Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Memang teramat lama aku tidak mengemaskini blog ni. Memandangkan tinggal beberapa hari je lagi nak raya jadi aku kenalah menyediakan kereta untuk jalan-jalan raya.
Mula-mula aku minta checkup untuk kereta Myvi sebab ada berbunyi ketika masuk gear 1. Hantar ke bengkel kebiasaanku dan jumpa Drive Shaft Oil Seal yang bocor. Agak banyak minyak di kawasan tersebut (aku pun tak reti apa namanya. Boleh tengok gambar bawah).

Alhamdulillah dalam sehari dapat disiapkan dan nilai yang dikenakan adalah RM190. Aku pun ok je dengan harga tu. Lepas ni nak buat kereta isteri pula. Viva yang dah 3-4 tahun tidak mempunyai aircond. Hari Sabtu hantar pula kereta Viva ke sana untuk disiapkan.
Seperti dijangka kena tukar kompressor aircond. Aku memang dah tau kena tukar kompressor sebab bila check dengan bengkel lain pomen tu tunjuk yang gas masih ada dalam kereta tu.

[ Kompressor Viva ]


Memandangkan bengkel ni buka pada hari Ahad, mudah sikit perjalanan nak ke sana. Tapi sebelum ke sana, kereta Myviku mengeluarkan bunyi yang kurang menyenangkan lagi. Nampaknya penukaran oil seal serta penggantian minyak gear tidak menyelesaikan masalah.
Agak cuak masa nak balik. Ikutkan lepas ambil kereta nak singgah ke Pasar Ramadan di MITC Ayer Keroh, tapi mood terganggu pula dengan bunyi kereta ini. Aku memaklumkan isu ini pada bengkel sedia ada dan pomen yang baiki aircond mensarakan supaya bagitau kepada tokei.
OO ye, untuk Viva aku dikenakan RM730 siap dengan penukaran kompressor dan juga termasuk minyak hitam. Bukan apa, untuk keselesaan penggunaan isteri selepas lama berpanas.
Alhamdulillah, nampak syok pakai Viva dengan adanya aircond. Harap-harap ia berterusan.
[ Check kandungan Gas Aircond ]

[Aircond Kereta Tak Sejuk ? Check ni dulu]

Berbalik semula pada kereta Myvi yang masih mengalami kesakitan tu. Aku mencari solution lain juga. Mula-mula aku rakam dan kongsi pada adikku (bekas pelajaran jurusan Automotive). Dia cakap mungkin clutch plate.
Memang cuak juga sebab dulu pernah kena Bearing Clutch. Berhabis ratus-ratus juga lah. Aku survey juga di Youtube. Kalau clutch plate ni nak kena turun Gearbox.
Bukan sahaja harga akan mencanak, masa juga perlu diambil. Paling kurang memang kena tinggal kereta. Memandangkan aku kena hantar dan ambil anakku setiap hari kerja maka sukar kalau nak tinggalkan kereta di bengkel.
Takkan nak bawa motosikal hantar anak ke rumah mak. Jauh tu. Jadi sukar untuk ditinggalkan. Tanya pula bengkel pertama tu tadi, memang tak mampu nak dibuat dalam sehari ni.
Tanya juga kawan bengkel di Jasin tapi tak boleh juga sebab pomen takde. Jadi aku cuba terus ke Taikun Garage Durian Tunggal.
Dulu aku pernah ke sini tapi tak datang semula sebab bunyi tu hilang. Nasib baik, bunyi tu ada dan budak pomen tu mengesan bahawa ianya berpunca dari brek. Dia bagitau yang kalau clutch rosak, memang susah nak masuk gear.

Tanda-tanda Clutch Rosak]

Aku mula rasa ada betulnya cakap budak pomen ni. Bukan apa, isu berbunyi jadi bila gear 1 waktu berhenti.

Memang bunyi macam nak tercabut je bahagian tu.
Cerita ketika nak baiki pun ada satu hal. Memandangkan aku hantar kereta ni pada waktu kerja, aku ambil la Grab untuk pulang ke tempat kerja yang hanya berjarak 3 kilometer.
Entah camne aku tersalah pin lokasi untuk ambil. Ye lah, tempat sampai ke destinasi yang ditaip dan tempat nak dipickup tak dipedulikan. Ingat auto GPS, sekali lain jalannya. Hahahahaha.
Membebel juga lah pakcik Grab tu. Tapi kita abaikan je dan jangan marah-marah di bulan puasa ni. Lagipun aku kena caj tambahan sebab kesilapan tu. Jadi kesalahan tu ditebus la juga kan?

Alhamdulillah tengahari aku ambil kereta tersebut dengan jumlah RM340.00. Alhamdulillah, kira ok la tu.

Barang yang kena tukar ; 1 Rotor Disc , Brake Pad dan Labour.

Dari kena tukar clutch plate, memang confirm-confirm mau dekat RM1,000 tu. Dah le takde bonus raya ni.
Sakit memang sakit tapi hadapkan la juga untuk raya ni. Tapi takpelah, anggap ini ujian atas dosa-dosa. Diharap juga pembetulan ini akan membantu kereta Myvi ini untuk kekal berbakti. Dah 14 tahun kereta Myvi ini ditunggang.
Banyak suka duka yang kami hadapi. Meskipun kadang-kadang ada impian nak pakai kereta Jepun tapi diabaikan sebab memang belum ada kemampuan.

Terima kasih kepada korang yang sudi membaca. Mungkin ada pengalaman sama , boleh komen sikit.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.