Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Hari ini ada kenduri tahlil arwah mak ngah ku. Macam biasa kaum keluarga belah makku juga hadir ke rumah pusaka arwah atukku. Majlis dimulakan pada jam 11.30 pagi.
SOP dipatuhi dengan mencatat segala maklumat. Nama arwah bapaku juga dimasukkan dalam majlis bacaan Yaasin dan tahlil itu.
Alhamdulillah selesai juga majlis tahlil tersebut.

Selepas itu adik beradikku singgah dirumahku. Sebab aku nak bawa mereka melawat ke kolam Empangan Durian Tunggal di Machap.
Selepas aku perhatikan entri tahun lepas pun aku pergi ke kolam tadahan lepas kenduri tahlil. Berdekatan dengan tempat tinggalku.
Maka lepas berborak di rumah kami pun pergi di kawasan tersebut.

Sampai di sana aku lihat kawasan ini dipenuhi dengan air dan terdapat banyak pokok teratai . Ada juga beberapa kawanan burung bangau yang cukup menarik. Cumanya aku tak boleh nak tangkap sebab jauh dari pandangan.

Ada uncle memancing kat sini. Ikutkan kawasan larangan tapi tak kisahlahkan. Asalkan jangan menuba ikan sudahlah..

Ambil gambar kenangan semua anak buahku termasuk Dak Fatih diperkarangan Masjid Lama Machap..


Adikku yang memiliki drone mengambil gambar kawasan tersebut. Dia merungut juga sebab katanya kawasan tu tak menarik sangat. Okaylah mungkin aku silap tempat kot..
Tapi takpe, kurang-kurang diorang dapat tengok kawasan yang satu masa dahulu pernah berlaku krisis air di Melaka. Dan kawasan ini merupakan tempat tadahan terawal di Melaka.
Dapatlah juga mereka melawat kawasan yang mungkin ramai orang Melaka tak pernah singgah pun disini.

Selain tu dapat juga tahu tentang Masjid Machap yang merupakan antara 4 masjid terawal di Melaka ni.. Mesti korang tak tau kan?

.Ni aku post serba sikit gambar drone yang adik aku ambil..

Tempat operasi bagi Syarikat Air Melaka Berhad untuk pam air ke kawasan tadahan.
Kawasan tadahan air di kolam Empangan Durian Tunggal.. Masih banyak airnya tu.. Ada beberapa buah rumah di kawasan tersebut. Menurut cakap orang, mereka antara yang tidak mahu berpindah ketika Empangan itu dibuka.
Memang panjang Empangan Durian Tunggal ni. Kalau pecah memang banjir kawasan sekitarnya..Minta jauhkanlah


Sambil tu korang boleh juga singgah channel Youtube adik aku ni ye. Channel dia fokus dengan video drone dia…
https://www.youtube.com/channel/UC4rJeVlyhjhUljh0fFJjpmA

Okay cukuplah serba sedikit.. Aku pun tak tau nak tulis apa lagi ni..
Sambil tu aku nak minta korang singgahlah di channel Youtube aku ye

https://www.youtube.com/channel/UC4LiUwnUdnqo_rr1VUct2VQ?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.