Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Kalau korang rajin follow blog ni dan juga pernah tengok video Cabaran 60 Hari.
Cabaran tu dah lepas tu dan resultnya…..
AKU GAGAL..
Yup.. Sekali lagi aku gagal. Malahan nampaknya result yang diterima pada 16 Ogos adalah satu kegagalan. Sebab tu aku tak update tempoh hari.
Aku akui, displin yang aku cuba amalkan tidak menjadi. Ada pelbagai masalah yang aku tak mampu hadapi terutama untuk mengelakkan pemakanan nasi dan juga minuman bergula.
Ikut result sekarang ni beratku adalah sekitar 65 kilogram manakala catatan glucose adalah 8 ke atas.
Satu perkara yang perlu aku fikirkan semula. AKu rasa sebelum challenge dibuat semula persediaan perlu dilakukan.
Mungkin aku perlu mencatat dengan lebih detail perkara yang aku boleh dan tidak boleh.
Oo ye, aku kena mula perlahan-lahan sebelum aku bersedia dengan cabaran.
ALmaklumlah, terasa ada sedikit kesakitan petanda yang agak bahaya ni..
Nampaknya kena juga beli ebook ‘ Formula Kurus ‘ ni.
Kan best kalau ada kawan-kawan join cabaran ni. Baru ada semangat sikit..