Claim Insuran Kereta

Minggu ini ada satu kejadian yang tidak menyeronokkan berlaku pada adik aku. Beliau telah terlanggar kereta ketika memasuki simpang. Nasib baik kereta yang dilanggarnya tidak mengalami kerosakan teruk. Hanya calar sedikit di bahagian pintu je.
Tapi boleh tahan mahal juga walaupun nampak sikit je. Kes ni berlaku ketika aku tengah melayan makan tengahari di Restoran Zahrain dengan seorang rakan. Tiba-tiba mendapat panggilan telefon dari adikku mengalami kemalangan kecil. Bergegas aku terus ke sana untuk melihatnya.
Kereta Viva adikku tercabut bumper dan hud tak boleh tutup serta mudguard telah tersepit dan hampir ke tayar. Bincang punya bincang akhirnya aku membawa lelaki yang kena langgar ke bengkel berdekatan. Itu pun selepas contact sana sini untuk mencari bengkel ketuk dan cat yang sesuai.
Bengkel WBMR Motor di kawasan berhampiran Pusat Servis Proton di MITC menjadi pilihan. Tak pernah buat di sana tapi berdasarkan rekomen dari kawan sepejabat yang biasa buat claim insuran kereta di situ.
OO ye, aku terus pergi ke bengkel sebab yang kena langgar tu tak mau claim insurans sebab leceh dan nak pakai kereta. Bila tanya berapa nak setel dia pun tak nak camtu sebaliknya minta hantar bengkel.
Jadi itu sebabnya terus bawa ke bengkel.

Ke Bengkel mula berbincang dengan pomen bernama Amat. Dia bagi harga RM480. Memang agak mahal tapi aku malas nak berfikir panjang. Ooo ye, kereta yang kena langgar itu adalah kereta Ford Focus warna oren metallic. Mungkin sebab tu mahal kot..
Dalam waktu yang sama adikku menelefon towing insurans (Etiqa) untuk menghantar kereta Viva ke bengkel berdekatan rumah iaitu di Taman Maju Jasin. Aku pun follow ke bengkel untuk mengetahui lokasi tempat tersebut. Bengkel MK Lim yang merupakan bengkel yang dicadangkan oleh panel insurans tu.
Ye, memang patut hantar ke bengkel berdekatan rumah sebab mudah untuk ‘followup’.

Berbalik pada kereta Ford Focus tu, esoknya aku berbincang dengan tokei kedai dan dapat sedikit diskaun. Walaupun masih terasa mahal tapi takpelah dari takdekan..
Pergi ke isu kereta Viva pula, kami ke IPD Jasin untuk membuat report. Ada sedikit isu tapi bernasib baik dapat diselesaikan. Alhamdulillah insurans telah menghantar SMS kepada adikku bahawa permohonan telah diluluskan.

Sebenarnya ada beberapa perkara yang aku pelajari dalam situasi ini. Antaranya ialah ;-

1) Kalau kerosakan kecil dan dijangka tak sampai RM1,000 eloklah diselesaikan antara satu sama lain. Tak perlu buat report pun.

2) Report polis perlu dibuat oleh kedua-dua yang terlibat sepatutnya. Tapi kami terpaksa twist sedikit cerita untuk claim insurans.

3) Insurans tidaklah terlalu strict seperti yang dijangka. Yang penting kita boleh menghubungi ejen insurans. Eloknya ejen insurans itu berpengalaman sebab kita yang tak pernah mengalami mungkin akan terkial-kial menghadapi situasi ini.

4) Sentiasa mengumpul polisi insurans di tempat yang sepatutnya. Bila jadi macam ni senang nak cari. Takde terkial-kial nak cari.

5) Pentingnya insurans. Mungkin mampu untuk bayar pembaikan tu tapi elok kiranya wang tersebut digunakan tempat lain dulu. Ye, kita akan rugi NCD pada tahun hadapan tapi sedikit sebanyak kerugian jangka pendek dapat ditampung segera.
Kalau pakai duit sendiri memang beribu juga hangus tu..

Okay itu serba sedikit mengenai pengalaman claim insuran kereta akibat kemalangan kecil tempohari. Korang pernah ke alami situasi ni? Boleh kongsi sikit pengalaman tu.

2 thoughts on “Claim Insuran Kereta

  1. Kadang-kadang claim insuran memang ambil masa yang panjang dan diberikan banyak sebab-sebak oleh ejen insuran tu. Beli insuran senang tapi bila claim banyak susah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.