Sebelum ini aku pernah menulis tentang cara membaiki saluran paip tersumbat tapi rupa-rupanya masih belum selesai.
Beberapa hari selepas melakukan percubaan isu sama berulang kembali. Saluran masih lagi tersumbat dan akhirnya terpaksa akur menggunakan ‘plumber’ juga akhirnya. Ye, nampaknya menggunakan trik di Youtube tak cukup lagi.
Kena juga gunakan orang yang lebih berpengalaman dan kena keluar modal. Pada hari Ahad, plumber tu datang ke rumah. Tengok pada isu terus dia tanya dimana manhole rumah ni. Jujurnya aku tak perasan mana tapi di beritahu biasa kat belakang rumah.
Tengok-tengok memang kat belakang. Buka je manhole sekali tersumbat kat situ. Dan ada juga isi perut ku yang tak lepas pergi ke lokasi sepatutnya. Hahahaha. Lepas dibersihkan serba sedikit manhole tu plumber menjolok menggunakan getah paip . Pressure air yang kuat digunakan untuk melepaskan bendasing-bendasing yang tersangkut di laluan salur tersebut.
Terpaksa menyambung paip getah sehingga 50 kaki untuk sampai ke lokasi hujungnya. Setelah ambil masa kira-kira 2 jam akhirnya berjaya juga mengeluarkan beberapa bendasing yang terdapat dalam laluan tersebut.
Antara bendasing tu adalah rambut, berus gigi, mainan lego dan kotoran-kotoran yang terkumpul. Banyak juga benda-benda yang tak sepatutnya. Kena caj RM100 (sebelum tu plumber cakap biasa buat RM150.. ).
Takpelah janji dapat selesaikan. Tapi dapat beberapa ILMU dan pengalaman. Antaranya ialah :-
1) Selalulah jengok manhole rumah. Dekat dalam manhole tu terkandung pelbagai saluran untuk meneruskan perjalanan ke tangki septik. Lepas ni dalam setahun kena jengok kurang-kurang 2-3 kali dalam manhole tu.
2) Kena pastikan perangkap di salur tu sentiasa berada di tempat bagi mengelakkan bendasing yang besar menuju ke salur tu. Tak mau kena lagi lepas ni.
3) Harga pengalaman itu mahal. Kalau ikutkan kerja yang dilakukan tak memerlukan skill yang tinggi. Tak perlu nak buka skru atau guna playar sangat. Hanya guna getah paip je tapi sebab kita tak tau. Harga RM100 untuk kerja tu memang berbaloi bagi plumber tu.
Apapun ilmu ni mungkin terpakai untuk rumah-rumah jenis teres dan dilokasi tertentu sahaja. Kalau rumah pangsa memang sukar le nak buat camni. Kena panggil plumber juga untuk buka salur yang berada di bahagian-bahagian tertentu.