Assalamualaikum semua..
Artikel kali ini aku cerita benda yang simple je.. Berkenaan isu-isu yang berkait rapat dengan rumah.
Okay, aku rasa korang yang duduk di rumah samada jenis teres, pangsa atau sesebuah pasti pernah mengalami masalah saluran paip tersumbat.
Pernah kan? Kalau tak pernah pun korang boleh baca juga sedikit info yang aku nak kongsikan berdasarkan pengalaman minggu lepas.
Kalau saluran paip belah sinki tersumbat korang boleh buka tempat penadah kat bawah saluran tu tapi kalau saluran di bilik mandi yang pergi ke longkang pasti bukan mudah kan?
Cara paling mudah , call je tukang paip tapi macam kes aku, nak cari tukang paip pun payah. Jadi aku cari kat internet antara cara-cara yang boleh dilakukan.
Mula-mula aku jolok pakai kayu di dalam saluran tu. Sekali banyaknya rambut. Agak-agak rambut aku ke? Tak mungkin lah sebab aku pun dah nak botak ni. Heheheh. Rambut isteriku le ,
Memang agak banyak disitu. Jolok punya jolok tapi air masih sukar untuk nak mengalir keluar ke longkang. Masih lagi tersumbat hingga menyebabkan bilik air ku tersumbat.

cara lain yang aku gunakan lepas tu adalah menggunakan air panas dan juga garam. Hampir sebungkus garam telah ku taburkan ke dalam saluran tu dengan air panas. Nampak ada sedikit perubahan bila air mula boleh keluar tapi masih tidak cukup laju.
Aku gunakan juga serbuk soda penaik (baking soda) dan kemudian tuangkan air mendidih. Alhamdulillah nampaknya kaedah itu lebih berkesan dan bilik air tidak lagi banjir seperti sebelum ini.

 

Saluran Paip Tersumbat. Memang Kotor
Antara bendasing yang terdapat dalam lubang saluran bilik mandi tu
Dah boleh guna dah untuk mandi. Jimat kos dari panggil plumber.

Okay, kesimpulan dia selain menggunakan kaedah tersebut kita juga kena selalu menjengok dan membersihkan bilik mandi. Jangan tahu mandi je kan? Sebulan sekali kenalah bersihkan dan tengok keadaan bilik mandi tu.
Bukan apa, bilik mandi ni boleh jadi tempat pembawa kuman kalau tidak dijaga. Harap-harap lepas ini aku dan kamu semua akan istiqamah dalam menjaga bilik mandi. Ke aku sorang je yang tak jaga bilik mandi ni? Hehehehe

Simple je kan artikel hari ni? Korang kalau ada idea lain untuk mengelakkan saluran paip tersumbat boleh kongsikan juga kat ruangan komen di bawah ni. Kalau nampak cam ok, nanti aku kongsikan juga.

Korang tengok cara-cara untuk membersihkan saluran tersumbat ni

19 Replies to “Cara Membaiki Saluran Paip Tersumbat”

  1. ada cara yang sangat bahaya..

    guna cecair asid..

    jika tersalah buat melecur badan..

    kalau boleh jangan guna asid untuk membaiki kebocoran pain tersumbat

  2. ada cara D.I.Y guna penyangkut baju yg besi, luruskan, satu daripada hujung tu di bengkokkan sedikit, then putar lah dalam lubang yang tersumbat, inshaallah kalau ada sisa2, rambut atau plastik akan bergumpal sekalu dengan dawai tersebut bila di tarik keluar…boleh cuba atau ada wire yang sama fungsinya di jual di kedai Mr DIY. tak perlu panggil plumber

    1. Saya beli Plumber Snake dkt D.I.Y.. Alhamdulillah 100% berkesan buang plastik sampah & rerambut yg mereput dlm saluran.

  3. Kalau ada bola jatuh dalam lubang tu, tersumbat pulak…macam mana nak buat ya? Kucing saya ni main bola dia boleh pulak dia buat lubang tu jadi gol. Habis banjir bilik air. Any idea, please?

    1. tuan rumah teres ke?
      kalau rumah teres kena panggil plumber.
      cara yang dia buat kat rumah saya adalah cucuk paip dan sembur..
      memang sampai keluar benda2 yang menyebabkan tersumbat..
      biasanya rambut tu

      1. kat rumah ada main hole kat belakang.. bersih kan kat situ cuma setel situ..
        dekat bilik air belum tentu lepas..
        sebab tak tau kat mana sangkut..
        macam kes saya.. terpaksa pakai paip panjang untuk keluarkan.. antara punca.. ada gumpalan rambut, mainan budak yang tersangkut kat tandas tu..

        1. gunakan asid soda je kalau nak beli yang keping-keping kecil bole atau yang serbuk pon bole, beli dekat hardware , cara penggunaan tuangkan asid soda dlm paip yang tersumbat tapi pastikan tangan kering ye kerana jika tangan basah asid soda tu akan ada kean pada tangan anda, curahkan air panas(air panas didih tau) ke dalam paip yang tersumbat dan ulang beberapa kali dan pastikan air dalam paip itu surut dengan cepat baru masalah selesai

          1. ok tq tuan.. saya dah selesai. sembur guna air paip dengan kuat.. tapi paip kena panjang …

  4. Salur paip yg panjang dlm konkrit di halaman rumah tersumbat disebabkan banyak akar pokok. Bagaimana nak matikan akar tanpa pecahkn simen konkrit.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.