santai

10 Video Youtube Paling Awal Di Dunia

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Memandangkan aku kini telah menjadi Youtuber jadi kena tahu serba sedikit pasal sejarah Youtube ni.
Dalam artikel kali ini aku akan kongsikan 10 video Youtube paling awal di dunia.

10) Stadion Bayen Munchen

Tarikh Upload : 13 Jun 2005
Di Upload : Dominoes
View (sehingga 15 Ogos 2020) :36,199

Siapa je tak kenal pasukan bolasepak Bayern Munich? Pasukan yang telah membelasah pasukan legend Barcelona pada kejohanan Champion League di suku akhir baru-baru ini.
Video yang telah berusia 15 tahun ini dihasilkan bagi menunjukkan stadium kebanggaan pasukan dari Jerman ini.Kalau tak silap sekarang ni nama stadium adalah Allianz Arena.
Samada stadium tu sama lokasi atau tidak entahla.. Mungkin pakar-pakar bola boleh jawapkan kot.

Diberitakan ini merupakan video pertama dari Jerman. Domineos ni dah takde upload video lagi. Mungkin dah guna akaun lain agaknya. Kali terakhir dia publish video adalah 18 April 2008.

9) First Back Flip on Youtube

Tarikh Upload : 13 Jun 2005
Di Upload : COBALTGRUV
View (sehingga 15 Ogos 2020) :351,444

Mungkin kita ingat orang dulu tak ekstrem tapi rupanya ada juga yang gila cam Cobaltgruv ni. Aksi ekstrem ni dibuat di atas bumbung rumahnya. Mungkin dia ni dulu nak jadi atlet terjun cam Pandelela Rinong kot tapi tak kesampaian..
Dia ni ada 20.1 K subscriber dan masih aktif lagi upload video di Youtube. Video terakhrinya adalah pada 2 April 2020 yang lalu. Sekarang dah takde .. Mungkin ada isu pasal COVID ni kot…
Kira legend juga la dia ni

8) Pajamas and Nick Drake

Tarikh Upload : 2 Mei 2005
Di Upload : steve
View (sehingga 15 Ogos 2020) : 137,281

Video ni mengenai aksi kucing dengan tali.. Takde apa pun tapi kalau letak kat twitter atau tik tok dengan bunyi-bunyi mungkin boleh popular tu.
Dari segi channel pula nampaknya mamat steve ni dah tak aktif. Dia ada 3.9 K subscriber yang memungkinkan untuk monetize tapi video terakhirnya adalah 11 tahun lalu.
Tak tahu samada masih wujud lagi ke tak steve ni..

7) Vernal Lullaby

Tarikh Upload : 2 Mei 2005
Di Upload : Adam Quirk
View (sehingga 15 Ogos 2020) : 119,300

Video ni agak abstrak. Video random di kawasan kota. Lagu latar memang best. Nampak ada edit-edit di video ini.
Adam Quirk ni dah ada 941 subscriber dan masih ada video yang diupload. Video terakhirnya adalah pada 19 Mac 2020.

6) cybergoon squad

Tarikh Upload : 1 Mei 2005
Di Upload :greg
View (sehingga 15 Ogos 2020) : 185,827

Video ni kira animasi terawal dipublish di Youtube. Mamat ni buat video 5 saat sahaja. Subscriber cuma 595 sahaja dan kali terakhir dia upload adalah pada 5 September 2009.

5) carrie rides a truck

Tarikh Upload : 30 April 2005
Di Upload : Jones4Carrie
View (sehingga 15 Ogos 2020) :198,734

Video ni boleh dianggap antara vlog terawal di Youtube. Minah ni naik kereta mesin budak-budak sambil gelak-gelak. Dia dah ada 1.42K subscriber tapi mungkin dah stop Youtube atau lupa password sebab post terakhir pada 29 Oktober 2013.
Dengar cerita kena hack akaun ni… Patutlah dah tak update

4) Premature Baldness

Tarikh Upload : 28 April 2005
Di Upload : paul : 230,378
View (sehingga 15 Ogos 2020)

Video ni adalah vlog paling awal di Youtube. Video ni tunjuk mamat ni botakkan rambut je. Dalam ni juga video terawal masukkan lagu dalam videonya.. Kalau ikutkan Mamat ni ada buat video selepas tu tapi macam dah mula stop.
Video terakhirnya adalah pada 3 Januari 2014. Dia dah ada 1.66 K subscriber dan video terakhir yang dibuat tu memang cukup cantik kualitinya. Korang boleh tengok la. Tak tau kenapa tak diteruskan.

3) tribute

Tarikh Upload : 24 April 2005
Di Upload : gp
View (sehingga 15 Ogos 2020) :553,510

Video ni sekadar video orang lelaki yang gembira sambil berpaut pada dinding. Aku rasa ini mungkin percubaan owner Youtube ni kot..
Ada 1.88 K subscriber dan takde video yang lain. Tu yang aku rasa macam percubaan teknikal je ni.,..

2) My Snowboarding Skillz

Tarikh Upload : 23 April 2005
Di Upload : mw
View (sehingga 15 Ogos 2020) :1,130,323

Video ni ada 3.85 K subscriber dan tiada video lain. Aku rasa ni pun percubaan teknikal je ni..

1) Me at the zoo

Tarikh Upload : 23 April 2005
Di Upload : jawed aka Jawed Karim, co-founder of Youtube
View (sehingga 15 Ogos 2020) : 108,528,148

Ini adalah video paling awal sekali. Dah tentu ianya dari pencipta Youtube itu sendiri iaitu salah seorang darinya iaitu Jawed Karim. Jawed Karim ni dah ada 1.06 juta subscriber dan dia bagitau yang video kedua akan dikeluarkan hanya jika dia dapat 10 juta subscriber.
Waduh. Agaknya mampu ke sampai tu?

Sumber Informasi :
https://www.oldest.org/entertainment/videos-on-youtube/

Korang tengoklah betapa lamanya. Tak semuanya kekal. Kalau ikutkan takde satu pun yang meneruskan akaun ini. Tak pasti diorang guna akaun lain ataupun memang dah tak berminat untuk jadi Youtuber.
Sambil tu korang supportlah channel aku kat sini https://www.youtube.com/c/ZoolZarizi/videos
Mana tau boleh berjaya ke..

Share and Enjoy !

0Shares
0 0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.