Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Alhamdulillah kerajaan telah memutuskan untuk menamatkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di beberapa negeri seperti di Melaka, Johor, Terengganu dan Kedah bermula hari ini.
Kalau ikutkan sepatutnya 6 Disember iaitu bersamaan tarikh hari lahir ku. Pengumuman ini selepas kerajaan mengambil kira penurunan COVID-19 termasuk di Melaka. Ini adalah satu perkhabaran yang menggembirakan.
Namun prosedur operasi standard(SOP) masih berkuat kuasa di seluruh negara. Meskipun PKPB ditamatkan namun kita masih kena berjaga-jaga. Selain dari isu COVID-19 nampaknya ada kes-kes denggi yang juga meningkat ni.
Kita kena sentiasa menjaga semua ini. Kena sentiasa melihat kawasan yang berpotensi untuk pembiakan nyamuk supaya denggi tidak merebak.

Okay cukuplah setakat ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.