju untuk mengenakan harga yang tinggi. Walaupun kerajaan cuba untuk MENGAWALnya namun ia tidak semudah yang disangka. Ia mengambil masa yang terlalu lama untuk diturunkan dan ketidakpastian itu tetap berlaku.
Tetapi pada pandangan aku, kita tetap mampu membeli rumah dengan SYARATnya tidak terlalu memilih. Tidak memilih bukan bermakna membeli rumah yang tidak berkualiti tapi membeli rumah yang sesuai dengan kemampuan. Pelbagai cara yang boleh digunakan seperti membeli rumah second hand ataupun rumah yang dilelong oleh pihak bank.
Untuk artikel kali ini, aku memfokuskan tentang rumah lelong sebab ianya lebih mudah dicari berbanding mencari rumah dari orang perseorangan. Rumah LELONG adalah rumah yang mana dijual semula oleh PEMBIAYANYA yakni pihak bank akibat peminjam tidak dapat membayar ansuran pinjaman perumahan mengikut jadual yang ditetapkan.
Terlalu banyak orang yang berjaya membeli rumah secara LELONG dan yang lebih menarik lagi harganya MUNGKIN lebih rendah dari harga pasaran. Mungkin ada skeptikal tentang keNEGATIFan rumah lelong ini. Memang lah apa jua tindakan pasti ada PRO dan KONTRA nya. Begitu juga untuk membeli rumah Lelong ini. Ada banyak benda yang perlu diperhatikan bagi memastikann anda tidak tersilap langkah.
Yang pentingnya cari ilmu sebelum meneruskan pembelian rumah secara Lelong ini. Aku telah membaca sebuah ebook bertajuk ‘Rahsia rumah Lelong ‘ yang dihasilkan oleh Encik Ahmad Tarmizi Jusoh, seorang peguam harta pusaka dan perwarisan Islam.
Aku merasakan ebook tersebut cukup sesuai bagi anda yang ingin membeli rumah terutama melalui penjualan lelong ni.Ia memberikan panduan tentang segala perkara berkaitan tentang hartanah rumah lelong. Dalam ebook ini dibahagikan kepada 12 bab berkenaan hartanah lelong iaitu :-
Bab 1 : Keistimewaan Melabur Hartanah Lelong
– Dalam bab ini, dinyatakan beberapa kelebihan melabur dalam hartanah lelong berbanding dengan pelaburan lain. Dalam bab ini juga diberikan contoh tentang pengalaman seorang pelabur dalam bidang hartanah lelong ini.
Bab 2 : Sebab-sebab Hartanah Dilelong
– Dalam bab ini dinyatakan sebab utama kenapa berlakunya hartanah lelong ini. Ada dinyatakan 5 faktor utama menyebabkan hartanah dilelong. Ini merupakan maklumat penting kerana ia boleh menjadi panduan kepada kita agar tidak melakukan perkara sama yang menyebabkan rumah dilelong.
Bab 3 : Persediaan Awal Sebelum Melabur
– Ada 7 langkah bagi menyiapkan diri bagi seseorang individu untuk menceburkan diri dalam bidang pelaburan hartanah lelong ini. Ia memang perkara penting kerana persiapan yang sempurna dapat mengurangkan risiko kerugian dalam melabur.
Bab 4 : Bajet Memulakan Pelaburan Hartanah
– Yelah, kalau nak melabur mesti ada modal. Tanpa modal sukar untuk melabur dan dalam bab ini dinyatakan cara untuk mendapatkan bajet bagi melabur dalam hartanah lelong ini.
Bab 5 : Jenis-jenis Hartanah Yang Dilelong
– Dalam bab ini dinyatakan jenis-jenis hartanah yang biasa dilelong. Selain itu penulis juga memberikan cadangan jenis yang sesuai untuk dimiliki bagi melabur dan jenis yang patut dielakkan.
Bab 6 : Membeli Hartanah Pra-lelongan
– Dalam bab ini dinyatakan bagaimana hartanah lelong boleh dibeli sebelum proses lelongan umum dilakukan. Bagaimana? Anda kena baca sendiri.
Bab 7 : Membeli Hartanah Dilelongan Awam
– Membeli hartanah ketika lelongan awam bukannya sesuatu yang mudah. Banyak persediaan yang perlu dilakukan. Dalam bab ini dinyatakan apa yang perlu dilakukan dan disediakan ketika proses lelongan awam berlaku.
Bab 8 : Membeli Hartanah Pasca Lelongan
– Membeli rumah selepas proses lelongan awam juga boleh dilakukan namun terdapat prosedur yang perlu dilakukan. Bab ini menerangkan keperluan dan tempat yang perlu dituju untuk mendapatkan hartanah pasca lelongan.
Bab 9 : Mendapatkan Pembiayaan Bank
– Sekiranya anda tidak mampu membeli hartanah lelong secara tunai, maka pembiayaan perlu dilakukan. Kebiasaannya pembiayaan bank adalah tempat yang sesuai. Dalam bab ini dinyatakan keadaan dan keperluan penting untuk anda mendapatkan pembiayaan bank.
Bab 10: Memohon Surat Kebenaran
– Untuk mendapatkan hartanah terutama yang bersyarat perlu mendapatkan kelulusan dari pihak Berkuasa.Dalam bab ini dinyatakan hala untuk memindahkan hartanah lelong tersebut.
Bab 11: Tindakan Selepas Lelongan
– Dalam bab ini dinyatakan apa yang perlu dilakukan selepas berjaya dalam proses lelongan. Proses ubahsuai rumah adalah yang perlu dilakukan selepas mendapat hartanah tersebut. Terdapat juga panduan dan pengiraan tentang kos rumah yang diberi sebagai contoh.
Bab 12: 7 Strategi Membuat Untung Dari Hartanah Lelong
– Bab akhir ini dinyatakan kaedah bagaimana untuk mendapatkan keuntungan dari hartanah lelong ini. Diberikan beberapa kaedah yang perlu dilakukan agar pelaburan yang dilakukan memberi hasil yang diimpikan.
Memang ebook ini bagus kerana ia memberikan panduan realistik untuk kita mendapatkan rumah lelong. Terdapat juga panduan mengenai cara-cara mendapatkan hartanah lelong melalui pelbagai cara. Selain itu, panduan yang dinyatakan dalam ebook ini mudah dan ringkas. Dan dengan penulisan dalam bahasa Melayu, ia lebih memudahkan kita untuk memahaminya.
Sebagai salah seorang yang bekerja di bahagian perumahan, saya sering juga mendengar tentang lelongan rumah tapi tak pernah sekalipun mengambil berat tentangnya. Membaca ebook ini membuka mata saya untuk melihat hartanah lelong yang berpotensi untuk dimiliki.
Kalau anda berminat untuk mengetahui tentang hal berkaitan hartanah lelong ini, eloklah anda dapatkan ebook tersebut. Klik gambar di bawah untuk maklumat selanjutnya
Aku rasa eloklah korang mendapatkan ebook ini sebab ianya bermanfaat untuk membantu kita menambahkan pemilikan hartanah. Semoga berjaya semuanya.
mnarik..jie zero ilmu terus ttg rumah lelong ni..
rumah lelong memang murah.
tapi maslaah pun murah gak dapat sekali pakejnya.
kena ada ilmu ..
ramai juga yang berjaya dapatkan rumah lelong dengan harga mampu milik..
sekarang ni harga rumah makin susah nak mampu milik.
Bagus info ni..mmg tak tau apa2 pasal rumah lelong ni..
wah …sekarang harga rumah sdh semakin mahal … susah sekali rasanya bisa memiliki rumah sendiri
Bab 7 aku masih belum paham pakcik
tahap pengurusan kita terhadap wang lemah..sebab itu kurang membeli rumah..
saya membeli rumah sewaktu sukar juga..aliran tunai dalam tangan asyik negatif sahaja..
sekarang 10 tahun berlaku…rumah pun sudah dimiliki dan tahap kewangan semakin baik..
kalau beli rumah pada masa sekarang tentu harga lebih mahal berbandinn 10 tahun dahulu
betul tu.. kena bijak dan pandai bila nak beli tu