Side Mirror Myvi Patah

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Bila ada kereta dan ada anak yang lasak memang akan berlaku perkara yang tidak diingini. Minggu lepas kereta MyVi SilverRay ku telah mengalami kecederaan. Kecederaan yang kecil tapi member i kesan kepada diriku. Side mirror sebelah kiri patah akibat anakku yang cuba bergayut padanya. Adoyai, dah le hujung bulan. Tambah-tambah poket dah nak sampai ke penghujungnya. Memang hangin satu badan juga. Nak beli side mirror original harga ratusan ringgit, kalau OEM pun mau dekat RM100 juga tu. Jadi aku bertanya beberapa rakan-rakan cara termudah untuk menyelamatkan duitku dari dibazirkan.

Ada yang mencadangkan cari di kedai spare part atau kedai potong dan ada yang suruh gam sahaja. Yang tak membantu pun ada. Ada ke patut suruh tukar kereta? Aku sayang dengan MyVi ni. Memang ada cerita suka duka yang tak boleh digambarkan sepanjang 10 tahun dia berkhidmat denganku. Walaupun ada kenangan pahit sehingga mengorbankan ribuan ringgit namun tetap ku sayang hingga ke akhirnya.

Akhirnya aku ikut cadangan gamkan sahaja. Gam yang digunakan adalah gam super strong 502. Mula-mula aku tak yakin sebab harganya hanya RM2.00 tapi bila dah buat alhamdulliah ianya menjadi. Memang kuat sekali lekatan gam tersebut. TETAPI ada satu isu pula….. Aku terlekat sekali telinga side mirror tu. Jadi sekarang tak boleh nak tolakkan ke dalam. Hahahahaha. Takpelah, janji side mirror tu terlekat dan boleh tengok keadaan di sebelah kiri. Nanti ada kewangan lebih bolehlah fikirkan untuk tukarkan. Itupun tengok keadaan kot. Sebab rasanya boleh je nak pakai tanpa boleh di tolakkan tu.

[ tips jaga kereta, klik sini ]

Kalau ikutkan, ini kali kedua side mirror ku patah. Sebelum ini sebelah kanan dan aku bawa ke bengkel di Tangkak. Tak ingat samada dia gam atau tidak tapi dekat RM1++ gak aku kena time tu. Tapi sekarang dah tau kaedahnya, bolehlah tu kan..

Korang pula camne? Pernah ke side mirror patah? Apa yang korang lakukan?

Patah terkulai side mirror
Gam super strong belalai gajah 502 beli kat hardware
Alhamdulillah dah kuat pegangan side mirror.

5 thoughts on “Side Mirror Myvi Patah

  1. Gunakan apa yang ada bro …

    yang pentimg boleh digunakan..

    kalau nak menukar kereta baru bukan kaedah praktikal jika belum menjadi keperluan utama.

    lagipun kereta dah habis bayar…so bagus untuk cash flow in hand..

  2. kihkih dalam banyak2 kawan yang kita minta pendapat , mesti ada yang
    lari topik dan xmembantu.

    ok la boleh gam, dapat juga selamatkan 100 buat sementara waktu..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.